Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Fortuner (2021) Facelift Lancar dengan Ciri Dikemas Kini, Harga Mula RM172k
Roda4

Toyota Fortuner (2021) Facelift Lancar dengan Ciri Dikemas Kini, Harga Mula RM172k

Han OthmanBy Han Othman02/02/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UMW Toyota Motor melancarkan Fortuner (2021) dengan mengemas kini penampilan, prestasi  dan aspek keselamatan, termasuk mengekalkan ciri yang menjadikan model itu kenderaan utiliti sukan (SUV) popular Malaysia.

Ada dua varian diperkenalkan, yang masing-masing dipadankan transmisi automatik 6-kelajuan, iaitu:

  • 2.8 VRZ 4X4 AT (diesel) – bermula RM203,183
  • 2.7 SRZ 4X4 AT (petrol) – bermula RM172,244

Berikut perincian mengenai Fortuner (2021) spesifikasi Malaysia:

Enjin
  • Fortuner 2.8 VRZ 4×4 AT (diesel) ialah varian baru yang menggantikan varian terdahulu Fortuner 2.4 VRZ.
  • Menampilkan warna baharu, Bronze Mica Metallic dengan bumbung hitam, ditawarkan secara eksklusif untuk varian premium ini.
  • Bumbung hitam juga ditawarkan untuk warna Super White II (varian ini saja).
  • Trenkuasa diesel dijana enjin 4-silinder 1GD-FTV 2.8L commonrail dengan teknologi pengecas turbo nozel variabel (VNT) berserta intercooler yang tahan lasak. Enjin ini mampu meledakkan kuasa 202hp @ 3,000-3,400rpm dan 500Nm @ 1,600-2,800rpm.
  • Stereng kuasa menggunakan Kawalan Aliran Variabel (VFC) yang membantu menjimatkan minyak dengan mengurangkan beban tork pada pam stereng kuasa.
  • Fiil stereng ditambah baik supaya pengendalian lebih natural dan turut dibekalkan mod Sport untuk ekstra respons stereng.
  • Sistem pacuan 4×4 pula menyediakan kemampuan maksimum di semua permukaan jalan, sama ada lebuh raya berturap atau laluan off-road.
  • Ciri anjakan on-the-fly memudahkan pemandu mengaktifkan sistem pacuan empat roda (4×4) tanpa perlu menghentikan kenderaan.
Luaran
  • Fortuner 2.8 VRZ (diesel) menerima lampu utama kuad LED dengan gril jejari silang  di tengah. Unit lampu lain juga direka baharu, termasuk bampar depan dan belakang, manakala plat skid depan diperkemas untuk imej lasak.
  • Supaya tampil berbeza, bumbung Fortuner 2.8 VRZ, pilar A, perumah cermin sisi dan spoiler dihitamkan. Rekaan setiap sudut juga diperhalusi lebih aerodinamik.
  • Kedua-dua varian, 2.8 VRZ dan 2.7 SRZ menggunakan rim aloi 18 inci baharu.
  • Ruang dalaman Fortuner, mengetengahkan rekabentuk premium moden. Kabin 2.8 VRZ diberikan rekaan dan warna baharu, termasuk kemasan kerusi.
  • Pengenalan paparan multi-info (MID) pada kluster instrumen kini dalam versi animasi, dan ada juga lampu ambien untuk pengalaman ruang kabin unik.
  • Dua varian itu dipasangkan lampu kabin LED, cermin pandang belakang elektrokromatik yang antisilau.
Dalaman
  • Kerusi pemandu dan penumpang depan kini memiliki fungsi boleh laras elektrik 8-tetapan.
  • Juga disediakan beberapa slot pengecas USB.
  • Konfigurasi tempat duduk baris kedua dan ketiga boleh dilipat untuk memuatkan pelbagai jenis barangan mengikut keperluan pemandu. Keluasan kerusi pula mampu memuatkan penumpang dewasa dengan selesa.
Ciri Keselamatan

  • Dilengkapi Kawalan Traksi Aktif (A-TRC) dan Diferensial Gelincir Terhad (LSD) automatik untuk mengelak kenderaan tergelincir akibat salah satu roda hilang daya cengkaman. Ciri ini membolehkan kuasa enjin dikekalkan, dan kuasa disalurkan kepada roda yang memiliki cengkaman lebih baik.
  • Dibekalkan ciri bantuan pemandu termaju, Toyota Safety Sense (TSS), terdiri daripada pakej keselamatan aktif bersepadu yang menggunakan sensor kamera dan radar untuk mengesan potensi bahaya daripada kenderaan dan situasi sekeliling.
  • Berikut pakej TSS yang dimiliki Fortuner (2021):
    • Sistem Pra-Perlanggaran (PCS)
    • Amaran Tukar Lorong (LDA)
    • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) dengan fungsi  Bantuan Yaw (tiada untuk model Toyota lain)
  • Fungsi Bantuan Yaw diaktifkan apabila menukar lorong dan daya brek tambahan dikenakan pada roda sebelah dalam supaya kenderaan dapat kembali pada posisi sepatutnya. Sistem berkenaan juga mengambil kira situasi penggunaan.
Ciri Tambahan
  • Pelanggan boleh memilih opsyen tambahan lain seperti pengecas wayarles (baharu), but belakang boleh buka elektrik dengan gerak kaki (baharu), pemantau pada bumbung dan perakam video digital (DVR) belakang.

Sama seperti model Toyota lain yang ditawarkan UMW Toyota Motor, Fortuner (2021) facelift baharu ini datang dengan waranti lima tahun tanpa had perbatuan, tertakluk terma dan syarat.

Pelanggan juga boleh menikmati jadual penukaran minyak enjin lebih lama untuk enjin diesel dengan Pakej Servis Disemak (RSP), yang mana tempoh tukar minyak enjin dilanjutkan kepada setiap 10,000km atau enam bulan (yang mana dahulu), berbanding setiap 5,000km, atau tiga bulan.

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV Toyota Toyota Innova (2021) UMW Toyota Motor (UMWT)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

John Cena beli Honda Prelude
Auto Terkini

John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

25/05/2026
Chery Tiggo 9
Roda4

Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

22/05/2026
Australia menjadi antara pasaran pertama luar Jepun bakal menerima Pusat Prestasi Nismo
Auto Terkini

NISMO Performance Center Dibuka di Australia, Komuniti GT-R Kuat Jadi Faktor

22/05/2026
Denza B8 2026
PHEV

Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

22/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

By Shazwan Hisam15/05/2026
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Roda2

BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

By Abang Hirata25/05/2026
Roda2

Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

By Shazwan Hisam14/05/2026
Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
Roda4

Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie12/05/2026
Foto acah Honda City facelift
Auto Terkini

Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

By Syafie20/05/2026
Ferrari HC25 2026
Roda4

Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

By Abang Hirata18/05/2026
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Auto Terkini

Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

By Shazwan Hisam17/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.