Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tiada Lagi Lumba Motosikal Daki Bukit di Pikes Peak International Hill Climb
Auto Terkini

Tiada Lagi Lumba Motosikal Daki Bukit di Pikes Peak International Hill Climb

WahidBy Wahid12/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KELAS motosikal diharamkan mengambil bahagian dalam perlumbaan Pikes Peak International Hill Climb (PPHIC) atau dalam terjemahan Bahasa Melayu, disebut sebagai perlumbaan ‘Daki Bukit Pikes Peak Antarabangsa’.

Perlumbaan motosikal adalah sebahagian acara itu yang bermula sejak 1916, sebagai kategori tambahan kepada lumba kereta ralli. Trek digunakan pelumba bermula dengan jalan tanah tidak berturap. Pada masa itu, hanya motosikal jenis motocross, enduro dan scrambler saja mengambil bahagian.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Litar Lumba Paling Banyak Ragut Nyawa di Dunia

Jalan itu kemudian diturap hingga ke puncak bukit Pikes Peak yang menyaksikan penambahan kelajuan ketara dalam kalangan  peserta. Pelumba motosikal pula mula mengambil bahagian dengan menunggang jentera jenis sportbike yang kemudian membawa kepada beberapa insiden kemalangan maut.

Penganjur PPHIC kemudian mengharamkan sportbike dan hanya membenarkan motosikal jenis hendal tinggi mengambil bahagian. Bagaimanapun, peraturan itu dieksploitasikan kalangan penunggang naked bike yang sebenarnya merupakan sportbike tanpa fairing. Malah, ada pelumba menunggang jentera berkuasa lebih 200hp!

BACA >>> Dayun Chi 302 – Naked Bike China Tiru Gaya Kawasaki Z1000?

Malangnya, pelumba Carlin Dunne (foto atas) terkorban dalam PPHIC 2019 pada 30 Jun ketika beliau menunggang model prototaip Ducati Streetfighter V4.

Kemalangan itu menjadi titik hitam kepada acara tersebut. Tambahan lagi mendiang Dunne sebelum itu turut bertanggungjawab mengharumkan nama Ducati dalam PPHIC menerusi jentera Multistrada. Ducati pula menghasilkan Multistrada Pikes Peak memang sempena meraikan kemenangan tersebut.

BACA >>> Ducati Panigale V4 25° Anniversario 916 Nombor 005 Mahu Dilelong untuk Yayasan Carlin Dunne
BACA >>> Ducati Streetfighter V4 Didedahkan, 208hp, 123Nm!

Trek PPHIC memang cukup mencabar dan berbahaya.

Litar PPHIC tiada kawasan run-off, kecuali gaung curam yang berisiko maut seandainay seseorang pelumba terbabas.

Selain itu, marsyal dan pekerja sambilan PPHIC pula tidak sehandal petugas acara perlumbaan profesional seperti Isle of Man TT. Bilangan mereka juga tidak mencukupi untuk menjaga tingkah laku penonton yang menyaksikan penonton boleh berada dalam trek ketika pelumbaan sedang berlangsung.

HANYA UNTUK KERETA SAHAJA

Justeru, acara itu bakal menjadi perlumbaan kereta sahaja bermula tahun ini yang mendapat tajaan Gran Turismo (nama permainan video dalam konsol Sony Playstation).

Pikes Peak ialah bukit yang terletak di negeri Colorado, AS. Jalan mendaki bukit tersebut mrmiliki jarak panjang 20km dan 156 selekoh. Pelumba akan mula berlumba dari kaki gunung dan mendaki hingga ketinggian 4,302 meter (14,115 kaki). Jadi , ia juga dikenali sebagai ‘Race to the Clouds.’

BACA >>> Fiat 850 Selamba Naik Bukit dengan Enjin Kawasaki Ninja ZX-12R Berkuasa 178hp!
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Ciri Bantuan Mula-Daki atau HSA (Hill-Start Assist)?

SUMBER: Pikes Peak International Hill Climb

Auto Terkini Carlin Dunne Lumba Daki Bukit Pikes Peak International Hill Climb (PPIHC) Trek PPIHC
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC X Star Wars Kini Rasmi Dijual, Harga Mula RM135!

    07/07/2026
    Roda4

    Pikap Musso Kembali! KGM Motors UK Perkenal Musso Rhino dan Musso Rhino+

    07/07/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Kenderaan Komersial Positif Dadah Ditahan JPJ, AADK di Plaza Tol Gombak

    07/07/2026
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.