• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Terlalu Pantas Punca Ferrari 288 GTO Evoluzione Jadi Supercar Eksotik

Terlalu Pantas Punca Ferrari 288 GTO Evoluzione Jadi Supercar Eksotik

September 4, 2016 By Azhan O Leave a Comment

180
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

ferrari-288-gto-evoluzione-bg
FERRARI 288 GTO Evoluzione 1986 adalah antara model Ferrari paling 'rare' pernah dihasilkan dan ramai orang terlepas pandang kewujudannya. Jentera itu pernah disebut sebagai prototaip sebenar pertama bagi model F40.

Hanya enam unit Ferrari 288 GTO Evoluzione dibikin dan satu daripadanya akan membuat penampilan di acara Monterey Car Week di Amerika Syarikat, minggu ini, manakala satu unit lagi memasuki senarai jualan oleh pengedar kereta eksotik di England, Talacrest 2000 Ltd. Namun, status 'rare' 288 GTO Evoluzione bukanlah diraih semudah hamburan kuasa 650hp daripada berenjin pengecajturbo-kembar jentera itu.

Kisahnya begini, pada 1980-an, Kejuaraan Rali Dunia (WRC) mempunyai siri perlumbaan kategori Grup B yang disertai kereta-kereta rali berkuasa tinggi, pantas dan sofistikated. Ferrari antara sekian banyak pengeluar automotif yang menyertai siri perlumbaan tersebut menerusi jentera versi khas 308 GTBi, iaitu 288 GTO.

BERKUASA 650HP

288-gto-evoluzione-1
288-gto-evoluzione-8
288-gto-evoluzione-12

Bagaimanapun, ketika Ferrari sedang serius membangunkan 288 GTO dan kemudian berevolusi menjadi Evoluzione dengan rekabentuk badan Pininfarina, tiba-tiba satu kemalangan maut berlaku yang mengorbankan seorang pemandu WRC dan pembantunya.

Melihat pula kelajuan Ferrari 288 GTO Evoluzione sepantas 370kmj yang berisiko mengundang bahaya, WRC akhirnya memutuskan membatalkan kategori Grup B dan sejak itu semua jentera - 272 buah - yang dibikin khas untuk siri rali itu tidak pernah lagi memasuki trek lumba, sebaliknya cuma kekal sebagai kereta atas jalan.

Ferrari 288 GTO didatangkan dengan enjin 2.9L V8 pengecaj turbo-kembar berkuasa 400hp. Namun, hamburan turbo Ferrari 288 GTO Evoluzione mampu meledakkan kuasa hingga 650hp. Seperkara lagi, spoiler gergasi di belakang adalah daripada material gentian karbon dan ia diguna pakai pada 1986!

Penggunaan material ultra ringan turut membantu meringankan berat Ferrari 288 GTO Evoluzione kurang daripada 1 tan, iaitu 952kg, sekali gus memaksimmkan potensi prestasi enjin. Semasa insiden tragis terjadi, Ferrari baru saja menghasilkan enam unit kereta berkenaan dan terpaksa menghentikan pengeluaran model tersebut.

Mahu memiliki jentera rare ini? Setakat ini, jangkaan harga adalah kira-kira AS$2 juta (RM8 juta) sahaja. 😛

GALERI

288-gto-evoluzione-1
288-gto-evoluzione-2
288-gto-evoluzione-3
288-gto-evoluzione-4
288-gto-evoluzione-5
288-gto-evoluzione-6
288-gto-evoluzione-7
288-gto-evoluzione-8
288-gto-evoluzione-9
288-gto-evoluzione-10
288-gto-evoluzione-11
288-gto-evoluzione-12
288-gto-evoluzione-13
288-gto-evoluzione-14
288-gto-evoluzione-15
288-gto-evoluzione-16
288-gto-evoluzione-17
288-gto-evoluzione-18
288-gto-evoluzione-19
288-gto-evoluzione-20

KREDIT FOTO: Talacrest.com

Related

180
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Ferrari, Ferrari 288 GTO Evoluzione, Kejohanan Rali Dunia (WRC), Roda4, Supercar, WRC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev