Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tiada Yang Mustahil Buat Land Rover
Auto Terkini

Tiada Yang Mustahil Buat Land Rover

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

A Range Rover Vogue is very much at home in the rough as it is in the cityNAMPAK biasa tetapi menyeronokkan. Itulah ungkapan saya setelah mempelajari beberapa teknik pemanduan secara betul oleh jurulatih bertauliah sepanjang mengendalikan kenderaan Land Rover di laluan off-road.

Di bawah tunjuk ajar jurulatih bertauliah Land Rover, Kenneth Yap, program ‘Hari Pengalaman Memandu’ yang dianjurkan oleh Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd (JLRM) nyata memberikan seribu satu pengalaman yang tidak dapat diberi dengan wang ringgit.

Mud and ruts don't stop a Range Rover SportSepanjang program, saya bersama rakan media lain berpeluang mengendalikan kenderaan Land Rover yang terdiri daripada model Evoque, Discovery4 dan Defender di laluan off-road yang mencabar.

Kami turut diajar perkara asas berkaitan cara pemanduan betul seperti memahami saiz kenderaan  atau had pelepasan, cara mendaki dan menuruni bukit, melalui bekas roda, parit, mengharungi cerun, merentasi air dalam dan ‘elephant steps’.

Ternyata semua model Land Rover terlibat tidak menjadi penghalang untuk merentasi segala halangan dan cabaran. Selain berpeluang mempelajari selok-belok dan pelbagai ciri serta sistem unik pada model Land Rover, semuanya dapat diatasi dalam apa jua permukaan jalan dengan yakin.

A Range Rover Sport makes a dramatic exit from the deep water crossing obstacleBERI PENGALAMAN

Pengarah urusan JLRM, Tuan Syed Mudzhar Syed Ali berkata, acara tersebut bertujuan membantu pemilik menghayati dan memahami keupayaan penuh kenderaan agar mereka lebih menghargai jenama Land Rover.

“ Kami adalah antara jenama premium mewah yang boleh menawarkan kombinasi sempurna antara rekabentuk ikonik, teknologi canggih, kepakaran atas jalan raya dan keupayaan luar jalan yang tiada bandingan dengan setiap produk.

” Paling menarik, kami mempunyai warisan yang telah dibina selama lebih tujuh dekad, yang membolehkan Land Rover berdiri megah mengatasi yang lain.

” Antara ciri atau teknologi diketengahkan dalam acara Pengalaman Land Rover termasuklah Kawalan Menuruni Bukit, Suspensi Udara, Kunci Pembeza, Kawalan Cengkaman, Julat Tinggi dan Rendah, Tindak Balas Permukaan, Paparan Maklumat 4×4 dan Kawalan Kestabilan Dinamik,” katanya.

A Range Rover Sport taking on elephant steps with aplombPEMANDUAN SELAMAT

Sebalik keseronokan dan ilmu diperolehi, kami turut ditekankan dengan  falsafah ‘Bumi Rapuh’ di mana melakukan pemanduan tanpa mendatangkan sebarang kerosakan pada alam sekitar, kenderaan mahupun seseorang individu lain. Ini bermaksud pemandu perlu sentiasa melihat, menilai risiko dan kemudian barulah memandu.

Sementara itu pada program yang sama, kami turut diberi peluang melihat sendiri SUV mewah saiz sederhana Land Rover Discovery Sport serba baru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Mari kita sama-sama nantikan kehadiran model ini dan rasa tidak sabar pula mahu memandu uji kehebatannya. Ian Seggar of Jaguar Land Rover Asia Pacific gave a preview of the soon-to-be-launched Land Rover Discovery Sport

Defender Jaguar Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd (JLRM) Land Rover Land Rover Discovery 4 Land Rover Discovery Sport serba baru off-road Pengalaman Memandu Range Rover Evoque Tuan Syed Mudzhar Syed Ali
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.