Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tidak Dibenarkan Bawa Isteri, Imigresen Balas Kenyataan Hafizh
Auto Terkini

Tidak Dibenarkan Bawa Isteri, Imigresen Balas Kenyataan Hafizh

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JABATAN Imigresen Malaysia mengeluarkan kenyataan balas mengenai kekecewaan diluahkan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin kerana isterinya tidak mendapat pelepasan untuk keluar negara. 

Isterinya, Noor Suzana Abdul Manaf tidak dibenarkan menemani Hafizh kerana hanya atlet Malaysia yang berpangkalan di luar negara saja dibenarkan membawa pasangan masing-masing. 

BACA >>> Isteri ‘Sangkut’ di Imigresen, Hafizh Bengang

Dalam isu Hafizh, beliau dianggap sebagai atlet yang menyertai kejohanan secara on–off dan tidak menetap di luar negara sepenuhnya. Jadi, beliau tidak dibenarkan membawa pasangan ketika kejohanan berlangsung dan hanya boleh diiringi jurulatih dan kru profesional yang terlibat.

Peraturan itu dikuatkuasakan sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh (SPP) dan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menurut Imigresen, tindakan itu dilakukan berikutan berlaku beberapa kes penyalahgunaan permohonan keluar negara melalui MyTravelPass (MTP) dilakukan rakyat Malaysia. Jabatan itu menegaskan penggunaan kelulusan itu untuk tujuan selain kategori dibenarkan adalah satu kesalahan.

Hafizh baru-baru ini meluahkan rasa kecewa di laman Instagram selepas isterinya gagal mendapat kelulusan Imigresen. Bagi pelumba asal Ampang itu, kelonggaran harus diberikan kerana beliau mewakili negara dan sukan permotoran sangat berisiko tinggi. Kehadiran isterinya bertujuan memudahkan urusan sekiranya berlaku insiden tidak diingini. Reaksi itu dibuat susulan nahas yang meragut nyawa pelumba Moto3 dari Switzerland hujung minggu lalu.

Pada aksi GP Mugello lalu, Hafizh yang mewakili NTS RW Racing GP beraksi cemerlang dengan meraih tempat kesembilan. Beliau bakal meneruskan saingan Moto2 di Catalunya, hujung minggu ini.

BACA >>> Kenapa Quartararo Kibar Bendera Switzerland di Podium?
BACA >>> Hafizh Nombor 9 di Itali, Aksi Terbaik Selepas Lima Pusingan
BACA >>> Hafizh Lega Tak Perlu Lama Kuarantin di Hotel

SUMBER: HarianMetro

catalunya Hafizh Syahrin imigresen jabatan imigresen malaysia Moto2 MotoGP Mugello MyTravelPass (MTP) NTS RW Racing GP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) PKP
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.