Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Innova Zenix (2023) dengan TSS 3.0 Lancar di Malaysia! Ada Varian Hibrid, Harga Mula RM165k
Roda4

Toyota Innova Zenix (2023) dengan TSS 3.0 Lancar di Malaysia! Ada Varian Hibrid, Harga Mula RM165k

ShawkathBy Shawkath22/06/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UMW Toyota Motor (UMW Toyota) meluaskan tawaran kenderaan pelbagai guna (MPV) menerusi pelancaran dua varian Toyota Innova Zenix (2023) yang diimport dari Indonesia untuk pasaran Malaysia.

Dua varian Zenix itu ialah versi premium dalam famili Innova. UMW Toyota pada masa sama mengesahkan meneruskan dua model sedia ada, iaitu Innova 2.0X dan Innova 2.0G (Innova CG) yang dipasang di kilang Shah Alam, Selangor.

VARIAN

Dua varian Toyota Innova Zenix (2023) ditawarkan  dalam kapasiti tempat duduk berlainan, iaitu:

  • Innova Zenix 2.0 V – 8-kerusi
  • Innova Zenix 2.0 HEV –  7-kerusi

HARGA BERMULA RM165K

ADA 5 WARNA PILIHAN

Ada lima pilihan warna badan, iatu: Metallic Gray (kelabu), Attitude Black (hitam), Avantgarde Bronze (tembaga), Silver (perak) dan Platinum White Pearl (putih mutiara).

Juga ada opsyen warna Super White (putih) untuk pelanggan komersial (fleet customer) yang sesuai untuk pengguna memaparkan jenama masing-masing.

TRENKUASA BAHARU FWD

Toyota Innova Zenix (2023) didatangkan dengan trenkuasa baharu yang menyaksikan pembaharuan berbanding generasi terdahulu dengan enjin dipasang melintang (transversely mounted).

Menggunakan sistem pacuan roda depan (FWD) dan bukan lagi pacuan roda belakang (RWD) seperti model lama. Ada dua pilihan trenkuasa disediakan:

1. Toyota Innova Zenix 2.0 V

Dijana enjin M20A-FKS 4-silinder sebaris 16-injap 2.0L (1,987cc) DOHC berkuasa 171.6hp @ 6,600rpm, dan tork 205Nm @ 4,500rpm-4,900rpm.

Sistem transmisi automatik CVT Direct Shift 10-kelajuan dengan Sequential Shiftmatic. Ada pedal syif disediakan untuk anjakan gear maya secara manual. Sistem transmisi juga dilengkapi mekanisme ‘gear luncur’ (launch gear) yang menggunakan tali sawat konvensional dan puli.

Lebih efisien bahan api, senyap dan pecutan lebih baik pada halaju rendah. Ada tiga mod disediakan: Eco, Normal dan Power.

2. Toyota Innova Zenix 2.0 HEV

Dijana trenkuasa hibrid elektrik generasi kelima dengan enjin petrol 2.0L. Enjin M20A-FXS 4-silinder sebaris 16-injap 1,987cc DOHC berkuasa 150hp @ 6,000rpm dan tork 188Nm @ 4,400rpm dan 5,200rpm.

Unit motor segerak jenis kekal memberi tambahan dos kuasa 111hp. Output kuasa keseluruhan ialah 183hp dan tork 206Nm.

Pek bateri 6.5Ahr nikel metal Hidrada (Ni–Mh) dengan ciri pengecasan sendiri. Jadi, pemilik tidak perlu mengecas di stesen cas awam. Cuma pastikan petrol dalam tangki sentiasa ada.

Transmisi automatik E-CVT yang direka khas untuk kenderaan hibrid elektrik (HEV). Ada empat mod untuk dipilih: Eco, Normal, Power dan EV. Mod EV membolehkan Innova Zenix  2.0HEV dipandu menggunakan kuasa elektrik penuh dalam jarak pendek (mengikut baki kuasa bateri).

Sistem HEV akan membuat pelarasan automatik enjin petrol dan motor elektrik untuk pemanduan biasa.

CASIS LEBIH KUAT, TANGKAS

Toyota Innova Zenix (model generasi ketiga) menerima binaan frem casis lebih moden berbanding Innova generasi pertama (2005).

Menggunakan platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) yang membantu mengurangkan kos dan fleksibel untuk keperluan mengikut model Toyota.

TNGA menggantikan platform frem tangga (ladder-frame) IMV (Innovative International Multipurpose Vehicle) yang menawarkan tahap ketegaran lebih tinggi, lebih tangkas, dan lebih selesa serta pusat graviti lebih rendah.

TNGA juga menambah baik keseluruhan pecutan dan kecekapan bahan api. Platform itu membantu mengurangkan berat 170kg berbanding Innova lama.

Frem monokok (seperti kereta) menawarkan ruang kabin lebih luas dan lantai rata untuk tambahan keselesaan. Struktur baharu itu memendekkan anjur (overhang) depan (-55mm), dan belakang (-25mm), jarak bumi 185mm dan radius pusingan 5.67 meter.

Sistem suspensi menggunakan komponen seperti kereta, iaitu strut Macpherson (depan) dan torsion beam (belakang).

REKABENTUK LUARAN PREMIUM DAN EKSKLUSIF

Menonjolkan tema teguh dan premium menandakan peralihan imej daripada gaya MPV tradisional kepada crossover dinamik. Dimensi masih tidak jauh berbeza dengan Innova CG tetapi ada tambaha panjang 20mm, lebar 15mm dan jarak roda 100mm.

Grill radiator berbentuk trapezium dengan corak halus heksagon. Lampu depan jenis projektor LED dengan ciri automatik dan lampu suluh tinggi automatik (AHB). Bagaimanapun, pelarasan lampu depan perlu dibuat manual. Lampu siang (DRL), lampu kabus dan lampu belakang juga jenis LED.

Bagaimanapun, lampu signal belok dan lampu undur masih mentol halogen.

Dilengkapi bumbung panoramik (varian HEV), cermin sisi boleh lipat automatik, lampu aluan (welcome lights) dan Pemantau Titik Buta (BSM).

Saiz rim aloi 18 inci dan dibalut tayar saiz 225/50. Wiper cermin depan ada pelarasan masa dan kabus. Wiper cermin belakang pula ada fungsi sambungan mengundur. Antena audio jenis sirip yu (shark fin)

CIRI DALAMAN MEWAH

Ruang kabin menggunakan material berkualiti tinggi jenis lembut, terutama papan pemuka dan beberapa bahagian lain. Tempat duduk direka premium dengan balutan material kulit tiruan (leatherette) hitam.

Siling kabin dilengapi lampu ambien sebagai tona kontras dengan kerusi.

Semua varian Toyota Innova Zenix (2023) dilengkapi unit infotainmen skrin sentuh 10.1 inci, yang juga digunakan untuk paparan monitor Pandangan Panoramik (Panoramic View).

Ada konektiviti Apple CarPlay (wayarles) dan Android Auto (wayar), termasuk USB dan Bluetooth.

Kluster instrumen dengan Paparan Multi-Info (MID) 7 inci berwarna penuh memaparkan maklumat operasi, termasuk penggunaan dan anggaran bahan api sepanjang pemanduan. Juga ada ciri Amaran Tanda Jalan (Road Sign Alert, RSA).

Sistem penyaman udara automatik. Penumpang belakang juga disediakan ventilator penyaman udara di konsol tengah berserta panel kawalan yang boleh ditetapkan automatik.

Tidak dilupakan port USB dan dua soket kuasa 12V serta tempat letak cawan untuk setiap penumpang.

Varian Innova Zenix HEV dilengkapi kerusi kapten di tempat duduk baris kedua yang setiap satu disediakan meja kecil. Kerusi jenis terpisah itu menyediakan ruang jalan ditengah untuk akses ke tempat duduk paling belakang.

Innova Zenix HEV juga didatangkan ciri standard bumbung suria panoramik (tiada pada Zenix 2.0 V). Tempat duduk baris k kedua untuk kapasiti tiga penumpang boleh dilipat 60:40 (bawah atau ke sisi). Tempat duduk baris ketiga pula boleh direbahkan 50:50.

Ruang but dapat dipertingkat dengan merebahkan satu kerusi ke depan atau kedua-dua kerusi di tempat duduk baris ketiga. Ini berbeza daripada Innova CG yang ruang but diluaskan dengan melipat tempat duduk baris ketiga ke sisi.

Ruang lebar kabin bertambah 550mm, dan panjang lantai bertambah 86mm, manakala pintu belakang jenis kuasa elektrik.

PAKEJ KESELAMATAN LENGKAP

Innova Zenix (2023) ialah model pertama dalam barisan produk Toyota yang menggunakan teknologi bantuan pemandu Toyota Safety Sense (TSS) 3.0, terdiri daripada lima ciri keselamatan aktif, iaitu:

  • Sistem Pra-Perlanggaran (PCS)
  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC)
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)
  • Amaran Tukar Lorong (LDA)
  • Bantuan Jejak Lorong (LTA)
  • Bantuan Tanda Jalan Raya (RSA)

Teknologi TSS 3.0 dibangunkan menggunakan sensor kamera baharu dengan sudut pengesanan lebih luas (atas, bawah dan kiri/kanan). Jarak pengesan depan bertambah hampir dua kali ganda.

Toyota masih menggunakan sensor radar gelombang milimeter pada gril sebagai tambahan sistem imbasan jalan di depan. Ini membantu dalam situasi cuaca buruk kerana prestasi kamera boleh terjejas. Sensor radar baharu TSS 3.0 mampu meluaskan jarak pengesanan halangan lebih dekat.

TSS 3.0 juga mempertingkat teknologi pengecaman lorong memandu dan objek seperti Motion3D dengan meluaskan pengesanan objek, dan menambah baik Deep Neural Network.

Ciri RSA menggunakan kamera untuk mengesan dan menganalisis papan tanda tertentu sebelum memaklumkan pemandu menerusi amaran pada kluster instrumen atau notifikasi. RSA mampu mengenal pasti papan tanda isyarat halaju dan boleh ‘membaca’ papan tanda jalan lain pada masa depan.

Bagaimanapun, sistem RSA ada kekangan pengesanan berdasarkan kondisi papan tanda, cermin depan kotor dan cuaca buruk.

RSA juga boleh disepadukan dengan DRCC untuk mengubah tetapan halaju memandu. Ini berlaku automatik apabila sistem mengesan papan tanda had laju rendah berbanding kelajuan memandu yang ditetapkan pemandu.

Misalnya, jika pemandu menetapkan halaju DRCC pada 110kmj dan sensor mengesan papan tanda had laju 90kmj, maka kelajuan akan diperlahankan automatik kepada 90kmj.

PCS dalam pakej TSS 3.0 pula bukan hanya mengaktifkan brek kecemasan autonomi (AEB) apabila mengesan kenderaan, pejalan kaki atau penunggang basikal, tetapi juga bertindak balas di simpang jalan untuk mencegah insiden perlanggaran membabitkan objek melintas (cross traffic) dan kenderaan sedang membelok ke kiri atau kanan.

PCS kini dilengkapi Bantuan Stereng Kecemasan (Emergency Steering Assist, ESA) yang berfungsi mengurangkan pecutan ketika memandu dalam halaju rendah untuk mencegah insiden rempuhan atau perlanggaran.

Ciri DRCC pula kini lebih maju dengan tambahan fungsi sistem menilai situasi dua kenderaan di depan supaya dapat bertindak balas lebih pantas dengan melaras kelajuan ketika menukar lorong (ketika DRCC aktif).

Ciri keselamatan asas dimiliki Toyota Zenix (2023) ialah:

  • Pemantau Titik Buta (BSM)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Monitor Pandangan Panoramik (PVM)
  • Perakam Video Digital (DVR)
  • Brek cakera setiap roda dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Kawalan Stabiliti Kenderaan  (VSC)
  • Kawalan Mula Daki (HAC)
  • Isyarat Henti Kecemasan (ESS)
  • Sensor parkir depan dan belakang
  • Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)
  • Brek Parkir Elektronik (EPB)
  • 6 beg udara SRS
  • Sistem Telematik Kenderaan (VTS)

WARANTI TANPA HAD PERBATUAN

Toyota Innova Zenix (2023) hadir dengan waranti 5 tahun, tanpa had perbatuan. Bagi varian Innova  Zenix 2.0 HEV, pek bateri diberikan waranti berasingan, iaitu 8 tahun, tanpa had perbatuan, termasuk inverter dan unit pengurusan kuasa (PMC) unit kawalan elektronik (ECU).

Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV Roda4 Toyota Dynamic Force Engine Toyota Hybrid Electric Vehicle (HEV) Toyota Innova Zenix (2023) Toyota Innova Zenix 2.0 HEV Toyota Innova Zenix 2.0 V UMW Toyota UMW Toyota Motor (UMW Toyota)
Shawkath

Artikel Berkaitan

Honda kekal jenama bukan nasional nombor satu Malaysia kali ke-12
Roda4

Honda Kekal Jenama Bukan Nasional Nombor Satu Malaysia Kali ke-12!

31/01/2026
Datuk Seri Siti Nurhaliza (Tokti) dilantik duta Wey
Auto Terkini

Tokti Dilantik Duta Wey, Pemilik Pertama GWM Wey G9 Hi4 PHEV 2026

29/01/2026
GWM Wey G9 Hi4 PHEV
Roda4

GWM Wey G9 Hi4 PHEV 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM269,800!

29/01/2026
Nissan LEAF Autech B5 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Nissan LEAF B5 2026 dengan Bateri 55kWj untuk Jepun, Jarak Sehingga 521km

30/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.