Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Elak Pengguna Tidak Bayar Selepas Laksana MLFF, Kerajaan Pinda Tiga Akta Tahun Depan
Auto Terkini

Elak Pengguna Tidak Bayar Selepas Laksana MLFF, Kerajaan Pinda Tiga Akta Tahun Depan

SyafieBy Syafie18/11/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KERAJAAN memacu fasa baharu dalam sistem tol negara apabila tiga akta utama di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) akan dipinda tahun depan bagi membolehkan pelaksanaan kutipan tol Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF).

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan menjelaskan pindaan itu membabitkan:

  • Akta Jalan Persekutuan
  • Akta Pengangkutan Jalan 
  • Akta Lebuhraya Malaysia 

Tiada Palang, Tapi Undang-Undang Lebih Ketat

Sistem tol MLFF

Langkah itu penting kerana ketiadaan palang fizikal nanti menuntut peraturan lebih jelas mengenai kesalahan tidak membayar tol, dan tatacara penguatkuasaan di lebuh raya MLFF.

Dr Ahmad berkata, ketiadaan palang tol memerlukan mekanisme undang-undang baharu untuk memastikan pengguna tidak mengambil kesempatan.

Bila palang tol sudah tiada, nanti ada isu pengguna tidak membayar tol dan sebagainya,” katanya.

Beliau turut menyatakan pindaan itu akan memperinci pihak bertanggungjawab melakukan penguatkuasaan dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkemungkinan menjadi agensi utama.

MLFF Diambil Alih Syarikat Konsesi, Bukan Lagi Kerajaan

Antara perubahan besar ialah MLFF kini bukan lagi ditangani Kerajaan, sebaliknya dilaksanakan terus syarikat konsesi terpilih.

Ini secara tidak langsung menutup isu dakwaan kos besar RM3 bilion, kerana anggaran itu hanya terpakai jika MLFF dibiayai Kerajaan.

Syarikat konsesi sudah tentu memilih sistem yang kompetitif. Bagi Kerajaan, kepentingan pengguna tetap diutamakan dan caj tambahan tidak boleh sewenang-wenang dikenakan,” kata Dr Ahmad lagi.

Apa Makna kepada Pengguna?

  • Laluan tol tanpa palang – pandu terus, dan bayaran tol dibuat automatik
  • Undang-undang baharu untuk mengelak pengguna lalu tol percuma.
  • Penguatkuasaan lebih tersusun, mungkin bawah LLM
  • Tiada caj tambahan sesuka hati kerana Kerajaan tetap menjadi ‘penjaga’ kepentingan rakyat

SUMBER: BeritaHarian

Auto Terkini Datuk Seri Ahmad Maslan Kementerian Kerja Raya (KKR) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sistem Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.