Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Terminal Pengecas Berprestasi Tinggi EV Ada Di Stesen Shell Tangkak
Auto Terkini

Terminal Pengecas Berprestasi Tinggi EV Ada Di Stesen Shell Tangkak

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/01/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

TANGKAK di Johor menjadi lokasi pertama di rantau Asia Tenggara memulakan tawaran kemudahan Pengecas Prestasi Tinggi (HPC) untuk kenderaan elektrik (EV).

Inisiatif HPC itu terhasil menerusi kerjasama Shell dan Porsche Asia Pacific. Operasi HPC di Tangkak sudah bermula hari ini, memberi manfaat awal kepada pemilik EV di Johor dan Singapura.

Kemudahan itu juga adalah infrastruktur rentas sempadan pertama Shell di rantau ini dan akan ditingkatkan menjadi 12 HPC di enam stesen Shell di Malaysia pada masa akan datang.

Berdasarkan maklumat, HPC akan disediakan di tiga negeri, masing-masing dua pengecas HPC. Berikut ialah senarainya:

Perak
  • SH RTC Simpang Pulai (Arah Utara) – Daerah Kinta
  • Kawasan Servis dan Rehat (RSA) SH Tapah Lebuhraya Utara Selatan (Arah Selatan) – Daerah Batang Padang
Negeri Sembilan
  • Rehat dan Rawat (R&R) SH Seremban Lebuhraya Utara Selatan (Arah Selatan) – Labu
  • R&R SH Seremban Lebuhraya Utara Selatan (Arah Utara) – Labu
Johor
  • Hentian Sebelah SH Tangkak (Arah Selatan) – Tangkak (foto bawah)
  • Kawasan Rehat SH Pagoh (Arah Selatan) – Muar
HPC Shell di Tangkak, Johor

HPC RENTAS SEMPADAN

  • Shell mempunyai rancangan untuk meluaskan rangkaian kemudahan HPC dari Singapura ke Malaysia dan Thailand.
  • Jika pelan itu berjaya, pemilik kenderaan EV boleh memandu dari Singapura hingga Thailand tanpa perlu bimbang atau menghabiskan masa lama menunggu bateri dicas semula.
  • Lokasi pendirian kemudahan HPC nampaknya lebih tertumpu kepada laluan aliran trafik tinggi seperti Lebuhraya Utara Selatan.
  • Shell Thailand akan mengumumkan perkembangan HPC di negara mereka seawal minggu depan.
  • Shell kini mempunyai 80,000 poin pengecas di seluruh dunia dan mahu meningkatkan jumlah kepada 500,000 menjelang 2025.
  • Rancangan itu sebahagian daripada objektif syarikat untuk mencapai misi 50 peratus emisi sifar-bersih pada 2030 dan sepenuhnya menjelang 2050.

APA KEBAIKAN HPC

  • Semua pemilik EV boleh menggunakan Rangkaian HPC  dengan kadar bayaran tertentu.
  • Tempahan slot perlu dibuat lebih awal menggunakan aplikasi tempahan atas talian untuk pemegang kad keahlian platinum dan emas.
  • Pemilik EV bukan ahli pula perlu mengimbas kod QR pada terminal pengecas.
  • Ada palang penghalang parkir akan dinaikkan di terminal pengecas selepas ahli membuat tempahan slot. Tujuannya untuk menghalang orang lain menggunakan pengecas semasa slot anda.
  • HPC menawarkan kemudahan pengecasan 180 kilowat DC (terminal pengecasan paling pantas)
  • Masa mengecas lebih singkat. Contohnya, bateri Porsche Taycan boleh dicas dari sifar kepada 80 peratus dalam 30 minit dan boleh dipandu sejauh 390km (WLTP2).
  • Porsche mendedahkan masa mengecas Taycan menggunakan HPC sememangnya menjimatkan iaitu:
    • 5 minit cas, boleh pandu dari Tangkak, Johor ke Melaka
    • 10 minit cas, pemilik Taycan boleh memandu dari Tangkak ke Legoland Malaysia
    • 20 minit cas, pemanduan dari Tangkak ke Genting Highlands 
  • Maklumat mengenai pakej keahlian dan caj yang dikenakan boleh didapati menerusi laman web Shell Malaysia: Shell Recharge
kereta elektrik Pengecas Prestasi Tinggi (HPC) Porsche Asia Pacific Shell Shell High Performance Charging (HPC) Shell HPC Shell Tangkak
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.