Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Tinjauan: Azam Pemandu UK Mahu Cekap Parkir Undur
Autotainment

Tinjauan: Azam Pemandu UK Mahu Cekap Parkir Undur

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/01/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUN Baru 2018 baru saja masuk hari ketiga. Sebelum 2017 menutup tirai,  ramai sudah mula pasang azam. Ada mahu hidup lebih sihat, ada mahu kuruskan badan, ada pula hendak tambah aset pelaburan, kahwin dan macam-macam azam lain. Namun, semua itu lebih kepada azam peribadi.

Bagaimanakah pula azam dalam konteks pengguna jalan raya? Jangan terkejut, pusat latihan memandu terbesar Britain, Young Driver mengambil inisiatif melakukan tinjauan melibatkan 1,018 pemandu negara itu mengenai apakah azam (semestinya yang positif) mahu dilakukan mereka sebagai pengguna jalan raya.

RAMAI MAHU CEKAP REVERSE PARKING

Berdasarkan hasil tinjauan, majoriti responden berazam mengundurkan kenderaan secara berhemah (betul), termasuk mahu lebih kerap memeriksa tayar dan minyak enjin. Rata-rata responden memilih ingin jadi ‘lebih baik ketika mengundur’. Ini jelas mendedahkan kebimbangan ramai kalangan pengguna jalan raya Britain tentang kecekapan memarkir secara mengundur.

Tinjauan umum yang dibuat bulan lalu itu turut mendedahkan kebanyakan responden juga mahu belajar memarkir kenderaan secara sisi secara betul dengan 17 peratus pemandu ingin menguasai kemahiran tersebut lebih baik. Bagaimanapun, 18 peratus responden merasakan tidak perlu mengubah apa-apa.

BACA >>> #ApaNakBuat: Inilah Cara Parkir Sisi dengan Mudah dan Sempurna Setiap Masa

Perkara paling membimbangkan adalah tabiat menggunakan telefon ketika memandu yang mana 13 peratus pemandu berazam mematikan telefon apabila memandu.

Sementara itu, satu per sepuluh atau 11 peratus responden mengaku memeriksa mesej ketika berhenti di lampu isyarat. Sebanyak 8 peratus lagi menyatakan hasrat tidak mahu menjawab panggilan telefon ketika sedang memandu jika tidak menggunakan kit bebas tangan (handsfree).

AZAM PENGGUNA JALAN RAYA BRITAIN PALING POPULAR (2018):
  1. Periksa tekanan tayar dan paras minyak secara kerap – 24 peratus
  2. Belajar parkir sisi secara betul – 17 peratus
  3. Atasi ketakutan memandu di lebuh raya – 16 peratus
  4. Mengundur dengan lebih baik – 15 peratus
  5. Elakkan buat pengguna lain marah – 14 peratus
  6. Memarkir secara mengundur lebih sempurna – 13 peratus
  7. Mematikan telefon ketika memandu – 13 peratus
  8. Kurangkan kelajuan – 11 peratus
  9. Tidak memeriksa mesej di telefon ketika berhenti di lampu isyarat – 11 peratus
  10. Kurangkan rasa bimbang ketika memandu di jalan pedalaman – 10 peratus
  11. Lebih peka kepada pengguna jalan raya lain, termasuk pejalan kaki dan penunggang basikal – 9 peratus
  12. Berhenti menggunakan telefon ketika memandu – 8 peratus
  13. Sentiasa menggunakan signal apabila ingin membelok – 9 peratus
  14. Selalu menggunakan cermin (pandang belakang dan sisi) – 8 peratus
  15. Tidak memandu terlalu rapat dengan kenderaan depan – 5 peratus

Antara azam lain yang turut dinyatakan adalah memastikan kenderaan sentiasa kemas dan bersih, dan mahu lebih yakin memandu, termasuk ingin lebih kerap memandu. Jika di Britain, pemandu berazam mahu belajar mengundur lebih baik, bagaimana pula rakyat Malaysia? Apakah azam anda tahun ini?

azam 2018 belajar mengundur Britain Kereta PEMANDU pemandu uk tinjauan tips United Kingdom Young Driver
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.