Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Corolla Cross Hybrid CKD Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM137k!
Roda4

Toyota Corolla Cross Hybrid CKD Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM137k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UMW Toyota Motor (UMWT) membuka tempahan Toyota Corolla Cross Hybrid, iaitu varian baharu yang dijana teknologi hibrid elektrik (HEV) dalam famili Corolla Cross dan dikeluarkan secara pemasangan tempatan (CKD) pertama di Malaysia.

Model baharu itu ditawarkan pada harga anggaran bermula serendah RM137,000. Selain Corolla Cross Hybrid, ada dua pilihan varian lain disediakan, Corolla Cross 1.8V dan 1.8G, juga secara CKD.

Corolla Cross mula dijual di Malaysia sebagai model import (CBU) dari Thailand. Namun kini, ketiga-tiga varian itu dipasang di kilang ASSB di Bukit Raja, Selangor.

BACA >>> 5 Perkara Toyota Corolla Cross (2021) Perlu Anda Tahu, Kini di Malaysia, Harga Mula RM124k

VARIAN DAN HARGA

Berikut harga Corolla Cross mengikut varian:

  • Corolla Cross 1.8 Hybrid – RM137,000
  • Corolla Cross 1.8V – RM129,000
  • Corolla Cross 1.8G – RM123,000

* Harga adalah anggaran, termasuk cukai jualan, tanpa insurans.

WARNA

Ada lima warna pilihan: Kelabu Celestite Metalik (Corolla Cross Hybrid sahaja), Putih Mutiara Platinum, Merah Mika Metalik, Biru Nebula Metalik dan Perak Metalik.

TRENKUASA

Corolla Cross Hybrid
  • Dijana Sistem Elektrik Hibrid Toyota generasi keempat.
  • Mengguanakn trenkuasa petrol 1.8L dan motor elektrik dengan pengurusan komputer pintar untuk menentukan pacuan kuasa mengikut pemanduan.
  • Enjin petrol lebih banyak digunakan untuk pecutan pantas, manakala motor elektrik banyak digunakan ketika kenderaan mula bergerak.
  • Dalam kondisi tertentu, kereta boleh dipandu menggunakan kuasa elektrik penuh.
  • Output kuasa trenkuasa petrol ialah 96.6hp @ 5,200rpm dan tork 142Nm @ 3,600 rpm. Motor elektrik pula menghasilkan kuasa 53kW (bersamaan 71hp) dan tork 163Nm.
  • Transmisi menggunakan sistem E-CVT dengan 4 mod pandu: Sport, Eco, Normal dan EV.
Corolla Cross 1.8V dan 1.8G
  • Trenkuasa petrol 16-injap 1.8L DOHC dengan teknologi injap variabel Dual VVT-i berkuasa 137hp @ 6,400rpm dan tork 172Nm @ 4,000rpm.
  • Terotel dikawal secara elektronik untuk pemanduan responsif, lancar dan senyap. Menggunakan transmisi automatik CVT jenis sekuensial Sequential Shiftmatic 7-kelajuan dengan opsyen tukaran gear manual.

BACA >>> 10 Fakta Pantas: Toyota Corolla Cross (2020) Debut Global di Thailand, Harga RM132k

PLATFORM TNGA 

  • Corolla Cross memanfaatkan platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) yang menawarkan struktur badan, rekabentuk dan kejuruteraan yang lebih fleksibel.
  • Pusat graviti rendah meningkatkan ekstra kestabilan, dan pada masa sama memberikan paras mata pemandu 121mm lebih tinggi berbanding Corolla sedan.
  • Jarak lega bumi lebih tinggi, 161mm, selari imej dan fungsi sebuah SUV, manakala radius pusingan 5.2 meter.

BACA >>> 5 Perkara Menarik Toyota Corolla Cross yang Mungkin Anda Tidak Tahu

REKABENTUK

  • Seperti Corolla Cross 1.8V, varian 1.8G juga ada lampu depan Bi-LED, termasuk lampu siang (DRL) LED dalam rekaan Light Curtain.
  • Rel bumbung disertakan untuk gaya sporty dan lasak.
  • Bumbung lebih tinggi untuk ruang lebih luas berbanding pesaing SUV lain dalam kelas sama.
  • Varian 1.8V ada fungsi paparan cahaya LED di pintu depan, pemegang cawan dan ruang talam.
  • Kerusi pemandu jensi boleh laras elektrik 8-tetapan. Kerusi belakang boleh diturunkan 6º dan dilipat untuk meningkatkan kapasiti but daripada saiz asal (440 liter).
  • Pintu belakang automatik boleh dibuka menggunakan sensor kaki bawah bampar.

KABIN

  • Ada unit infotainmen skrin sesentuh 9 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Ada dua port USB Type-C di belakang untuk mengecas peranti pintar. Pelanggan juga ada pilihan pad pengecas wayarles.
  • Cermin varian petrol memiliki penebat bunyi lebih baik dan  penyenyap dalam bonet.
  • Ada ventilator udara untuk penumpang belakang.

TOYOTA SAFETY SENSE (TSS) 

  • Hanya Corolla Cross 1.8 V dan 1.8 Hybrid ada pakej keselamatan Toyota Safety Sense (TSS) 2.0.
  • Sistem keselamatan TSS 2.0 terdiri daripada:
    • Sistem Pra-Pelanggaran (PCS)..
    • Amaran Keluar Lorong (LDA) dengan bantuan kendalian.
    • Bantuan Jejak Lorong (LTA).
    • Kawalan Jelajah Radar Dinamik  (DRCC).
    • Lampu Tinggi Automatik (AHB).
      Pemantau Titik Buta (BSM) dengan Amaran Trafik Lintasan Belakang (RCTA).
    • Pemantau Pandangan Panoramik 3D.
    • Kawalan Mula Pandu.
    • Sistem Amaran Tekanan Angin (TPWS).
    • Perakam Video Pemanduan (DVR) di depan adalah ciri standard. Pelanggan juga boleh memilih tambahan DVR di  belakang.
    • Ada tujuh beg udara SRS, termasuk lutut pemandu. Ada pautan ISOFIX dengan menambat kerusi kanak-kanak.

BACA >>> Teknologi Toyota Safety Sense (TSS) Terbukti Kurangkan Kadar Kemalangan

JAMINAN

  • Corolla Cross diberi waranti kilang lima tahun tanpa had perbatuan.
  • Pek bateri hibrid ada jaminan berasingan lapan tahun. Pelindungan adalah termasuk inverter dan Kawalan Pengurusan Kuasa (ECU).
  • Pelanggan boleh pilih lanjutan perlindungan penuh selama dua tahun.
  • UMWT juga memasang Sistem Telematik Kenderaan (VTS) untuk mengesan lokasi kenderaan dengan jaringan GPS/GSM.

BACA >>> Pintas Rekod Corolla Sedan, Corolla Cross Jadi Model Toyota Paling Laris Brazil
BACA >>> Ini Sebab Kenapa Sistem Hibrid Toyota Sesuai untuk Pasaran Malaysia

Akio Takeyama Ravindran K Toyota Corolla Cross Hybrid Toyota New Global Architecture Toyota Safety Sense UMW Toyota Motor (UMWT)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

    05/06/2026
    BYD Atto 3 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800

    05/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    04/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    04/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    By Abang Hirata05/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.