Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tinjauan: ‘Ekzos Perang’ Punya Pasal, Stok Ekzos Standard Tak Cukup
Auto Terkini

Tinjauan: ‘Ekzos Perang’ Punya Pasal, Stok Ekzos Standard Tak Cukup

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEJAK pihak berkuasa melancarkan operasi besar-besaran membanteras penggunaan ‘ekzos perang’ dalam kalangan penunggang seluruh negara, nampaknya ada peningkatan permintaan untuk ekzos standard di kedai aksesori, alat ganti dan pengedar rasmi pelbagai jenama motosikal.

Trend tersebut melibatkan permintaan dua kategori ekzos, iaitu stok baharu dari pihak pengilang dan terpakai, tetapi masih standard.

PERMINTAAN EKZOS MODENAS NAIK 5 PERATUS

Bagi meninjau situasi permintaan dan bekalan stok ekzos standard di pasaran, kami menghubungi beberapa pengedar utama, popular dan secara terus dari pengilang asal.

Menurut sumber Modenas, permintaan komponen ekzos standard, khususnya model Kriss Black Edition meningkat 5 peratus sejak awal tahun ini. Kami menjangka kenaikan itu disebabkan dua faktor, iaitu promosi jualan ekzos dilakukan Modenas sejak awal tahun ini, dan operasi ‘ekzos perang’ dilancarkan polis kebelakangan ini.

Kami juga dimaklumkan Modenas kini sedang berusaha menyediakan stok ekzos standard, tetapi bergantung kepada maklum balas daripada stokis atau pengedar.

Pulsar RS200
Pulsar NS200

Misalnya, pengedar Modenas di Kota Damansara ketika dihubungi mengesahkan mengalami kekurangan bekalan stok ekzos standard untuk motosikal kelas 200cc dan 400cc. Lebih mengejutkan, ada pengedar sudah kehabisan stok ekzos untuk kelas motosikal 200cc hingga 400cc sejak awal bulan ini.

Malah ada penjual alat ganti Modenas mempunyai pesanan tertangguh (back order) dengan tempoh menunggu hingga dua bulan atau lebih lama kerana perlu diimport dari India.

Ada juga beberapa pelanggan meminta bantuan pengedar dan penjual alat ganti Modenas supaya mencari ekzos terpakai kerana mahu membeli komponen tersebut untuk dipasangkan semula pada motosikal mereka. Bukan itu saja, permintaan komponen lain seperti gasket ekzos juga menjadi ‘barang panas’ apabila mula dicari ramai pemilik.

Menurut sumber itu;

Ekzos standard terpakai biasanya lebih murah 40-65 peratus dan bergantung kepada kondisi ekzos itu sendiri sama ada sudah lama digunakan, berkarat atau ditukar terus kepada produk aftermarket selepas mendapat motosikal.”

Menurut sumber enggan dikenali itu lagi, kesilapan utama ramai pemilik motosikal adalah tidak membawa balik ekzos asal, sebaliknya ditinggalkan di kedai aksesori selepas mereka menukar ekzos aftermarket. Anggaran harga ekzos standard Pulsar NS200 ialah RM1,025, manakala RS200 lebih rendah, kira-kira RM1,000.

Puratanya, hanya dua atau tiga daripada 10 pelanggan bawa balik ekzos asal dan minta kami pasangkan semula,” kata sumber.

BACA >>> KPN: Tak Logik Ubah Suai Ekzos untuk Tambah Laju

HARGA EKZOS HONDA NAIK, MFORCE TIADA PERMINTAAN

Benelli RFS150i

Boon Siew Honda (BSH) pula memaklumkan menerima kenaikan permintaan ekzos standard untuk semua model dengan jualan pada kadar 5-10 peratus lebih tinggi.

Bagaimanapun, MForce Bike Holdings yang menawarkan jenama motosikal Benelli, SYM, Brixton, Keeway, WMoto, Niu dan SM Sport memberitahu tidak menerima permintaan luar biasa untuk ekzos standard sejak operasi khas ekzos bising bermula. Permintaan pelanggan masih sama dan pelanggan yang membeli pun disebabkan kes tertentu seperti terlibat kemalangan dan memerlukan alat ganti.

EKZOS YAMAHA HABIS STOK

Pengedar alat ganti Yamaha di Selangor mendakwa ramai pengedar kini tiada stok ekzos standard sejak operasi membanteras ekzos bising bermula. Malah pengedar juga masih menunggu bekalan ekzos standard daripada Hong Leong Yamaha Motor (HLYM).

Sumber kami itu menjelaskan sebelum operasi bermula, jualan ekzos standard tidak begitu drastik, tetapi situasi mula berubah baru-baru ini yang boleh dikaitkan dengan operasi dilancarkan polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Pelanggan dikatakan perlu menunggu dua bulan untuk menerima stok ekzos standard.

Respon pihak HLYM pula menjawab ringkas yang bekalan ekzos masih mencukupi untuk memenuhi permintaan pasaran motosikal jenama itu.

BACA >>> Fakta atau Auta: Benarkah Ubah Suai Ekzos Tidak Boleh Tambah Kelajuan Motosikal?
BACA >>> Wazi Sokong KPN, Ubah Suai Ekzos Tidak Buat Motor Lebih Laju
BACA >>> Fakta atau Auta: Benarkah Ekzos Bising Selamatkan Nyawa Penunggang?

Bekalan ekzos habis Boon Siew Honda (BSH) Hong Leong Yamaha Motor Isu ekzos MForce Bike Holding Sdn Bhd Modenas Operasi Ekzos Bising tiada stok ekzos standard Yamaha
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.