Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tiada Lagi Bayaran Tunai Di Semua Cawangan PUSPAKOM Bermula 1 Julai 2022
Auto Terkini

Tiada Lagi Bayaran Tunai Di Semua Cawangan PUSPAKOM Bermula 1 Julai 2022

FarahBy Farah09/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

TIADA lagi bayaran tunai di semua cawangan pusat pemeriksaan PUSPAKOM untuk semua jenis pemeriksaan kenderaan bermula 1 Julai 2022.

Peralihan transaksi urus niaga pembayaran tanpa tunai dibuat kerana lebih jimat masa, selamat dan selaras dengan aspirasi PUSPAKOM untuk mendigitalisasikan sepenuhnya urusan.

Oleh itu, pelanggan boleh membuat bayaran secara dalam talian iaitu melalui pilihan e-dompet, kad debit atau kad kredit.

Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail berkata, pihaknya yakin urus niaga tanpa tunai ini akan melancarkan proses dan operasi pemeriksaan.

Beliau berkata:

“Sejak April tahun lalu, pembayaran tanpa tunai serta pengeluaran laporan pemeriksaan dan resit secara elektronik tanpa kertas sememangnya sudah dilaksanakan. Namun pembayaran secara tunai masih lagi dibenarkan ketika itu, atas pertimbangan masih ada sebilangan kecil pelanggan yang tidak memiliki e-dompet, kad debit  atau kredit.

“Data, bagaimanapun, menunjukkan lebih 90 peratus pelanggan PUSPAKOM kini menggunakan kaedah transaksi tanpa tunai di semua cawangan kami. Ini jelas menunjukkan kaedah pembayaran tanpa tunai ini menjadi pilihan kerana ia lebih mudah dan cepat. Di waktu pandemik seperti sekarang, ia juga lebih selamat dari segi kebersihan.”

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUSPAKOM di talian 03-5101 7000 atau Live Chat di www.puspakom.com.my atau mengikuti Facebook rasmi PUSPAKOM Sdn Bhd.

BACA>>> Boleh Perbaharui Lesen, Cukai Jalan di Puspakom Bermula Hari Ini
BACA>>> Kemalangan 5 Kenderaan: Dua Beradik Maut Lori Dilanggar Bas

6 fakta PUSPAKOM cashless Mohammed Shukor Ismail PUSPAKOM puspakom tanpa tunai Shukor Ismail
Farah

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Youtuber Bangladesh Maut, Pegawai Tentera Pandu Mabuk Di MEX

    24/04/2026
    Auto Terkini

    Hyundai Staria Electric dan Limousine 2026 Lancar di Korea, Dalaman Dengan Kerusi Kapten!

    23/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    24/04/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Sedan 2026 Diperkenal, Badan Kekal Berkotak, Lampu Sinis

    23/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.