Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Aygo Facelift (2019) Tampil Perubahan Minimalis
Roda4

Toyota Aygo Facelift (2019) Tampil Perubahan Minimalis

Han OthmanBy Han Othman13/06/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WALAUPUN tiada perubahan ketara, Toyota Aygo (2019) versi dipertingkat (facelift) spesifikasi Britain menampilkan rupa luaran yang dikemas kini dengan unit pencahayaan diubah suai, palet warna dirombak semula dan rim baharu. Ini termasuk kluster instrumen diperbaharui, bersama upholsteri baharu seperti tipikal model facelift lain.

Menariknya, segala perubahan boleh dimiliki pada harga atas jalan £9,695 (RM51,682) di Britain, bagi model asas 3-pintu cuma lebih mahal £435 (RM2,318), manakala model asas 5-pintu £300 (RM1,599) lebih mahal.

VARIAN SIRI ‘X’ YANG PELBAGAI

Namun, varian  siri ‘x’, misalnya ‘x-play’ bermula pada harga £11,375 ($60,638) dengan ciri penyaman udara, roda stereng multifungsi, kerusi pemandu boleh laras ketinggian, pengehad halaju, sistem multimedia x-touch dengan DAB dan Bluetooth dan lampu belakang LED sebagai ciri standard, manakala navigasi satelit (sat-nav) dan Toyota Safety Sense pula sebagai opsyen tambahan.

Varian ‘x-plore’ memiliki rim aloi 15-inci dan tambahan lampu kabus depan, lampu utama automatik, tingkap belakang privasi, kamera undur, penyaman udara automatik, dan sat-nav. Pilihan ditawarkan ialah Toyota Safety Sense dan bumbung kanvas jenis retrak dengan harga £12,630 (RM67,328).

BACA >>> Toyota Aygo (2018) Versi Facelift Bakal Debut Muncul di Geneva

Pada harga kurang £345 (RM1,839), pengguna di Britain juga boleh memilih varian ‘x-cite’ dengan warna luaran dua tona Magenta Fizz, rim aloi hitam 15-inci dan ruang kabin dipadankan dengan kerusi fabrik Manhattan, sulaman magenta, dan ventilator penyaman udara, termasuk tombol gear dengan warna badan kereta, manakala panel instrumen dan batang gear diberikan kemasan hitam Piano Black.

Varian X paling premium ialah ‘x-clusiv’, tetapi harga belum diumumkan. Menurut Toyota, varian itu akan didatangkan dengan skema warna dua tona dengan tiga pilihan kontras berbeza dan rim aloi 15-inci bersama rekaan jejari kembar (twin-spoke).

Ruang kabin menampilkan upholsteri kulit, sistem multimedia x-touch dengan Apple CarPlay dan Andorid Auto, penyaman udara automatik, termasuk masukan tanpa kunci dan Toyota Safety Sense tanpa kos tambahan.

Akhir sekali ialah Aygo ‘x-press’ yang berharga £12,630 (RM67,328) dan akan dihadkan pengeluaran kepada 2,500 unit tahun ini. Melihat rupa luaran, varian ini menampilkan dekal bumbung penuh dan akses warna untuk lip depan dan belakang, sil sisi, dan rim aloi hitam 15-inci.

Varian ini juga dipadangkan lampu kabus depan, lampu utama automatik, tingkap belakang privasi dan kamera undur. Penyaman udara diberikan sebagai ciri standard tanpa sebarang kos tambahan untuk Toyota Safety Sense.

GALERI

SUMBER: CarScoops

Britain Roda4 Toyota Toyota Aygo Toyota Aygo facelift (2019) Toyota Safety Sense Toyota UK
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

28/07/2026
Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
Roda4

Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

28/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.