Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

Abang HirataBy Abang Hirata03/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Toyota Corolla Cross 2027

TOYOTA memperkenalkan Toyota Corolla Cross 2027 untuk pasaran Jepun yang menerima penambahbaikan bersama pengenalan varian edisi khas, Z Adventure, sempena sambutan ulang tahun ke-60 siri Corolla.

Model yang mula dijual 1 Julai 2026 itu menampilkan rekabentuk lebih lasak, pilihan warna eksklusif dan tambahan pelbagai ciri keselamatan berserta sistem bantuan pemanduan termaju sebagai standard.

Toyota turut mengesahkan satu lagi model edisi khas sempena ulang tahun ke-60 Corolla Sport akan diperkenalkan dalam masa terdekat.

Toyota Corolla Cross Z Adventure Tampil Lebih Lasak

Toyota Corolla Cross 2027
Toyota Corolla Cross 2027

Varian khas Z Adventure dibangunkan bagi memberikan imej lebih berorientasi aktiviti luar menerusi perubahan ketara bahagian luaran dan dalaman.

Antara pembaharuan diberikan adalah:

  • Logo khas ulang tahun ke-60 Corolla pada kedua-dua fender depan
  • Gril radiator eksklusif dengan kemasan Meteor Coat.
  • Kemasan hitam pada gril dan frem tingkap
  • Kemasan Metal Stream Metallic pada pelindung bawah bampar depan dan belakang
  • Rim aloi 17 inci kemasan Matte Gray Metallic lengkap dengan nat hitam
  • Tayar 215/60 R17
  • Warna dalaman baharu Mineral
  • Tempat duduk gabungan fabrik dan kulit sintetik dengan sulaman kontras
  • Stereng tiga jejari balutan kulit
  • Kemasan Smoke Silver Metallic pada hendal pintu dalaman dan panel instrumen

Tiga Warna Badan Eksklusif

Toyota Corolla Cross 2027
Toyota Corolla Cross 2027
Toyota Corolla Cross 2027

Toyota turut menawarkan tiga pilihan warna dua tona eksklusif untuk varian Z Adventure:

  • Black × White Pearl
  • Black × Mad Bas
  • Black × Urban Khaki

Lebih Banyak Ciri Standard

Toyota Corolla Cross 2027

Selain edisi khas, Toyota turut menaik taraf varian GR Sport dan Z dengan beberapa ciri yang kini dijadikan standard.

Antaranya ialah:

Toyota Corolla Cross 2027

  • Monitor Titik Buta (BSM)
  • Bantuan Keluar Selamat (SEA)
  • Monitor Pandangan Panoramik (PVM) dengan fungsi paparan bawah kenderaan
  • Brek Sokongan Parkir (PSB) untuk kenderaan menghampiri dari belakang dan pejalan kaki
  • PSB untuk objek pegun
  • Bantuan parkir pintar Toyota Teammate Advanced Park
  • Stereng dengan fungsi pemanas

 

Trenkuasa Hibrid

Toyota Corolla Cross 2027

Toyota Corolla Cross 2027 pasaran Jepun ditawarkan dalam dua pilihan, iaitu sistem hibrid dengan enjin 2.0L untuk varian GR Sport dan enjin 1.8L (varian Z dan S).

Semua varian menggunakan transmisi automatik e-CVT dan bateri litium-ion.

2.0L Hybrid (GR Sport)

  • Enjin M20A-FXS 2.0L
  • Output kuasa 152ps @ 6,000rpm, dan tork 188Nm @ 4,400 – 5,200rpm
  • Output kuasa motor elektrik depan 113ps dan tork  206Nm
  • Sistem pacuan semua roda E-Four
  • Transmisi automatik e-CVT
  • Kecekapan bahan api 23.3km per liter (WLTC)

1.8L Hybrid (Z dan S)

  • Enjin 2ZR-FXE 1.8L
  • Output kuasa 98ps @ 5,200rpm, dan tork 142Nm @ 3,600rpm
  • Motor elektrik depan berkuasa 95ps, dan tork 185Nm
  • Pilihan pacuan 2WD atau E-Four
  • Motor elektrik belakang (E-Four) menghasilkan kuasa 41ps dan tork 84Nm
  • Transmisi automatik e-CVT
  • Kecekapan bahan api 26.4km per liter (2WD), dan 24.6km per liter (E-Four)
  • Sistem Pacuan dan Transmisi
    • Semua varian menggunakan transmisi automatik e-CVT
    • Varian GR Sport ditawarkan eksklusif dengan sistem pacuan semua roda E-Four
    • Varian Z dan S boleh dipilih sama ada 2WD atau E-Four

Bateri Hibrid

  • Jenis Litium-ion 4.08Ah

Spesifikasi Toyota Corolla Cross 2027

Toyota Corolla Cross GR Sport

  • Enjin 2.0L Hybrid (M20A-FXS)
  • Output kuasa 152ps, dan tork 188Nm
  • Motor elektrik 113ps dan tork 206Nm (depan)
  • Pacuan E-Four AWD
  • Transmisi automatik e-CVT
  • Penggunaan bahan api 23.3km per liter (WLTC)

Toyota Corolla Cross Z dan S

  • Enjin 1.8L Hybrid (2ZR-FXE)
  • Output kuasa 98ps, dan tork 142Nm
  • Kuasa motor elektrik depan 95ps, dan tork 185Nm, dan kuasa motor elektrik belakang (E-Four) 41ps / 84Nm
  • Pacuan 2WD atau E-Four
  • Transmisi automatik e-CVT
  • Penggunaan bahan api 26.4km per liter (2WD), dan 24.6km per liter (E-Four)
Toyota Corolla Cross 2027
Toyota Corolla Cross 2027
Toyota Corolla Cross 2027
Toyota Corolla Cross 2027
Toyota Corolla Cross 2027
Screenshot
Toyota Corolla Cross 2027
Screenshot
Toyota Corolla Cross 2027
Toyota Corolla Cross 2027
Toyota Corolla Cross 2027
Toyota Corolla Cross 2027
Toyota Corolla Cross 2027
Toyota Corolla Cross 2027
Toyota Corolla Cross 2027
Toyota Corolla Cross 2027
Toyota Corolla Cross 2027
Toyota Corolla Cross 2027
Toyota Corolla Cross 2027
Toyota Corolla Cross 2027
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 Toyota Toyota Corolla Cross Toyota Corolla Cross 2027
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    PHEV

    Lamborghini Urus SE Performante Baharu, Kuasa Melonjak Naik, Urus Paling Pantas!

    02/07/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Suzuki e Vitara 2026 Rasmi di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Mula RM188,000

    02/07/2026
    Roda4

    BMW X5 2027 Tampil Dengan Rekaan Neue Klasse, Lima Pilihan Trenkuasa dan Kabin Futuristik

    01/07/2026
    Pandu Uji

    #PanduUji: Lenjan GAC GS3 Emzoom di Sepang, SUV Segmen-B yang Boleh Diajak Bincang

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    By Han Othman28/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.