Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toprak Seronok Layan Yamaha YZR-M1, Akui Bukan Senang Bawa Jentera MotoGP
Auto Terkini

Toprak Seronok Layan Yamaha YZR-M1, Akui Bukan Senang Bawa Jentera MotoGP

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MISI Toprak Razgatlioglu untuk menguji jentera MotoGP Yamaha YZR-M1 akhirnya tercapai di MotorLand Aragon, Sepanyol apabila rancangan asal itu tergendala sejak tahun lalu.

Toprak, yang juga juara Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) 2021, menguji YZR-M1 di sisi mantan pelumba MotoGP, Cal Crutchlow. Pelumba Turki itu mengakui setiap pusingan dilakukan memberikan pengalaman baharu.

BACA >>> Toprak Razgatlioglu Sah Juara WorldSBK 2021
BACA >>> Juara WorldSBK 2021, Toprak Sertai Yamaha untuk MotoGP 2023?

Toprak berkata;

Ini hari pertama aku ride Yamaha M1 MotoGP dan memang jauh berbeza dengan R1 aku. Lagi banyak hp (kuasa kuda), tak sama elektronik, dan kotak gear lancar. Ini semua benda baru untuk aku.

“Setiap lap aku buat, ada benda baru aku belajar sebab selepas WorldSBK memang tak mudah nak sesuaikan diri dengan jentera MotoGP.

“Mujur aku ada Crutchlow yang kongsi nasihat dan dia memang banyak bantu aku (belajar tunggang jentera GP). Motor ini memang sedap, lebih-lebih lagi di laluan lurus sebab sangat laju dan menarik juga pengalaman guna brek karbon.”

BACA >>> Juara WorldSBK 6 Kali, Rea Lulus Lesen Motor
BACA >>> WorldSBK 2022: Honda CBR1000RR-R (2022) Akan Guna Suspensi, Brek Jenama Jepun?

Penampilan pertama Toprak dalam ujian sehari memberi pendedahan pertama menunggang jentera MotoGP Yamaha selain merasai sendiri pengalaman menggunakan tayar Michelin. Tiada masa catatan lap didedahkan, tetapi khabarnya dia hampir sama dengan Crutchlow.

Musim WorldSBK 2022 sudah memasuki empat pusingan, dan Toprak kini berada di tangga ketiga dengan mengumpul 141 mata, di belakang Alvaro Bautista (220 mata) dan Jonathan Rea (184 mata).

Sesi ujian bermula ketika cuaca masih panas, tetapi terpaksa dihentikan lebih awal di Aragon kerana hujan. Nampaknya Toprak tidak berpeluang memanfaat sepenuhnya jentera Yamaha itu.

Pelumba Pata Yamaha itu berkata;

Keadaan (suhu) memang betul-betul panas, jadi kami buat lima atau enam lap selepas cubaan awal 12 lap untuk kenal (karakter) motor ini.”

“Masa aku tengok aksi jentera GP di Aragon dalam TV, memang kau boleh nampak jalan terhenjut-henjut dan aku dah merasainya.

“Tak adalah teruk sangat, tapi korang kena pulas terotel untuk lepasi laluan tu, kalau tutup minyak keadaan (motosikal) jadi tak stabil.

“Ini memang ujian positif walaupun terpaksa ditamatkan lebih awal sebab hujan tengah hari. Maksudnya, aku tak dapat buat banyak lap macam aku nak. Terima kasih Yamaha sebab bagi peluang ni.”

Toprak perlu menunggu hingga 2023 untuk melihat sama ada dia berpeluang berhijrah ke MotoGP. Musim depan, Yamaha tiada pasukan satelit kerana pasukan RNF di bawah Datuk Razlan Razali beralih menggunakan jentera Aprilia.

Bulan lalu, bos Monster Energy Yamaha, Lin Jarvis mengesahkan ‘tiada ruang’ untuk Toprak bagi musim ini. Apapun, Yamaha seperti hendak mengekalkan empat wakil pelumba selepas musim depan dan jika itu berlaku, Toprak mungkin ada peluang itu.

SUMBER: Crash

Alvaro Bautista Cal Crutchlow Datuk Razlan Razali Jonathan Rea Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) Lin Jarvis Monster Energy Yamaha MotoGP Toprak Razgatlioglu WSBK Pata Yamaha Yamaha YZR-M1
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi Q7 Gen-3 Debut, Enjin V6 Diesel MHEV, 7 Tempat Duduk!

    10/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    09/06/2026
    Nahas Proton X50 Sungai Petani
    Auto Terkini

    Ralat Polis: Pemandu X50 Maut Bukan Abang, Tapi Adik Berusia 21 Tahun yang Baru Ambil Kereta

    09/06/2026
    Auto Terkini

    Honda Civic Dengan Aksesori Mugen Baharu, Rim FS10, Performance Damper

    09/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.