Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TMS2019: Toyota Tampil Unik dengan Pameran Elektrifikasi, Mobiliti Masa Depan
Auto Terkini

#TMS2019: Toyota Tampil Unik dengan Pameran Elektrifikasi, Mobiliti Masa Depan

Abang HirataBy Abang Hirata28/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PRESIDEN Toyota Motor Corporation (Toyota), Akio Toyoda pada Oktober tahun lalu mengeluarkan kenyataan yang membentuk hala tuju baharu syarikat ke tahap seterusnya.

Menurut Akio, pada kurun sebelumnya, dianggarkan 15 juta kuda di Amerika Syarikat (AS) digantikan dengan jumlah sama untuk kereta. Beliau sedar betapa industri automotif bakal memasuki fasa baharu pada setiap 100 tahun yang mana elektrifikasi, automasi, konektiviti, dan perkongsian sedang berkembang pesat.

Banyak pandangan penting diutarakan Akio. Paling signifikan, beliau berazam mentransformasikan Toyota daripada pengeluar kereta kepada syarikat mobiliti.

BACA >>> Toyota ‘Tokyo 2020 Version’ – Kenderaan e-Palet untuk Atlet Olimpik, Paralimpik 2020

ATLET PARALIMPIK CETUS ILHAM

Pencetus kepada pengukuhan visi tersebut berlaku pada 2017 apabila Akio bertemu seorang atlet Paralimpik. Menurutnya, atlet wanita itu ditimpa kemalangan teruk hingga membuatkan dia bencikan kereta. Namun, pandangannya berubah apabila mengetahui Toyota akan menaja Sukan Paralimpik 2020. Dia sedar, kereta juga dapat membantu membina semula kehidupannya dan inilah yang cuba dilakukan Toyota.

Sempena Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, Toyota tampil meriah dengan ‘Taman Tema Mobiliti’. Jika reruai pengeluar lain mempamerkan pelbagai model konsep dan terbaru, sebaliknya Toyota mengambil jalan berbeza apabila membawa aneka robot dan mobiliti yang menampilkan visi masa depan pengeluar itu.

Toyota cuba menarik minat pengunjung, termasuk kanak-kanak dan golongan muda yang bakal menjadi pengguna masa depan. Apakah dipamerkan Toyota? Memang banyak daripada penyapu hingga robot yang boleh berinteraksi dengan manusia.

BACA >>> #TMS2019: Toyota Mirai Concept (2020) – Kenderaan Elektrik Hidrogen yang Sifar Emisi

SENARAI ROBOT DAN KENDERAAN TOYOTA DI TMS 2019

  • T-HR3 – Robot yang pandai berinteraksi mengikut gerakan pengendalinya.
  • HSR – Robot yang mampu mengecam, memegang dan membawa objek seperti minuman dan sebagainya.
  • Micro Palette – Robot penghantar barangan kecil seperti ubat-ubatan dan makanan kepada orang disayangi. Diprogramkan untuk mempunyai perasaan.
  • e-Palette – Kenderaan tanpa pemandu yang mempunyai fungsi hiburan dan ruang untuk manusia menikmati hobi dan turut menawarkan servis.
  • e-Racer – Permainan kereta dengan teknologi maya masa depan. Pengguna boleh menghasilkan sut perlumbaan khas dan contoh perkara menyeronokkan pada masa depan. Dengan cermin mata digital khas, pengguna dapat mencuba pengalaman di litar lumba dan membina kerusi mengikut kemahuan dan badan sendiri.
  • e-Broom – Penyapu boleh terbang sebagai objek realiti untuk kegunaan manusia. Bayangkan satu masa nanti penyapu mampu membawa manusia terbang ke sana sini?
  • e-Trans – Definisi kenderaan perkongsian masa depan. Van ini mampu membawa ramai penumpang dan pelbagai barangan.
  • e-Chargeair – Kebergantungan manusia kepada peranti elektronik membuatkan Toyota mencipta e-Chargeair, iaitu peranti pengecas bateri tanpa wayar. Ia mampu mengecas kenderaan bateri (BEV) dan boleh menjadi pembekal tenaga elektrik. Ia benar-benar pelbagai guna apabila boleh menjadi penapis udara dan penyedia Wi-Fi.
  • e-Care – Pengguna boleh menggunakannya untuk menjalani pemeriksaan perubatan dalam perjalanan ke hospital dan berinteraksi dengan doktor. Kenderaan ini juga boleh ke mana-mana destinasi seperti rumah dan tempat lain.
  • Kedai Serba Guna (convenience) – Di akhir lawatan, pengunjung boleh melawat kedai ini dan menukar kad residen yang diperoleh dengan pelbagai barangan.

Konsep dan pameran dibawakan Toyota sempenan TMS 2019 memang menarik. Ia membayangkan kehidupan manusia pada masa depan dan bukan menumpukan kepada sekadar pameran kereta.

Bayangkan kehidupan kita pada masa depan akan dibantu robot-robot kecil dalam menjalani kehidupan seharian. Apa yang dikatakan Akio memang patut direnungkan dan beliau ada tanggungjawab besar dalam mencorakkan masa depan Toyota yang diasaskan moyangnya.

Toyota, daripada pembuat mesin jahit kepada kenderaan dan kini robot dan mobiliti masa depan?

BACA >>> Toyota Yaris (2020) Serba Baharu Didedahkan, Kini dengan Rekabentuk Lebih Seksi

GALERI
Pameran Motor Tokyo Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019 Tokyo Motor Show (TMS) 2019 Toyota
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.