Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Fortuner (2021) dengan TSS Buka Tempahan, Harga Mula RM172k
Auto Terkini

Toyota Fortuner (2021) dengan TSS Buka Tempahan, Harga Mula RM172k

Han OthmanBy Han Othman04/01/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UMW Toyota Motor mengumumkan pembukaan tempahan model Toyota Fortuner (2021) versi naik taraf di semua cawangan pengedar sah wakil pengedar itu seluruh negara.

Model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu, yang dikeluarkan secara pemasangan tempatan (CKD), ditawarkan dalam dua varian pada harga seperti berikut:

  • 2.8 VRZ 4×4 (AT) – RM203,183
  • 2.7 SRZ 4×4 (AT) – RM172,244

Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti lima tahun tanpa had perbatuan.

Pengenalan Fortuner 2.8 VRZ adalah sebagai pengganti Fortuner 2.4 VRZ yang mana varian perdana itu ditawarkan warna badan eksklusif, Bronze Mica Metallic dengan bumbung hitam, dan turut ditawarkan dalam warna Super White II (untuk varian ini sahaja). Empat lagi warna ditawarkan ialah Medium Silver Metallic, Silver Metallic, Attitude Black Mica dan Phantom Brown Metallic.

Berikut kemas kini diperkenalkan Fortuner (2021):

Luaran

  • Fortuner 2.8 VRZ menampilkan lampu utama kuad LED dengan gril jejaring. Lampu kabus, lampu signal dan lampu posisi diberikan gaya baharu, manakala rekaan bampar depan dan belakang kini lebih segar. Skid plat depan turut diubah untuk imej lebih ranggi.
  • Varian paling premium itu turut mendapat padanan kemasan hitam pada bumbung, pilar-A, cermin sisi dan spoiler.
  • Fortuner 2.7 SRZ pula menerima rekaan baharu lampu utama bi-LED yang lebih tajam dengan rekaan gril dan bampar depan baharu.

Dalaman

  • Bahagian kabin Fortuner (2021) mendapat sentuhan baharu seperti kluster instrumen dengan paparan animasi pada antaramuka Paparan Multi-Info (MID) baharu, pencahayaan ambien tersendiri dan penutup kunci direka baharu.
  • Rekaan kluster instrumen 2.7 SRZ diperbaharui dengan panel MID yang memaparkan maklumat tambahan untuk pemandu. Varian ini turut menerima kemasan warna dalaman dan balutan kerusi baharu.
  • 2.8 VRZ dan 2.7 SRZ juga dilengkapi lampu ambien LED, cermin pandang belakang elektrokromik dan kerusi boleh laras elektrik untuk penumpang depan.

Kini dengan Toyota Safety Sense (TSS)

  • Fortuner (2021) dilengkapkan ciri keselamatan komprehensif. Varian 2.8 VRZ mendapat sistem bantuan pemandu, Toyota Safety Sense (TSS), terdiri daripada:
    • Sistem Pra-Pelanggaran (PCS): Membantu menghalang dan mengelakkan kemalangan dengan kenderaan atau pejalan kaki di depan.
    • Amaran Tukar Lorong (LDA): Membantu kereta tidak tersasar ke laluan sebelah atau bertentangan yang boleh menyebabkan kemalangan secara berdepan.
    • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) dan Fungsi Bantuan Yaw

Trenkuasa

  • Dijana enjin 4-silinder 2.8L 1GD FTV Common Rail dengan Variable Nozzle Turbocharger (VNT) berkuasa 202hp @ 3,400rpm dan tork 500Nm @ 1,600rpm-2,800 rpm.
  • Direka dengan struktur optimum bagi blok silinder dan kepala gasket. Memanfaatkan syaf imbang untuk mengurangkan tahap gegaran dan kebisingan.
  • Kecekapan tinggi dicapai menerusi sistem suntikan Common Rail kawalan elektronik yang boleh menghantar bahan api pada tekanan maksimum hingga 250MPa.
  • Pam minyak boleh beroperasi dalam dua tahap bagi memastikan hantaran bahan api pada tekanan optimum, manakala penyejuk pra-EGR paip kembar penyejukan air membantu mengitarkan gas ekzos dengan suhu optimum.
  • 2.8 VRZ juga diberikan stereng kuasa Variable Flow Control (VFC) yang membantu menambah baik penjimatan minyak dengan mengurangkan penggunaan tork daripada pam stereng. Ini dicapai dengan mengenakan mod standby (bantuan rendah) ketika kenderaan tidak dikendalikan stereng.

BACA >>> Masalah Buster Brek: UMW Toyota Panggil Balik Hilux, Fortuner (Julai 2018-Januari 2019)
BACA >>> #PanduUji: Toyota Fortuner 2.4 VRZ AT 4×4 Diesel yang Seronok Dipandu

Auto Terkini Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) SUV Toyota Toyota Fortuner (2021) Toyota Fortuner 2.7 SRZ Toyota Fortuner 2.8 VRZ Toyota Fortuner Facelift UMW Toyota Motor UMWT
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.