• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota GR Yaris Tenang 'Cucuk' BMW M2 Competition di Nürburgring

Toyota GR Yaris Tenang 'Cucuk' BMW M2 Competition di Nürburgring

March 12, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

574
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KECIL-kecil cili padi, peribahasa ini paling  sesuai untuk Toyota GR Yaris yang mengejutkan peminat automotif dunia apabila mudah 'mencucuk' BMW M2 Competition di litar Nürburgring dalam satu video YouTube dimuatnaik GreatMotors.

GR Yaris spec kilang itu dirakamkan membuat pusingan di Nürburgring pada 7 Mac lalu. Hatchback itu menggunakan pakej opsyen Circuit Pack dengan tambahan ciri diferensial gelincir terhad (LSD), tayar Michelin Pilot Sport 4S dan suspensi talaan trek.

BACA >>> Toyota GR Yaris Lancar di Malaysia, Dijual 200 Unit Sahaja, Harga RM299k!

Pemandu GR Yaris mengejar BMW M2 (merah)

Walaupun BMW M2 Competition (berkuasa 405hp) tiada masalah meninggalkan GR Yaris di jalan lurus, tetapi model Toyota (257hp) tersebut beberapa kali dapat merapati lawannya itu setiap kali masuk selekoh. Nampaknya GR Yaris memang mantap di selekoh!

Atas kerta, GR Yaris di Malaysia dijual pada harga RM286,896, manakala BMW M2 Competition pula berharga RM587,256.69. Memang jauh beza harganya. Kalau ikut falsafah kluster 'baik beli', baik beli GR Yaris kan?

Kepada yang mampu, tetapi terlepas beli kereta ini yang dilancarkan Disember tahun lalu, sila sambung menangis di bucu katil sebab stok kereta ini (200 unit sahaja) untuk pasaran Malaysia sudah pun habis dijual. 😭

BACA >>> Tak Sampai Sebulan, Toyota GR Yaris RM286k Habis Jual!!!

SUMBER: Road and Track | Great Motors

Related

574
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: BMW, BMW M2, BMW M2 Competition, gr yaris, Nürburgring, Toyota, Toyota GR Yaris, Yaris

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
    Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi
    Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev