• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / TERKINI!!! Honda CBR250RR (2020) Sah Lancar di Malaysia Hujung Tahun Ini!

TERKINI!!! Honda CBR250RR (2020) Sah Lancar di Malaysia Hujung Tahun Ini!

September 3, 2020 By AI 2 Comments

4.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAGI berita terkini kami terima susulan artikel hangat pagi tadi.

Sumber dalaman Boon Siew Honda (BSH) baru saja mengesahkan yang sportbike Honda CBR250RR akan dilancarkan pada suku keempat 2020, atau lebih tepat, November atau Disember tahun ini!

Malah spekulasi demi spekulasi mengenai sportbike suku liter Honda ini sudah kami siarkan sejak 2017 dengan status ibarat main tarik tali. Artikel terakhir kami pada April lalu meramalkan sportbike itu akan tiba hujung tahun ini.

BACA >>> 12 Fakta Pantas: Honda CBR250RR (2020) Lancar di Jepun, Harga Mula RM32.7k

Menurut sumber BSH yang enggan dikenali itu, CBR250RR (2020) disahkan muncul tahun ini dan bukan hanya sebagai model khas untuk dijual kepada pasukan dan pelumba Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) kelas 250cc saja. Jadi harap bertenang semua dan tunggu saja tarikh pelancaran yang akan diumumkan wakil pengedar rasmi motosikal Honda itu nanti.

Honda CBR250RR (2020) versi Indonesia

Menurut sumber itu lagi, kelewatan ketibaan model itu ke Malaysia adalah kerana BSH menunggu pelancaran model facelift yang kini sudah dilancarkan di Indonesia dan Jepun. Kini segala kesabaran peminat dua roda tempatan akhirnya berbayar kerana difahamkan BSH akan membawa masuk CBR250RR facelift yang terkini dan lebih berkuasa.

Ya, anda tak salah baca, CBR250RR (2020) versi facelift!

Malaysia bakal menerima model import (CBU) yang tentunya dibawa masuk dari kilang Astra Honda Motor (AHM) Indonesia. Seperti mana kita tahu, Jepun pun mengimport sportbike itu dari negara jiran tersebut. Jika Indonesia ditawarkan dengan dua pilihan, iaitu enjin baharu dan lama, tetapi Malaysia akan menerima versi paling premium dan enjin baharu seperti Jepun.

BSH akan membawa masuk CBR250RR (2020) dengan enjin dipertingkat berkuasa 39hp @ 13,000rpm (+3ps)  dan tork 25Nm @ 11,000rpm (+2Nm). Selain Quick Shifter, ciri baharu lain dibekalkan pada varian suku liter paling premium itu ialah klac anti-gelincir Assist and Slipper (A&S).

honda-cbr250rr-2020-jepun-23
honda-cbr250rr-2020-jepun-26
honda-cbr250rr-2020-jepun-21

Spesifikasi teknikal CBR250RR (2020) versi Malaysia juga tidak jauh berbeza dengan model CBR250RR SP Quick Shifter di Indonesia. Cuma itu gambaran awal yang didedahkan sumber mengenai model berkenaan.

Bagaimanakah pula harga? Masih lagi rahsia, tetapi sumber memaklumkan model itu akan dijual pada harga kompetitif. Adakah itu bermaksud harga CBR250RR versi Malaysia kelak tidak jauh berbeza dengan Indonesia, iaitu sekitar RM22,000? Ataupun berada pada pertengahan harga Jepun (RM32,000), iaitu kira-kira RM25,000.

Hah, rasanya sudah boleh siap sedia hendak pecah tabung masing-masing sebab berita terbaharu ini bukan lagi ramalan atau spekulasi, tetapi sahih! Cuma tunggu saja tarikh pelancaran yang akan diumumkan BSH nanti.

Apapun, siapkan dulu wang deposit dan sebelum itu kita berikan laluan kepada Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan MT-25 minggu depan.

BACA >>> Indonesia Lancar Honda CBR250RR SP Quick Shifter (2020), Harga RM22k
BACA >>> 14 Fakta Pantas: Kawasaki Ninja ZX-25R (2021) Lancar, Harga Mula RM28k Sahaja!

Artikel Berkaitan

4.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda (BSH), BSH, Honda, Honda CBR250RR, Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK), sportbike, Sportbike Suku Liter

Comments

  1. Jan says

    September 3, 2020 at 12:55 PM

    wahhh barang baik ni !

    akhirnya ada sportbike 250cc baru dari honda di malaysia 🙂

    harapnya harga x mahal sgtlah. 25k ok lagi.

    kalau 30k harap maaf la ye haha

    Reply
  2. Mecha Fatigue says

    September 5, 2020 at 6:44 AM

    yeah i agree

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
  • #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?
    #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my