Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#TahukahAnda: Tentang Bas KL Hop-On Hop-Off yang Perlu Anda Tahu
Roda4

#TahukahAnda: Tentang Bas KL Hop-On Hop-Off yang Perlu Anda Tahu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DI PINTU masuk Istana Negara sudah semacam pesta perarakan apabila ada Ahli Parlimen daripada blok Kerajaan memilih menggunakan bas dua tingkat untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Naik bas persiaran untuk melancong itu biasa, tetapi bertukar jadi berita sensasi apabila ‘pelancong’ di atas bas dua tingkat Hop On Hop Off tanpa bumbung itu ialah rombongan Ahli Parlimen PKR.

Antara Ahli Parlimen yang dikenal pasti menaiki bas persiaran dua tingkat itu untuk pergi menghadap YDPA ialah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Presiden PKR), Fahmi Fadzil (MP Pantai Dalam) dan Shamsul Iskandar Md Akin (Hang Tuah Jaya).

PKR MPs arriving on a bus at Istana Negara, followed by a convoy of around 10 vehicles. MPs seen include Fahmi Fadzil, Wong Chen, Nurul Izzah Anwar & Abdullah Sani pic.twitter.com/kXMYGkalMG

— BFM News (@NewsBFM) February 26, 2020

Sekali pandang macam datang tengok acara Citrawarna di Dataran Merdeka. Ini mungkin kali pertama Ahli Parlimen kita itu naik bas tersebut.

Tetapi beramaikah kalangan kita yang tahu pasal perkhidmatan bas Hop On Hop Off? Adakah untuk pelancong asing saja, atau boleh juga dinaiki orang tempatan? Berapa pula harga tambangnya? Ke mana pula destinasinya? Jom baca!

TENTANG BAS KL HOP ON HOP OFF

1.  Bas Hop On Hop Off beroperasi bermula jam 9 pagi hingga 6 petang dengan kekerapan 20-30 minit sekali (bergantung trafik semasa).

2. Bas ini menyediakan dua laluan perjalanan, iaitu Laluan Bandar (City Router) dan Laluan Taman (Garden Route).

3. Dalam Laluan Bandar, ada 12 lokasi hentian, antaranya Bukit Bintang, KLCC, Menara Kuala Lumpur, Changkat dan China Town. Laluan Taman pula ada 15 lokasi hentian, dan salah satu hentian itu ialah Istana Negara! Antara laluan lain ialah Muzium Negara, Taman Burung dan Chow Kit.

4. Bagi warga tempatan yang memegang kad pengenalan MyKad, anda dapat harga istimewa yang lebih murah daripada pelancong luar negara. Tiket 24 jam cuma RM25 untuk dewasa, RM15 (kanak-kanak 5 tahun ke atas) dan PERCUMA untuk kanak-kanak bawah 5 tahun.

5. Kalau rasa 24 jam tidak cukup puas untuk pusing satu Kuala Lumpur, ada juga disediakan tiket 48 jam yang bersamaan dua hari!

6. Bas ini turut ditawarkan di Pulau Pinang dan Ipoh dengan dilengkapi ciri kamera litar tertutup (CCTV) dan boleh memuatkan hingga 60 penumpang pada satu-satu masa.

Berminat nak naik tak?

GALERI

FOTO: MalaysiaGazette | MalaysiaKini

Auto Terkini Bas bas Hop-On Hop-Off Bas Pelancongan e-Hailing
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
    Auto Terkini

    B15 Biodiesel Bermula Jun, Langkah Turunkan Kos Diesel Negara

    05/05/2026
    Roda4

    BMW, BMW Motorrad Afrika Selatan Bekerjasama Perkenal Tiga Model Edisi Terhad

    05/05/2026
    Zeekr 9X by MANSORY
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Zeekr 9X by MANSORY, SUV Ultra Mewah Jadi Lebih Ganas dengan Rim 24 Inci, Pintu ‘Suicide’!

    05/05/2026
    Demonstrasi ujian perlanggaran Chery Tiggo 9 dan Chery Tiggo 7 Pro di Wuhu, China.
    Roda4

    #AutoChina2026: Chery Tayang Ujian Perlanggaran Tiggo 9, Tiggo 7

    04/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.