Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota C-HR Sah Masuk Malaysia!
Auto Terkini

Toyota C-HR Sah Masuk Malaysia!

Abang GYLBy Abang GYL13/05/20178 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

toyota ch-r malaysiaSEPERTI dijangkakan, Toyota C-HR sah membuat kemunculan pertama di Malaysia esok (13 Mei) di Pusat Konvensyen Setia City bersempena acara Test & Buy anjuran Carlist.my MAA Drive.

Bagi mereka yang ternanti-nanti kehadiran Toyota C-HR, anda boleh ke Pusat Konvensyen Setia City mulai esok bagi melihat dengan lebih dekat.

Berdasarkan sumber kami terima, model yang bakal dipertontonkan kepada rakyat Malaysia ialah Toyota C-HR versi 1.2L Turbo.

Bagaimanapun pasaran Malaysia mungkin tidak akan melancarkan versi berkenaan sebaliknya memperkenalkan enjin bersesaran 1.8L Hybrid.

BILA NAK DILANCARKAN

Buat permulaan, UMW Toyota Motor dikhabarkan bakal membawa masuk Toyota C-HR versi diimport sepenuhnya (CBU) sebelum memperkenalkan model pemasangan tempatan (CKD) di kilang Toyota di Bukit Raja, Shah Alam.

Begitu juga dari aspek spesifikasi, kami dikhabarkan pihak UMW Toyota masih belum mempunyai kata putus varian apa yang bakal dibawa masuk untuk pasaran Malaysia.

BACA >>> Toyota C-HR Spesifikasi UK, Enjin Turbo dan Hibrid Jadi Sandaran

ANGGARAN HARGA

Tambah sumber itu lagi, Toyota C-HR versi CBU dijangka akan lebih mahal berbanding CKD. Anggaran harga bagi versi CBU adalah sekitar RM160,000. Manakala versi CKD pula akan dijual pada harga lebih kompetitif. Kemungkinan sekitar RM125,000.

ENJIN TURBO

Sedia maklum, Toyota C-HR yang sudah dilancarkan diperkenal dalam dua pilihan enjin iaitu 1.2L Turbo dan 1.8L Hybrid.

Berikut ialah spesifikasi enjin Toyota C-HR bagi pasaran UK;

  • 1.2 Petrol Turbo (115 HP) Multidrive S – kod enjin 8NR-FTS, 16 injap DOHC dengan VVT-i, suntikan bahan api D-4, 185Nm@1,500-4,000rpm, transmisi CVT, 179kmj, 0-100kmj 11.4 saat.
  • 1.8 Petrol Hibrid (122 HP) Automatik – kod enjin 2ZR-FXE, 16 injap DOHC dengan VVT-i, suntikan bahan api EFI, 142Nm@3600rpm, motor depan elektrik jenis sinkroni magnet tetap, jenis bateri logam nikel hidrida, transmisi Automatik Hibrid, 169kmj, 0-100kmj 11 saat.

Jika anda mahu menjadi salah seorang rakyat Malaysia yang terawal melihat kehadiran Toyota C-HR, jom ramai-ramai ke Pusat Konvensyen Setia Alam, Sabtu dan Ahad ini.

GALERI

CVT
Rim Aloi 18-inci 5-jejari berganda
Rim Aloi 18-inci 10-jejari berganda
DYNAMIC
Manual
EXCEL
ICON
Hibrid
chr Toyota C-HR toyota c-hr malaysia toyota CH-R Toyota CH-R 2017 Toyota CH-R Malaysia toyota CHR
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026

    8 Comments

    1. Nur Azah Ahmad on 05/06/2017 12:53

      Macam mana nak beli

      Reply
      • Petra on 30/07/2017 02:13

        Belum lancar bulan depan ogos baru lancar dapat tahun depan booking bulan 10 baru open

        Reply
    2. Yusri on 09/06/2017 01:17

      Fuhhh!!!
      Mengkagumkan…
      Rekabentuk seksi, mantap dan harga mampu untuk di miliki…

      Reply
    3. Pok lah... on 10/07/2017 23:03

      Hebatt nye design

      Reply
    4. bro on 29/07/2017 10:49

      gila punya harga..1.2 litter ble la tu..ni 1.8 pula..kesan kereta tempatan yg kini hak milik asing

      Reply
    5. Wann on 08/09/2017 00:48

      Anggaran bulanan berape? Byr muke berape?

      Reply
    6. Ayu on 04/03/2018 01:42

      Macam mana nak tahu tentang bayaran bulanan?

      Reply
    7. RONALD STEPHEN on 14/10/2018 15:08

      Malaysia terbaik! Sebab mampu mendapat Toyota CHR walaupun hanya varian 1.8 liter petrol..Negara Asia seperti India, Korea, Filipina & Vietnam masih tertunggu-tunggu Toyota CHR memasuki negara mereka secara sah/official. Sebahagian negara pula langsung bukan pilihan untuk kemasukan Toyota CHR oleh TMC Japan. Ramai peminat CHR di negara tersebut kecewa & terpaksa membelinya dari gray market. Welcome to Malaysia my new CHR!

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.