Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tol Jalan Genting Highlands Bermula Khamis Ini, Harga Caj Mula RM3.30
Auto Terkini

Tol Jalan Genting Highlands Bermula Khamis Ini, Harga Caj Mula RM3.30

SyafieBy Syafie26/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Lingkaran Cekap Sdn Bhd (LCSB) mulakan tol Jalan Genting Highlands, Khamis ini.

PENGGUNA Jalan Genting Highlands bakal dikenakan caj jalan persendirian bermula Khamis ini (28 Mei) susulan sistem kutipan caj dilaksanakan Lingkaran Cekap Sdn Bhd (LCSB).

Pelaksanaan itu dibuat berperingkat membabitkan semua pengguna jalan yang dibenarkan kecuali beberapa kategori tertentu yang menerima pengecualian.

Caj Sehingga RM25 Ikut Jenis Kenderaan

Logo Lingkaran Cekap Sdn Bhd

Menurut LCSB, kutipan caj dilakukan di dua lokasi utama iaitu:

  • Pintu masuk Genting Highlands di Genting Sempah
  • Pintu masuk Gohtong Jaya

Kadar caj dikenakan pula bergantung kepada kategori kenderaan:

  • Teksi – RM3.30
  • Bas – RM5
  • Kereta dan van (Kelas 1) – RM5
  • Lori sederhana (Kelas 2) – RM15
  • Lori berat (Kelas 3) – RM25

Semua kenderaan kelas dua hingga lima diwajibkan menggunakan lorong khas atau sistem Pengecaman Plat Nombor (LPR).

Motosikal, Kenderaan Kecemasan Dikecualikan

Pada masa sama, beberapa kategori kenderaan diberikan pengecualian caj seperti:

  • Motosikal
  • Kenderaan kecemasan

Pengecualian itu tidak memerlukan sebarang proses pendaftaran.

Selain itu, kenderaan persendirian milik penjawat awam yang bertugas di institusi Kerajaan tertentu di Genting Highlands turut diberikan pengecualian tertakluk proses pendaftaran.

Antara institusi terbabit ialah:

  • Sekolah Kebangsaan Sri Layang
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Layang
  • Institut Aminuddin Baki
  • Balai Polis Genting Highlands
  • Balai Polis Gohtong Jaya
  • Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands

Penduduk Tetap Dapat Kadar Istimewa

Bermula 28 Jun 2026 pula, LCSB akan memperkenalkan skim khas kepada penduduk tetap Genting Highlands.

Menerusi skim itu, pemohon layak mendaftarkan sehingga dua kenderaan Kelas Satu untuk menikmati:

  • Diskaun caj 10 peratus bagi setiap kemasukan
    ATAU
  • Pas bermusim enam bulan dengan kemasukan tanpa had

Menurut LCSB, kenderaan berdaftar milik penduduk tetap tidak akan dikenakan caj sehingga 28 Jun ini.

Penyelenggaraan, Operasi Jalan

Sebagai pengendali rasmi Jalan Genting Highlands, LCSB bertanggungjawab terhadap:

  • Kerja penurapan semula jalan
  • Pengukuhan dan pemantauan cerun
  • Tindak balas kecemasan
  • Penyeliaan operasi jalan

Maklumat lanjut termasuk proses pendaftaran dan skim pas bermusim boleh didapati menerusi Lingkaran Cekap.

SUMBER: BHarian

Auto Terkini Jalan Genting Highlands Lingkaran Cekap Sdn Bhd (LCSB) Tol Genting Highlands
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Kementerian Pengangkutan rasmi membukan lapan cawangan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) sebagai alternatif kepada Puspakom
    Auto Terkini

    Bukan Puspakom Sahaja Boleh Periksa Kenderaan, JPJ Buka Lapan Pusat Pemeriksaan Baharu Tukar Nama Kereta

    26/05/2026
    Kementerian Pengangkutan rasmi membukan lapan cawangan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) sebagai alternatif kepada Puspakom
    Auto Terkini

    MOT Lulus Lapan Cawangan PPKM Baharu Bagi Urusan Tukar Hak Milik Kenderaan

    26/05/2026
    Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan
    Auto Terkini

    Pengeluaran Pasport Baharu Malaysia Ditunda, Tarikh Baru Diumum Kemudian

    26/05/2026
    Auto Terkini

    Lebih 150,000 Kenderaan Dijangka Guna WCE Sempena Aidiladha Dan Cuti Panjang

    26/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Foto acah Honda City facelift
    Auto Terkini

    Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

    By Syafie20/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.