Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tiga Tahun Penantian Berakhir, Honda CBR250RR Kini di Malaysia, Harga RM25,999!
Auto Terkini

Tiga Tahun Penantian Berakhir, Honda CBR250RR Kini di Malaysia, Harga RM25,999!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/12/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA September lalu kami mendedahkan Boon Siew Honda (BSH) akan membawa masuk sportbike suku liter, Honda CBR250RR ke pasaran tempatan.

Kini, akhirnya selepas tiga tahun menanti, model itu rasmi dilancarkan pada harga RM25,999. Apa yang menarik dan padu pasal CBR250RR ini?

  • CBR250RR spesifikasi Malaysia ini ialah versi paling premium yang juga model import (CBU) dari negara jiran Indonesia dengan enjin baharu berkuasa 39hp @ 13,000rpm (+3ps)  dan tork 25Nm @ 11,000rpm (+2Nm).
  • Ada tiga mod tunggangan, dengan sistem throttle-by-wire ditambah baik supaya lebih tepat. Tambahan kuasa diperoleh daripada naik taraf rekaan piston baharu bagi meningkatkan nisbah mampatan 12:1, berbanding 11:5 pada model lama. Alur gelang piston disadur timah, manakala konrod diperkuat.

  • Bagi meminimumkan kehilangan geseran, diameter syaf imbang (balancer shaft) dikurangkan, termasuk beban spring injap dan tambahan takuk (notch) pada hujung bawah silinder untuk mengurangkan kehilangan pam pada mesin.
  • Ada ciri klac antigelincir Assist & Slipper dan anjakan gear lancar Quick Shifter.
  • Pesaing terdekat, Kawasaki Ninja ZX-25R memiliki kuasa 43hp @15,500rpm.
  • Walaupun lebih berkuasa, tetapi CBR250RR masih mampu memintas pesaing itu kerana memiliki berat badan lebih ringan dan pengendalian tajam. Juga tiada masalah jeda kuasa pada ouput enjin.
  • Nisbah kuasa kepada berat (power-to-weight) ialah 4.097, iaitu hampir dengan Ninja ZX-25R STD (4.066) dan SE (4.088).
  • Geseran fork depan Showa SFF dikurangkan dan kekuatan damper dioptimum untuk memudahkan pengendalian di bandar dan trek.  
  • Tiada perubahan struktur asas seperti frem keluli tahan karat yang mengimbangi fleksibiliti dan asimetrikal  aluminum swingarm dengan suspensi monoshock Prolink.
  • Ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dipakejkan sebagai ciri standard.
  • Penampilan badan agresif dengan lampu depan dan belakang jenis LED .
  • Deruman ekzos mantap dibantu pemasangan Sistem Dwi Ekzos.
  • Ditawarkan dalam dua warna iaitu Winning Red dan Mat Gunpowder Black Metallic. Kini sudah berada di pusat jualan Honda BigWing, Impian X dan Impian dealership.
SPESIFIKASI HONDA CBR250RR

ENJIN: 2-silinder 4-lejang 249cc DOHC penyejukan air PGM-FI
KUASA DAN TORK: 39hp (41ps) @ 13,000rpm; 25Nm @ 25Nm @ 11,000rpm
TRANSMISI: Manual 6-kelajuan sirat malar (constant mesh), klac basah multiplat
NISBAH MAMPATAN: 12:1
TINGGI PELANA: 790mm
BERAT: 168kg
SUSPENSI: Fork terbalik USD (depan); Monoshock dengan swingarm Prolink (belakang)
BREK: Brek cakera hidraulik (depan dan belakang)
TAYAR: 110/70R17M/C 54H (depan); 140/70R17M/C 66H (belakang)
KAPASITI TANGKI: 14 liter

BACA >>> 12 Fakta Pantas: Honda CBR250RR (2020) Lancar di Jepun, Harga Mula RM32.7k
BACA >>> Mana Lebih Pantas? Kawasaki Ninja ZX-25R, Ninja 250SL atau Honda CBR250RR?
BACA >>> Berapakah Beza Kuasa Honda CBR250RR vs Yamaha R3 Atas Mesin Dyno?

 

autoterkini Boon Siew Honda (BSH) Honda Honda CBR250RR (2020) roda2 sportbike 250cc Sportbike Suku Liter
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2027 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    27/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026

    1 Comment

    1. Jan on 19/12/2020 12:35

      mcm paid review je ni, sbb banyak fakta yg sengaja di-twist supaya terlihat lebih gah :

      1) ZX25R bukan 43hp, dia 50hp dgn ram air. ZX25R ada 43hp di tayar belakang atas dyno, manakala CBR250RR ada 40hp di crankshaft. maskudnya atas dyno mungkin CBR hanya ada sekitar 35hp sahaja.

      2) Test CBR lawan ZX di jepun dimana CBR boleh pintas ZX adalah kerana spec ZX di jepun hanyalah 45hp sahaja. x sama macam spec indonesia yg ada 50hp. tgk video Otomotif TV di indo, ZX lawan CBR, CBR mmg kalah dari awal sampai habis.

      Hakikatnya, ZX25R tetap motor 250cc 4 stroke paling power, CBR mungkin boleh menang kalau track kecil dan banyak corner, sbb dia ringan dan boleh brake lebih lambat.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    By Abang Hirata24/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.