• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Harrier (2021) Serba Baharu Lancar, Harga Mula RM250k!

Toyota Harrier (2021) Serba Baharu Lancar, Harga Mula RM250k!

April 9, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

830
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


UMW Toyota secara rasmi melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) popular, Harrier (2021) serba baharu hari ini, juga model generasi keempat yang dibina berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) GA-K dengan menampilkan rekabentuk lebih elegan dan ekspresif pada harga RM249,706.50, tanpa cukai jalan dan insurans.

Malaysia adalah antara dua negara yang mengedarkan model SUV saiz pertengahan itu menerusi pengedar rasmi dan dipakejkan bersama waranti lima tahun tanpa had perbatuan.

Berikut perincian menarik Harrier (2021) serba baharu yang perlu anda tahu:

  • Hadir dalam lima warna menarik: Steel Blonde Metallic (perak), Slate Grey Metallic (kelabu), Precious Black (hitam), Dark Blue Metallic (biru gelap) dan warna khas White Pearl Crystal Shine (putih).

  • Dikuasakan enjin 4-silinder Dynamic Force (M20A-FKS) 2.0L DOHC dengan teknologi dwi-injap variabel pintar Dual VVT-i yang menghasilkan 171hp dan tork 203Nm serta dipadankan transmisi CVT Sequential Shiftmatic.

  • Ada tiga mod pemanduan berbeza: Eco, Normal dan Sport, iaitu Eco untuk pemanduan ekonomi di kawasan bandar dan trafik sesak, Normal untuk kondisi pemanduan biasa atau Sport jika mahukan ekstra kuasa pecutan terutama ketika memandu di lebuh raya.
  • Lampu utama jenis Bi-LED dipadankan bersama lampu siang bentuk L, termasuk lampu belakang juga LED.
  • Memiliki lebar 1,855mm (lebih 20mm) dan jarak roda 2,690mm (lebih 30mm) lebih panjang berbanding model terdahulu dengan tinggi 1,660mm (kurang 30mm) dan panjang 4,740mm. Rim aloi bersaiz 18 inci.

  • Ada bumbung suria dengan kaca elektrokromatik boleh malap menggunakan butang kawalan. 
  • Kemasan kabin menggunakan balutan kulit penuh untuk kerusi elektrik boleh laras 12-tetapan. Stereng boleh dilaras naik automatik.
  • Unit infotainment skrin sentuh 8 inci dilengkapi ciri konektiviti Apple Carplay dan Android Auto. 
  • Ruang dalaman turut dilengkapi paparan dongak (HUD), pengecas wayarles, penyaman udara dwi-zon automatik dengan teknologi nanoeTMX, dan port USB depan dan belakang.
  • Juga dilengkapi cermin pandang belakang digital dengan paparan imej langsung daripada kamera sudut-lebar definisi tinggi (HD) untuk pandangan malam lebih jelas dan antisilau.
  • Dipakejkan ciri teknologi bantuan pemandu Toyota Safety Sense (TSS) dipertingkat yang terdiri daripada: Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Amaran Tukar Lorong (LDA) dengan Bantuan Stereng, Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC), Bantuan Jejak Lorong (LTA), Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB).

  • Ciri keselamatan standard diberikan ialah Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Kawalan Traksi (TRC), Kawalan Daki Bukit (HAC), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Signal Henti Kecemasan (ESS) dan tujuh beg udara. 

Jika anda berminat dan mahu melihat lebih dekat Harrier (2021) serba baharu ini, bolehlah mengunjungi bilik pameran sah Toyota terdekat, atau boleh saja layari www.toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol 1800-8-869682.

BACA >>> 5 Perkara Toyota Corolla Cross (2021) Perlu Anda Tahu, Kini di Malaysia, Harga Mula RM124k
BACA >>> Toyota GR Yaris Tenang 'Cucuk' BMW M2 Competition di Nürburgring

toyota-harrier-2021DSC05002
toyota-harrier-2021DSC05042
toyota-harrier-2021DSC05548
toyota-harrier-2021DSC06406
toyota-harrier-2021DSC06344
toyota-harrier-2021DSC06528
toyota-harrier-2021DSC06522
toyota-harrier-2021DSC06542 2
toyota-harrier-2021DSC06021
toyota-harrier-2021DSC06159
toyota-harrier-2021White-Pearl
toyota-harrier-2021PRECIOUS-BLACK
toyota-harrier-2021Slate-Grey-Metallic
toyota-harrier-2021Steel-Blonde-Metalic
toyota-harrier-2021Dark-Blue-Metallic
toyota harrier 2021
toyota-harrier-2021FIXED-PANORAMIC-MOON-ROOF
toyota-harrier-2021DRIVE-MODE-SWITCH
toyota-harrier-2021LEATHER SEATS
toyota-harrier-2021FRONT _ REAR USB PORTS
toyota-harrier-2021HIGH GRADE OPTITRON METER
toyota-harrier-2021WIRELESS CHARGER
toyota-harrier-2021STEER WITH CONFIDENCE
toyota-harrier-20217-AIRBAGS

Artikel Berkaitan

830
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), mid-size, Roda4, SUV, SUV saiz pertengahan, Toyota, Toyota Harrier, Toyota Harrier (2021), UMW Toyota

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
    Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
  • Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
    Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
  • Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
    Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
  • Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
    Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my