Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Touch ‘n Go Lantik Praba Sangarajoo CEO Baharu, Kuat Kuasa 1 April 2023
Auto Terkini

Touch ‘n Go Lantik Praba Sangarajoo CEO Baharu, Kuat Kuasa 1 April 2023

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize15/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

TOUCH ‘n Go Sdn Bhd (TnG) mengumumkan pelantikan Praba Sangarajoo sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), berkuat kuasa 1 April 2023.

Praba kini Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perniagaan & Pertumbuhan TnG. Beliau menyertai TnG pada Jun 2021 dan bertanggungjawab dalam pertumbuhan hasil, perniagaan baharu, inovasi produk dan pengurusan hubungan Kerajaan serta pihak berkepentingan.

BACA >>> KPDN Akan Gempur Peniaga Tamak Jual Kad TnG Harga Melampau
BACA >>> Touch ‘n Go eWallet Tawar Pinjaman Peribadi GOpinjam Hingga RM10k!

Dalam tempoh kurang dua tahun, beliau menerajui pelancaran produk baharu dan memperkenalkan aliran pendapatan baharu, termasuk Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk pembayaran tol lebuh raya dan penjanaan bahan api, kad TnG NFC yang dipertingkat untuk kemudahan pelanggan lebih baik, dan penambahan parkir kereta baharu pada 2022.

Pengerusi Kumpulan TnG, Datuk Zainal Abidin Putih berbesar hati mengucapkan tahniah kepada Praba atas kenaikan pangkat beliau ke jawatan baharu sebagai CEO TnG.

Menurutnya, pengalaman luas Praba sebelum menyertai TnG ditambah pengalaman dalam mengendalikan bahagian Perniagaan dan Pertumbuhan TnG, akan menjadi tidak ternilai dalam membawa syarikat itu ke tahap pertumbuhan seterusnya.

Beliua juga akan bertanggungjawab meneruskan trajektori pertumbuhan perniagaan Kumpulan untuk mengharungi landskap yang semakin kompetitif dalam industri fintech.

Walaupun Touch ‘n Go menjadi faktor bentuk pembayaran dominan pada tol lebuh raya, syarikat kini juga mengendalikan pelbagai perniagaan dan aliran hasil, dan berdaya saing merentasi semua menegak, bukan hanya dalam tol.

“Masih terdapat ruang besar untuk inovasi di seluruh perniagaan kami dengan potensi pertumbuhan selanjutnya. Kami yakin Praba mempunyai kepintaran perniagaan dan keupayaan kepimpinan untuk mengemudi Touch ‘n Go melalui fasa strategik seterusnya dan mencapai kejayaan lebih besar pada masa depan,” kata Zainal.

Sebelum menyertai TnG, Praba ialah CEO Xperanti IoT (M) Sdn Bhd. Terdahulu, beliau ialah Ketua Pegawai Operasi (Rail) di Sapura Secured Technologies.

Beliau juga pernah berkhidmat dalam kapasiti pengurusan di syarikat multinasional besar, seperti Nokia Siemens Networks, dan Fujitsu. Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dari Universiti Northumbria.

BACA >>> TnG Akan Keluar 3.5 juta Kad NFC Tahun Ini, Percepat Proses Bayar Baki
BACA >>> Menteri Arah TnG Tambah Pusat Jualan Kad, Percepat Proses Bayar Balik Baki Wang

SUMBER: Touch n’ Go

CEO Dato’ Zainal Abidin Putih Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NFC Praba Sangarajoo RFID TnG Touch N Go
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    07/07/2026
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC X Star Wars Kini Rasmi Dijual, Harga Mula RM135!

    07/07/2026
    Roda4

    Pikap Musso Kembali! KGM Motors UK Perkenal Musso Rhino dan Musso Rhino+

    07/07/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Kenderaan Komersial Positif Dadah Ditahan JPJ, AADK di Plaza Tol Gombak

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Roda2

    Harley-Davidson Perkenal Koleksi Eksklusif Liberty Edition 2026 Di Kuala Lumpur

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.