Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Corolla GR Sport (2019) yang Sporty, Minimalis dan Ada Kelas!
Roda4

Toyota Corolla GR Sport (2019) yang Sporty, Minimalis dan Ada Kelas!

Abang HirataBy Abang Hirata26/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HARUS diakui Toyota sekarang ini sedang mencorakkan semula barisan produknya kepada pengguna. Jika diikutkan Toyota sudah pun selesa berada dalam ranking tiga pengeluar automotif paling laris dunia dan hanya perlu meneruskan perniagaan seperti biasa.

Namun, resipi perniagaan sebegitu sebenarnya berisiko. Risiko terlampau selesa hingga tiada apa yang perlu dibuat. Jadi, Toyota sekarang kembali lebih aktif dalam acara sukan permotoran seperti Le Mans dan Kejuaraan Rali Dunia (WRC termasuk penganjuran festival perlumbaan jalanan GAZOO Racing yang diadakan di negara kita.

BACA >>> Toyota Auris GR Sport Baharu Debut di Paris

Lebih penting, apabila barisan produk Toyota dan Lexus sudah berubah ke arah lebih ekspresif dan berani melabur dalam projek niche seperti GT86 dan Supra A90. Antara produk baharu  lain yang tidak lagi menggunakan gaya lama ialah Corolla.

KHAS UNTUK PEMBELI EROPAH

Jika diikutkan Corolla ialah model penting buat Toyota kerana sejak sekian lama menjana jutaan jualan. Ini keputusan berani dan berdasarkan sambutan peminat, keputusan Toyota itu dilihat tepat pada masa. Tidak cukup gaya ekspresif dan menawan, Toyota bakal menawarkan Corolla GR Sport untuk pelanggan Eropah yang mahukan sesuatu lebih berperisa.

Ini model kedua selepas Yaris GR SPORT dalam barisan famili GR Sport untuk pasaran Eropah. Menariknya edisi GR SPORT ini tidak hanya untuk model hatchback tetapi juga Touring Sport (wagon) dengan pilihan enjin 1.8L atau 2.0L Hybrid. Varian ini disasarkan kepada pelanggan yang mahukan model sporty dan kalangan pemandu muda.

BACA >>> Toyota Hilux GR Sport Baharu untuk Pasaran Brazil Diperkenal

PERUBAHAN KOSMETIK

Corolla GR Sport dilengkapi beberapa penambahan kosmetik seperti gril baharu dengan warna krom gelap, skirt sisi, difuser belakang dan rim aloi 18 inci. Perbezaan lain ialah cermin belakang privasi, lampu kabus, lampu utama LED dan warna eksklusif Dynamic Grey (kelabu) dengan warna bumbung kontras.

Perbezaan luaran tidak ketara dan lebih kepada kemasan memandangkan Corolla hatchback sudah sedia menarik. Bahagian dalaman lebih ketara dengan penggunaan kerusi sport fabrik dan boleh dinaik taraf kepada kulit. Selain itu, beberapa bahagian seperti panel instrumen, stereng dan tombol gear dikemaskan dengan sulaman hitam dan merah.

Tawaran ini memang menarik, cuma pengumuman dibuat agak terlalu awal kerana Corolla GR Sport ini hanya akan mula dijual pada Januari 2020, tahun depan!

BACA >>> Toyota Corolla Touring Sports (2019), Versi Wagon dengan Ekstra Ruang, Kualiti Premium

GALERI
Gazoo Racing Roda4 Toyota Toyota Corolla Toyota Corolla GR SPORT Toyota Corolla Hatchback
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
    Roda4

    Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.