Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota FT-Me – Model Konsep Bandar dengan Panjang Tak Sampai 2.5 Meter, Ada Panel Solar
Roda4

Toyota FT-Me – Model Konsep Bandar dengan Panjang Tak Sampai 2.5 Meter, Ada Panel Solar

Abang HirataBy Abang Hirata17/03/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA iQ dengan 2-kerusi dikeluarkan pada 2008 sebagai kereta mikro bandar yang hanya berukuran panjang 2,985mm dan lebar 1,680mm.

Kereta mikro terus menjadi perhatian pengeluar dan Renault tampil dengan model elektrik Twizy pada 2012 serta memasuki pasaran tempatan pada 2015.

Twizy juga dipanggil sebagai kuadrisikal dan Citroën pula membawakan Ami pada 2020. Selepas Twizy, Renault pada Oktober 2024 memperkenalkan bukan satu tetapi dua model serentak, iaitu Mobilize Duo dan Bento.

Selepas sekian lama iQ direhatkan dan penawaran kereta mikro sedang rancak, Toyota kembali dengan FT-Me. Menarik, tetapi model itu hanya sekadar konsep.

Diilhamkan daripada kejayaan penyelesaian pengangkutan Toyota yang dibangunkan untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 serta Paris 2024, Toyota FT-Me dibangunkan bagi memenuhi keperluan terkini penduduk bandar dan menangani cabaran persekitaran urban moden.

Toyota FT-Me lebih kecil daripada iQ dengan panjang tidak sampai 2.5 meter. Toyota tidak berkongsi jarak pemanduan dan sebagai rujukan, Duo dan Bento masing-masing boleh dipandu sejauh 161km dan 149 km. Jadi FT-Me juga dijangka mempunyai jarak pemanduan dalam julat sama.

Walaupun tidak berkongsi maklumat teknikal terperinci, Toyota memaklumkan bumbung panel solar FT-Me boleh menambah jarak antara 20km dan 30km.

CIRI UTAMA FT-Me

1. Rekabentuk Kompak

  • Panjang kurang 2,500mm.
  • Hanya memerlukan separuh ruang petak parkir biasa (atau satu per tiga jika parkir menegak).
  • Rekaabentuk diilhamkan daripada helmet jet.

2. Daya Tarikan untuk Golongan Muda dan Inklusif

  • Boleh dipandu pemegang lesen peringkat permulaan, termasuk remaja seawal 14 tahun di sesetengah pasaran.
  • Pilihan kustom untuk remaja dan profesional.

3. Keselamatan dan Penglihatan

  • Konsep penglihatan 360º untuk memaksimum kontak mata dengan pengguna jalan lain.

4. Teknologi Canggih

  • Dilengkapi integrasi telefon pintar untuk sistem penghidup tanpa kunci dan akses kepada perkhidmatan.
  • Boleh dipandu hanya dengan arahan tangan menggunakan stereng, menjadikan ia mesra pengguna kerusi roda tanpa ubah suai tambahan.

5. Kelestarian

  • Menggunakan bahan kitar semula. Sasaran pengurangan 90 peratus jejak karbon berbanding kenderaan bandar hari ini.
  • Sistem propulsi menggunakan tiga kali kurang tenaga per kilometer berbanding kenderaan elektrik (EV) kapasiti tinggi.
  • Mempunyai bumbung panel solar yang menambah 20-30km jarak pemanduan sehari dalam persekitaran bandar, sekali gus mengurangkan keperluan mengecas.

6. Falsafah ‘Mobility for All’ Toyota

  • Direka untuk pemandu muda dan mereka yang mahu beralih kepada kenderaan lebih kecil di bandar.
  • Menyediakan penyelesaian serba boleh, mampan dan bergaya untuk persekitaran bandar yang sentiasa berubah.
  • Ke arah mewujudkan ekosistem mobiliti inklusif untuk manusia, barangan dan perkhidmatan.
Kenderaan Elektrik (EV) Roda4 Toyota Toyota FT-Me
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BYD Dolphin Cargo e-Van Di UK, EV Kompak Jadi Kenderaan Komersial!

    29/05/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Luce: 4 Motor Elektrik, 1,050 ps, Jarak 530 km dan Kelajuan 310 km/j

    26/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    25/05/2026
    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.