Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Teruskan Sokong Proton. Kritik & Bagi Maklum Balas Kepada Kami – Tun M
Auto Terkini

Teruskan Sokong Proton. Kritik & Bagi Maklum Balas Kepada Kami – Tun M

Abang GYLBy Abang GYL12/03/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Proton Iriz

PENGERUSI Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam artikel terbaharunya di chedet.cc menyatakan orang ramai perlu mengubah persepsi buruk dan harus terus menyokong kenderaan Proton.

Dalam artikel dicatatkan pada 9 Februari 2016, bekas Perdana Menteri Malaysia itu memaklumkan pelbagai penambahbaikan sudah dilakukan terhadap kenderaan Proton termasuk menepati syarat standard keselamatan antarabangsa.

Berikut adalah beberapa perkara dicatatkan dan diolahkan dalam bahasa melayu.

  1. Baru-baru ini, saya merasmikan penghidupan enjin baharu Proton. Penghasilan enjin baharu ini bakal menggantikan enjin Campro Proton sedia ada yang kini sudah berusia lebih 10 tahun. Penggunaan Campro dilihat tidak lagi sesuai dan pengeluaran enjin baharu ini adalah yang terbaik bagi menggantikannya.
  1. Kami banyak eksport kenderaan Proton ke UK. Pembangunan enjin baharu oleh jurutera Proton yang bekerjasama dengan RICARDO di UK membolehkan kita memenuhi syarat-syarat di UK dan Eropah. Kami berharap untuk mengeksport semula kereta Proton di negera-negara seperti ini.
  1. Setiap enjin sudah menjalani ujian ketat termasuklah perjalanan sejauh 5 juta KM. Selewat-lewatnya penghujung 2017 ia akan dipasang pada kenderaan Proton. Untuk makluman, penghasilan sesebuah kereta memerlukan banyak masa.
  1. Proton sedar akan persepsi negatif terhadap Proton. Tidak ada apa yang dapat memujuk mereka untuk kembali membeli kereta Proton. Sudah tentu kebanggaan memiliki kereta buatan Malaysia tidak ada pada mereka.
  1. Kenderaan yang kami hasilkan sekarang tidak lagi seperti sebelumnya. Banyak pembaikan dan ciri-ciri menarik ditampilkan daripada kereta lain yang sama kategorinya. Malah ciri-ciri yang terdapat pada kenderaan mahal boleh didapati pada Proton.Proton Iriz
  1. Proton Iriz 1.6 misalnya mempunyai enam beg udara.
  1. Sesuatu perkara itu perlu diadili dengan mengalaminya sendiri. Untuk itu, orang ramai perlu memandu sendiri untuk mengetahui kecekapannya. Saya memandu Iriz dan Suprima S dan percayalah, saya seronok memandu kereta ini. Iriz misalnya, ia mempunyai stereng berkuasa elektrik, ringan dan bertindak balas dengan cepat apabila melakukan pecutan.
  1. Saya fikir kereta Proton layak dipandu uji oleh seluruh rakyat Malaysia. Beritahu kami tentang pengalaman anda. Kritiklah kereta ini. Kami mahukan maklum balas supaya boleh menambah baik kereta ini.
  1. Saya bukanlah seorang jurutera tetapi tahu sesuatu tentang kejuruteraan. Percayalah, bukan mudah untuk membina, menguji dan mengeluarkan kereta. Sekiranya anda biasa dengan permainan mencantum gambar (jigsaw puzzle), anda akan memahami masalah yang dihadapi oleh jurutera dan pekerja pemasangan kami.
  1. Terdapat 4000 alat atau bahagian untuk direkabentuk, dibuat dan dicantum bersama. Kita adalah satu-satunya negara membangun di dunia yang boleh lakukan semua ini. Saya merasakan bahawa pekerja dan jurutera kami layak untuk diuji sekiranya tidak disokong.
  1. Kami bukanlah punca harga kereta naik. Bantuan yang kami peroleh dari kerajaan juga sama seperti syarikat lain. Kami memiliki hampir 90 peratus kandungan tempatan; jadi kami membayar kurang duti eksais. Sejak penubuhan Proton, kami sudah membayar lebih daripada RM24 billion dalam cukai manakala menerima hanya RM14 bilion dalam potongan duti eksais, bukan secara tunai. Ya, kami telah menerima sebahagian daripada geran penyelidikan dan pembangunan yang dijanjikan kepada industri.
  1. Cukai ke atas kenderaan bermotor adalah punca kepada kenaikan harga.
  1. Penting untuk kita mengingati bahawa apabila membeli kereta luar negara, wang akan mengalir keluar dari negara ini untuk menjamin ekonomi mereka, juga sebagai manfaat kepada pekerja mereka.
  1. Apabila anda membeli kereta tempatan, wang akan kekal dalam negara, pekerja akan mendapat wang, pengedar dan ejen juga pekerja mereka akan menikmati perniagaan yang diusahakan dan ekonomi tempatan akan berkembang.
  1. Bayangkan sekiranya semua industri tempatan ditutup, tidak ramai yang mampu membeli barangan import. Kita akan kembali menjadi sebuah negara dunia ketiga yang gagal.
  1. Malaysia adalah sebuah negara perdagangan, kita mengeksport dan mengimport. Sekiranya import melebihi eksport, kita tidak akan berkembang dan makmur. Semua negara yang mengeksport kereta ke Malaysia melindungi pasaran mereka, dengan ini Proton tidak dapat masuk ke situ.

Artikel asal boleh dibaca di: https://chedet.cc/?p=1989

Chedet DRB-Hicom Iriz Proton Suprima Tun M
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.