Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Torsus Praetorian – Bas Off-Road Paling Lasak Menang Anugerah Red Dot 2020!
Auto Terkini

Torsus Praetorian – Bas Off-Road Paling Lasak Menang Anugerah Red Dot 2020!

Abang HirataBy Abang Hirata26/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TORSUS ialah pengeluar automotif dari Republik Czech yang diasaskan pada 2016. Syarikat ini terlibat dalam bidang industri berat, utiliti dan perkhidmatan kerajaan. Antara produk dihasilkan ialah bas yang diubah suai untuk kegunaan lasak, tugas berat dan off-road.

Torsus turut bekerjasama dengan pengeluar dari Jerman, MAN dan Volkswagen untuk membangunkan beberapa komponen seperti casis dan trenkuasa.

Bas dikeluarkan Torsus ini diberikan nama Praetorian yang baru-baru ini maraih Anugerah Red Dot 2020 dalam kategori Rekabentuk Produk 2020.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Bas KL Hop-On Hop-Off yang Perlu Anda Tahu

Praetorian adalah produk hasil kerjasama dengan Werkemetion, iaitu studio rekabentuk industri dan pengangkutan yang diberikan tanggungjawab untuk merekabentuk bas pacuan empat roda tahan lasak pertama dunia.

Bas tersebut direka untuk dijadikan pengangkutan kakitangan dan peralatan untuk merentasi persekitaran paling mencabar dunia seperti kawasan industri minyak dan gas, perlombongan, kecemasan dan bencana alam, ekspedisi, safari dan lain-lain.

Praetorian dibina berasaskan casis MAN dengan trenkuasa juga daripada syarikat sama, iaitu diesel 6-silinder DLD0836 LFL40 berkuasa 240hp dan tork 925Nm serta dipadankan transmisi semi-auto.

Tangki bahan api mempunyai kapasiti hingga 300 liter, manakala saiz roda 20 inci dibalut tayar Michelin saiz 395/85. Sistem brek pula menggunakan jenis dram daripada MAN Brake Matic dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Dari segi kapasiti, bas ini mampu menampung maksimum 35 penumpang dan setiap kerusi dilengkapkan tali keledar 3-poin.

Sebagai bas off-road, lantai digunakan adalah jenis tahan lasak, manakala cermin tingkap diperkuat supaya tahan daripada hentakan batu dan punca kerosakan lain. Turut dibekalkan ialah alat pemadam api. Berat maksimum dibenarkan ialah 13,500kg dengan jarak kelegaaan bumi 389mm.

BACA >>> Rapid KL Tambah Bas Mini Hino Poncho, Kekerapan Trip Kini 15 Minit Sekali

Pengiktirafan Anugerah Red Dot pasti cukup bermakna buat Torsus yang mengharapkan ia mampu melonjakkan reputasi jenama itu.

Anugerah Red Dot adalah anugerah paling berprestij dalam dunia rekabentuk dan berusia lebih 60 tahun. Penilaian dilakukan melibatkan kira-kira 6,500 produk dari 60 negara seluruh dunia.

Pada Jun 2020, Praetorian dibawa ke Pameran Design on Stage di Muzium Rekabentuk Red Dot Essen, Jerman dan turut dipamerkan dalam laman web dan juga buku tahunan Red Dot Design Yearbook 2020/2021. Tiada harga ditetapkan untuk Praetorian kerana bas seperti ini biasanya bergantung kepada spesifikasi dimahukan pembeli.

BACA >>> #BikinKereta: Ford Transit Custom – Daripada Van Biasa Kepada Van Kamper Sporty

GALERI
Anugerah Red Dot Bas Roda4 TORSUS TORSUS PRAETORIAN Werkemetion
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Kementerian Pengangkutan rasmi membukan lapan cawangan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) sebagai alternatif kepada Puspakom
    Auto Terkini

    Bukan Puspakom Sahaja Boleh Periksa Kenderaan, JPJ Buka Lapan Pusat Pemeriksaan Baharu Tukar Nama Kereta

    26/05/2026
    Kementerian Pengangkutan rasmi membukan lapan cawangan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) sebagai alternatif kepada Puspakom
    Auto Terkini

    MOT Lulus Lapan Cawangan PPKM Baharu Bagi Urusan Tukar Hak Milik Kenderaan

    26/05/2026
    Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan
    Auto Terkini

    Pengeluaran Pasport Baharu Malaysia Ditunda, Tarikh Baru Diumum Kemudian

    26/05/2026
    Auto Terkini

    Lebih 150,000 Kenderaan Dijangka Guna WCE Sempena Aidiladha Dan Cuti Panjang

    26/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Orang ramai di Kuala Lumpur
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

    By Shazwan Hisam21/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.