Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Touch ‘n Go eWallet: Daftar Kad TNG, dan Guna Baki e-Dompet untuk Bayar Tol DUKE
Auto Terkini

Touch ‘n Go eWallet: Daftar Kad TNG, dan Guna Baki e-Dompet untuk Bayar Tol DUKE

Han OthmanBy Han Othman08/12/201829 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA Ogos lalu, TNG Digital mendedahkan aplikasi mobil Touch n Go eWallet yang dikemas kini dengan beberapa ciri dipertingkat seperti boleh menambah tiga kad fizikal Touch ‘N Go (TNG) dalam aplikasi tersebut. Ini membolehkan pengguna menguruskan kad dan mengemas kini baki secara atas talian pada bila-bila masa.

Bagaimanapun, apa yang mengecewakan pengguna ialah kita tidak boleh membuat isian semula kad TNG daripada aplikasi tersebut. Rupa-rupanya TNG mendengar keluh kesah penggunanya.

BACA >>> Tamat Kerjasama dengan TnG, Efkon Keluarkan Peranti Smart Tag Versi Ditambah Baik

Terbaharu, TNG Digital mendedahkan ciri baharu  yang menawarkan integrasi antara kad fizikal TNG dan aplikasi mobil. Bermula hari ini, pengguna boleh menggunakan kad TNG fizikal untuk membayar tol sepanjang lebuh raya DUKE dan baki akan ditolak daripada eWallet (e-dompet) dalam aplikasi Touch ‘n Go e-Wallet.

Walaupun masih tidak boleh melakukan isian semula kad TNG daripada aplikasi itu, tetapi menariknya, kita juga tidak perlu buat sebarang isian semula lagi. Sekurang-kurangnya untuk bayaran tol.

TIDAK PERLU MASUK LORONG ‘TAMBAH NILAI’ LAGI

Ringkasnya, kad fizikal TNG yang didaftarkan ke dalam eWallet akan digunakan sebagai medium melepasi semua lorong SmartTag dan Touch ‘n Go. Kemudian, caj tol akan ditolak secara langsung daripada eWallet. Bagaimanapun, sekiranya baki eWallet tidak mencukupi, barulah caj tol akan ditolak daripada baki kad fizikal.

Kita bukan saja akan tahu status kad TNG sebaik saja didaftarkan ke dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet, ciri terbaharu ini tidak memerlukan kita membuat isian semula ke lorong ‘Tambah Nilai’ atau berhenti ke mana-mana stesen minyak. Boleh terus saja guna kad fizikal kita di mana-mana lorong tol (sekarang ini khas untuk DUKE sahaja).

BACA >>> 20 Soalan-Jawapan Tentang RFID Touch 'N Go yang Perlu Anda Tahu

Apa yang perlu dibuat ialah pastikan eWallet sentiasa ada baki mencukupi sepanjang masa. Ingat, baki eWallet dan baki kad tidak disatukan sekali, dan tidak juga boleh saling dipindahkan. Berikut laluan tol yang terlibat dalam program pilot (ujian) eWallet Touch ‘N Go:

Duke 1

  • Plaza Tol Batu
  • Plaza Tol Ayer Panas
  • Plaza Tol Sentul Pasar

Duke 2

  • Plaza Tol Segambut
  • Plaza Tol Sentul Pasar Tambahan

Menurut TNG, program pilot itu akan dilanjutkan ke banyak lebuh raya sekitar Lembah Klang untuk fasa akan datang. Syarikat itu juga merancang meluaskan ekosistem eWallet yang meliputi perkhidmatan mobiliti bandar seperti transit dan parkir.

Aplikasi ini juga boleh digunakan untuk membuat bayaran isian semula prabayar, pasca bayar, dan bil utiliti, termasuk membeli tiket wayang dan penerbangan selain membuat bayaran tol RFID. Cara isian semula pula boleh dibuat menerusi kad debit/kredit, perbankan atas talian dan menggunakan mesin isian semula TNG (guna PIN isian semula). Pada masa akan datang, TNG bakal memperkenalkan fungsi isian semula secara automatik.

Aplikasi Touch n Go eWallet boleh dimuat turun untuk telefon pintar Android dan iOS

Paparan mula, pengguna perlu memberikan kebenaran akses eWallet kepada kad TNG yang didaftar.
Ada dua baki tertera. Baki eWallet – RM25.00, dan baki kad RM9.10 (termasuk kad TNG lain jika ada)
Rekod transaksi untuk eWALLET
Rekod transaksi untuk kad TNG. Prioriti caj ialah untuk transaksi eWALLET.
Lebihraya yang menyokong sistem eWALLET setakat ini.
aplikasi mobil Auto Terkini eWallet Touch n Go Lebuhraya Duke Smart Tag TnG TNG Digital tol Touch N Go
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Tambah 46,000 Tiket ETS, EMUPlus Sempena Tahun Baru Cina

13/02/2026
Auto Terkini

LEKAS Aktif ‘Smart Lane’ Mula Hari Ini, Tangani Kesesakan Waktu Puncak

13/02/2026

29 Comments

  1. RAFI BIN HASSAN on 19/03/2019 01:05

    HENDAK DAFTAR TOUCH N GO E WELLET

    Reply
  2. Affiza Adam on 26/04/2019 21:57

    Apa maksud usage yg kena tolak Rm2.30 tu?

    Reply
  3. Awang alfana bin Awang safiee on 15/06/2019 01:56

    [email protected]

    Reply
  4. Langsat on 23/07/2019 13:40

    Dimanakah tempat untuk membuat isi semula TNG ewallet?

    Reply
    • ABG GYL on 23/07/2019 21:59

      Stesen minyak atau mana-mana ruang tambah nilai

      Reply
  5. siti sara hassan on 09/08/2019 10:06

    kenapa e-wallet balance x muncul di toll. saya terpaksa topup cash di toll tapi dalam apps ada balance
    e-wallet acct bank pun dah deduct duit. macam mana nak activekan e-wallet balance tu?

    Reply
    • ABG GYL on 09/08/2019 15:04

      Kena muat turun aplikasi touch n go e wallet.

      Reply
      • Min mie on 02/10/2019 08:42

        Ada apps yang lain ke selain touch n go e wallet tu ? Sy da reload mesti la guna apps tu? Tapi balance di toll masih tak ada

        Reply
  6. Razali on 22/08/2019 10:41

    Sy dah upooad tng e wallet dan daftar tng card yg sedia ada. Tng e wallet mempuhyai baki r.m50.. jadi sekiranya sy menggunakan tol Plus, apakah perlu lagi sy top up kad tng saya atau macamana..

    Reply
  7. Haikal on 27/08/2019 19:37

    Dah topup 10 kad touch n go tapi bila tgk e wallet still rm 0.00 kenapa ya

    Reply
  8. Clement A/L Mariadas on 15/09/2019 14:52

    Dalam e wallet ada beki RM18. Tidak tahu guna

    Reply
  9. ali on 04/10/2019 14:52

    boleh keluarkan tak drp ewallet ke debit card?

    Reply
  10. may on 23/10/2019 21:22

    nak tukar nombor telephone dalam ewallet macam mana

    Reply
    • Noorain on 01/11/2019 22:16

      Sy dh tukar no phone tp nak daftar guna no tel baru xleh sbb dia kata no ic dh pernah guna…mcm mana nak batalkan no lama

      Reply
  11. Fauzi on 24/10/2019 11:39

    Sye guna smart tag (coz guna kereta org lain). Card di daftar atas ewallet aps.. Adakah baki di card atau di ewallet yg di tolak?

    Reply
  12. Lee jay on 24/11/2019 09:37

    Nk tnya, utk naik lrt boleh guna x touch & go e wallet ni

    Reply
    • Abang GYL on 25/11/2019 09:53

      Tak boleh lagi

      Reply
  13. Azam on 05/12/2019 14:47

    Jika buat pembayaran di pasaraya tetapi baki e wallet tidak mencukupi, adakah akan di tolak dari kad tng?

    Reply
  14. Bella on 20/12/2019 07:43

    E wallet ni hanya function bile daftar dengan card TNG je ke?? Kalau pakai card watson or mana card yg ada TNG boleh ke? Respond please

    Reply
    • Abang GYL on 20/12/2019 11:23

      Boleh, tak ada masalah

      Reply
  15. Nurul on 16/01/2020 07:24

    Touch in go wallet bley pki kat pasaraya mn ye… Skdar nk thu

    Reply
    • Abang GYL on 21/01/2020 09:50

      Ya boleh jika tempat itu ada menawarkan pembayaran secara e-wallet

      Reply
  16. alya on 19/01/2020 21:12

    kalau guna ic mana mana? tde serial number la

    Reply
    • Abang GYL on 21/01/2020 09:49

      Adalah lebih baik guna ic sendiri.

      Reply
  17. Shamsurijal on 24/01/2020 19:51

    Macam mana nak tular nama dalam ewallet sebab dah daftar tapi 1 huruf tertinggal

    Reply
  18. jack on 24/02/2020 08:12

    bagaimana nak pindahkan baki wang touch n go dalam mykad ke touch n go ewallet

    Reply
  19. Khairul on 26/07/2020 04:40

    Ouh patutla.. Saya baru je buat kad tng.. Bila nak guna bayar tol baki dlm ewallet yg di tolak.. Boleh tak kalau nak setting nak bayar tol guna kad tng saja. Jgn tolak baki ewallet.. Boleh ke?

    Reply
  20. MOHD.NAJIB BIN YUNOS on 19/07/2021 19:02

    Kenapa bila Kita top up kad TNG untuk bayar di Laluan Tol di high way, Lepas tu….Baki dlm
    App E wallet juga dipotong?
    Saya kurang faham kaedah tu…..
    Adalah pihak TNG ambil 2 Kali bayaran untuk tol dlm masa yg Sama?

    Reply
    • Abang GYL on 23/07/2021 13:43

      Kebiasaanya akan dicaj salah satu saja. Cuba tuan check adakah baki dalam kad juga dipotong?

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.