Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Terlalu Pantas Punca Ferrari 288 GTO Evoluzione Jadi Supercar Eksotik
Autotainment

Terlalu Pantas Punca Ferrari 288 GTO Evoluzione Jadi Supercar Eksotik

Han OthmanBy Han Othman19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ferrari-288-gto-evoluzione-bg
FERRARI 288 GTO Evoluzione 1986 adalah antara model Ferrari paling ‘rare’ pernah dihasilkan dan ramai orang terlepas pandang kewujudannya. Jentera itu pernah disebut sebagai prototaip sebenar pertama bagi model F40.

Hanya enam unit Ferrari 288 GTO Evoluzione dibikin dan satu daripadanya akan membuat penampilan di acara Monterey Car Week di Amerika Syarikat, minggu ini, manakala satu unit lagi memasuki senarai jualan oleh pengedar kereta eksotik di England, Talacrest 2000 Ltd. Namun, status ‘rare’ 288 GTO Evoluzione bukanlah diraih semudah hamburan kuasa 650hp daripada berenjin pengecajturbo-kembar jentera itu.

Kisahnya begini, pada 1980-an, Kejuaraan Rali Dunia (WRC) mempunyai siri perlumbaan kategori Grup B yang disertai kereta-kereta rali berkuasa tinggi, pantas dan sofistikated. Ferrari antara sekian banyak pengeluar automotif yang menyertai siri perlumbaan tersebut menerusi jentera versi khas 308 GTBi, iaitu 288 GTO.

BERKUASA 650HP

Bagaimanapun, ketika Ferrari sedang serius membangunkan 288 GTO dan kemudian berevolusi menjadi Evoluzione dengan rekabentuk badan Pininfarina, tiba-tiba satu kemalangan maut berlaku yang mengorbankan seorang pemandu WRC dan pembantunya.

Melihat pula kelajuan Ferrari 288 GTO Evoluzione sepantas 370kmj yang berisiko mengundang bahaya, WRC akhirnya memutuskan membatalkan kategori Grup B dan sejak itu semua jentera – 272 buah – yang dibikin khas untuk siri rali itu tidak pernah lagi memasuki trek lumba, sebaliknya cuma kekal sebagai kereta atas jalan.

Ferrari 288 GTO didatangkan dengan enjin 2.9L V8 pengecaj turbo-kembar berkuasa 400hp. Namun, hamburan turbo Ferrari 288 GTO Evoluzione mampu meledakkan kuasa hingga 650hp. Seperkara lagi, spoiler gergasi di belakang adalah daripada material gentian karbon dan ia diguna pakai pada 1986!

Penggunaan material ultra ringan turut membantu meringankan berat Ferrari 288 GTO Evoluzione kurang daripada 1 tan, iaitu 952kg, sekali gus memaksimmkan potensi prestasi enjin. Semasa insiden tragis terjadi, Ferrari baru saja menghasilkan enam unit kereta berkenaan dan terpaksa menghentikan pengeluaran model tersebut.

Mahu memiliki jentera rare ini? Setakat ini, jangkaan harga adalah kira-kira AS$2 juta (RM8 juta) sahaja. 😛

GALERI

KREDIT FOTO: Talacrest.com

autotainment Ferrari Ferrari 288 GTO Evoluzione Kejohanan Rali Dunia (WRC) Roda4 Supercar WRC
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tahukah Anda

#TahukahAnda: 1, 2 atau 4-Piston: Apa Perbezaan Angkup Brek dan Mana Lebih Bagus?

01/07/2026
Pandu Uji

#PanduUji: Lenjan GAC GS3 Emzoom di Sepang, SUV Segmen-B yang Boleh Diajak Bincang

01/07/2026
F1 2026 | GP RedBull Ring
Formula Satu

#F12026: Russell Menang GP Austria, Rampas Semula Ranking Kedua Juara Dunia

29/06/2026
Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
Roda4

Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

29/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

By Han Othman26/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

By Abang Hirata25/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.