Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
Auto Terkini

Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUN ini menandakan ulang tahun ke-100 acara perlumbaan Le Mans 24 Hours dan pasukan Toyota Gazoo Racing menyambutnya dengan pengenalan satu model konsep menarik.

Kereta konsep itu ialah Toyota Prius 24h Le Mans Centennial GR Edition yang dibangunkan menggunakan model generasi kelima Prius hibrid tetapi dilengkapi kit badan aerodinamik seolah-olah bersedia memasuki trek lumba.

Prius 24h Le Mans Centennial GR Edition menggunakan bampar depan rekaan semula dengan multi-lampu hadapan dan grill bampar bawah jenis honeycomb.

Bampar bawah depan ditambah splitter dan bahagian sisi kiri dan kanan dipasang sepasang winglet. Hud pula berasaskan material gentian karbon.

Bahagian sisi kereta ditambah fender flare dan skirt sisi berwarna hitam selain dekal Racing Hybrid. Bahagian belakang menerima spoiler dan diffuser bersaiz besar.

Rim digunakan konsep kereta hibrid itu berukuran 18 inci dengan tayar 235/50R18 Michelin Pilot Sport 4S. Tambahan lain ialah suspensi jenis wide-track.

Toyota Gazoo Racing tidak mendedahkan sama ada trenkuasa hibrid asal menjalani kerja-kerja modifikasi. Model itu dipamerkan di sebelah seunit Mazda MX-30 R-EV.

Mazda ialah pengeluar Jepun pertama memenangi Le Mans pada 1991 manakala Toyota Gazoo Racing memenangi perlumbaan itu lima tahun berturut-turut dari 2018 hingga 2022.

SUMBER: CarScoops

autoterkini Le Mans 24 Hours Roda4 Toyota Gazoo Racing Toyota Prius 24h Le Mans Centennial GR Edition
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.