Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tentang Falsafah ‘Toyota Synergised Mobility’ yang Perlu Anda Tahu
Auto Terkini

Tentang Falsafah ‘Toyota Synergised Mobility’ yang Perlu Anda Tahu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA Synergised Mobility ialah falsafah Toyota dalam menghasilkan kereta dengan misi menjadikan produk jenama itu bukan hanya sekadar kenderaan, tetapi turut memberikan pengalaman pemanduan mengasyikkan kepada pemilik.

Ada tiga kunci utama dalam Toyota Synergised Mobility, iaitu teknologi, mobiliti dan kemanusiaan dengan menumpukan aspek pemandu dan penumpang sebagai keutamaan bersama slogan ‘direka manusia, untuk manusia’. 

Dalam usaha mencapai pengalaman sinergi yang lancar, Toyota memperkenalkan teknologi terbaik untuk memudahkan pengguna dalam segenap aspek seperti platform baharu, dinamakan Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA), sistem bantuan pemandu Toyota Safety Sense dan pakej teknologi 360-T.

Mari kita perincikan pakej teknologi yang ada pada Toyota Synergised Mobility:

1. PLATFORM ARKITEKTUR GLOBAL BAHARU TOYOTA (TNGA)

Tujuan pembinaan platform TNGA baharu ini adalah mencapai tahap baharu dalam menghasilkan produk kereta terbaik. Platform ini membolehkan struktur kereta dibina lebih cekap, lebih jimat kos dan inovatif tanpa mengorbankan pengalaman pemanduan. 

TNGA juga memberikan sudut pandang lebih baik, pemanduan lebih stabil dan pengendalian lincah untuk memberikan fiil memandu menyeronokkan.  Antara model dibina berasaskan platform ini ialah Camry, Corolla, Harrier dan RAV4.

BACA >>> Toyota Corolla AE86 Kondisi Bilik Pameran Ini Lagi Mahal daripada GR Supra 3.0L

2. TOYOTA SAFETY SENSE (TSS)

Toyota Safety Sense ialah sistem bantuan pemandu yang dibangunkan untuk memberikan perlindungan keselamatan optimum kepada pemandu dan penumpang. Sistem ini dilengkapi kamera dan radar sebagai deria tambah kepada pemandu. 

Antara ciri ditawarkan Toyota Safety Sense ialah:

  • Sistem Pra-Pelanggaran (PCS): Membantu menghalang dan mengelakkan kemalangan dengan kenderaan di depan.
  • Amaran Tukar Lorong (LDA): Membantu kereta tidak tersasar ke laluan sebelah atau bertentangan yang boleh menyebabkan kemalangan secara berdepan.
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB): Berupaya mengurangkan kemalangan ketika memandu malam.

BACA >>> Teknologi Toyota Safety Sense (TSS) Terbukti Kurangkan Kadar Kemalangan

3. 360-T

360-T ialah pakej teknologi ditawarkan Toyota sebagai nilai tambah kepada pelanggan yang mahu memiliki produk jenama itu. Berdasarkan idea Kepercayaan (Trust) dan Teknologi (Technology), pelanggan Toyota diberikan sebuah pakej inovasi lengkap yang dicipta untuk melindungi dan menjamin kelebihan menyeluruh atas jalan. 

Pakej 360-T terdiri daripada tiga elemen, iaitu:

  • Safe-T Plus – Memberikan ciri sistem keselamatan terkini sebagai standard.
  • Connectivi-T – Menggunakan teknologi terkini untuk konektiviti, hiburan dan keselamatan.
  • Guaran-T – Menjamin pengalaman pemilikan kenderaan yang tidak memeningkan kepala.

KESIMPULAN

Pengenalan tiga ciri utama dalam Toyota Synergised Mobility, iaitu platform TNGA, Toyota Safety Sense dan 360-T adalah bukti komitmen Toyota yang komited dalam menghasilkan kenderaan yang mampu memberikan kepuasan maksimum kepada pengguna.

Malah, pakej ditawarkan bukan saja memberikan banyak manfaat kepada pemandu dan penumpang, tetapi pengguna jalan raya lain. Ini kerana inovasi sistem teknologi dan keselamatan termaju terbukti mampu mengurangkan risiko kemalangan.

Secara mudah, pengenalan konsep Toyota Synergised Mobility membuatkan pembeli tidak menyesal memiliki apa saja model terbaharu Toyota.

BACA >>> Toyota Harrier (2021) Serba Baharu Lancar, Harga Mula RM250k!
BACA >>> 5 Perkara Toyota Corolla Cross (2021) Perlu Anda Tahu, Kini di Malaysia, Harga Mula RM124k

360-T TNGA Toyota toyota 360-t Toyota New Global Architecture (TNGA) Toyota Safety Sense Toyota Safety Sense (TSS) TSS
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.