Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Tidak Dapat Kereta, Duduk Atas Kerusi Pejabat Ferrari Pun Jadilah
Autotainment

Tidak Dapat Kereta, Duduk Atas Kerusi Pejabat Ferrari Pun Jadilah

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

“AMBIL bau sahaja.”
“Dapat tengok bumbung pun jadilah.”
“Dapat pegang pun jadilah.”

Ayat-ayat di atas ini memang biasa didengar. Bunyinya macam melawak, tetapi kadangkala si polan yang bercakap memang bermaksudkan begitu.

Kepada mereka yang gemarkan jenama Ferrari dan mengidamkannya, ini berita menarik apabila jenama supercar dari Itali itu berkolaborasi dengan Poltrona Frau untuk menghasilkan kerusi pejabat, diberikan nama Cockpit. Kerusi tersebut adalah pertama seumpamanya direka Ferrari Design dan dihasilkan Poltrona Frau, iaitu syarikat pembuat balutan kabin kenderaan Ferrari sejak 1980-an lagi.

Pembuatan Cockpit ialah hasil ilham dua pakar yang menggabungkan pengetahuan masing-masing dalam bidang automotif dan kelengkapan harian. Kerusi itu juga menjadi simbolik kepada ulang tahun penubuhan Ferrrai yang ke-70.

Cockpit President
Cockpit Executive

Menampilkan rekabentuk yang diilhamkan daripada kerusi pemandu kereta lumba, Cockpit dibina berasaskan struktur modular yang boleh diubah suai – ciri biasa pada platform kereta masa kini. Ada dua model Cockpit dikeluarkan, President dan Executive, di mana kedua-dua varian kerusi itu boleh dilaraskan dan dibezakan melalui saiz perehat kepala.

ERGONOMIK, MATERIAL SUPERCAR

Model President ada perehat kepala tinggi yang diinspirasikan daripada ciri ergonomik kerusi kereta lumba, manakala Executive sesuai untuk kegunaan umum dengan perehat kepala lebih rendah dan kecil supaya posisi duduk lebih bebas untuk bergerak.
Menurut Ferrari, rekabentuk Cockpit dihasilkan berasaskan pengalaman sejak 70 tahun lalu dan setiap elemen tersemat bersama DNA jenama itu selain turut menggunakan material sama pada jentera sebenar. Frem luar Cockpit pula dibentuk daripada gentian karbon atau gentian kaca aluminium dipanggil aluteks.

Ferrari Design menawarkan tiga pilihan kemasan kulit, iaitu Scuderia, Classica dan Inedita. Malah, pelanggan yang mahukan sesuatu berbeza juga boleh memilih warna dan material khas mengikut cita rasa sendiri.

Cockpit President
Cockpit Executive

SUMBER: Poltrona Frau

autotainment Cockpit Ferrari Ferrari Design Centre kerusi pejabat kerusi pejabat Ferrari Poltrona Frau
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.