Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tengku Djan, Mika Juara Berganda GAZOO Racing Vios Sprint Cup
Auto Terkini

Tengku Djan, Mika Juara Berganda GAZOO Racing Vios Sprint Cup

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TENGKU Djan Tengku Mahaleel dan Mika Hakimi dari pasukan Prima Pearl TD Racing mencatat kemenangan berganda dalam GAZOO Racing Vios Sprint Cup selepas muncul juara dalam aksi perlumbaan Pertama (Race 1) dan Kedua (Race 2).

Formula kemenangan dalam saingan selama sejam di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu adalah berada di tempat tepat dan melancarkan serangan tepat pada masa.

Mika, 18, mendahului saingan pada lap akhir hingga ke garisan penamat dalam Race 1 dan Tengku Djan, yang juga juara keseluruhan tiga kali Vios Challenge, mengulangi kejayaan sama dalam Race 2.

Cuaca Race 1 berlangsung dalam cuaca panas terik, manakala Race 2 terpaksa ditunda dua kali disebabkan hujan lebat, sekali gus menjadikan saingan lebih mencabar dalam trek sepanjang 5.543km itu.

BACA >>> Lebih 2 Juta Penonton Saksikan Aksi Dramatik Pusingan Kedua Vios Challenge 2021

Grid Race 2 disertai 19 kereta dengan 38 pelumba dengan memasukkan dua pelumba Laser Motor Racing, Eddie Liew dan Putera Adam. Dalam Race 1, Liew dan Putera terpaksa disingkirkan apabila jentera mereka berdepan masalah teknikal.

Perlumbaan diadakan dalam format terbalik dengan Tengku Djan dan Mika memulakan saingan Race 2 di grid keenam dengan penalti.

Grid pertama diisi pelumba Ady Rahimy dan Abdul Miqail, 16, diikuti pelumba Laser Motor Racing, Mark Darwin dan Bradley Benedict Anthony. Kedudukan ketiga grid dibarisi pelumba Axle Motorsports, Hayden Haikal dan Naquib Azlan yang menamatkan saingan Race 1 di tempat keempat.

Posisi keempat di grid mula ialah pelumba pasukan S&D Tama Motorsports, Tom Goh dan Freddie Ang yang juga pemenang ketiga saingan kelmarin.

BACA >>> Toyota Akan Lancar Generasi Baharu Vios Pada Ogos 2022?

SENARIO SAINGAN

Abdul Miqail memulakan saingan dengan baik, tetapi gagal mengekalkan kedudukan di depan apabila terkeluar trek pada lap kedua. Kesilapan itu membantu Naquib mendahului saingan yang diikuti rapat Bradley, Nabil dan Mika.

Kedudukan kekal hingga lap keempat apabila Bradley membuat kesilapan membrek yang menyaksikan dia dipintas Nabil dan Mika. Putera mencipta kejutan pada babak awal apabila mendahului saingan pada lap ke-7 selepas bermula dari posisi akhir dengan memintas 17 jentera.

BACA >>> Toyota Camry 2.5V (2022) Facelift dengan Kuasa 206hp Kini di Malaysia, Harga RM199k

Pelumba remaja itu mempamerkan aksi terbaik dan menjadi antara pelumba terakhir berhenti di pit untuk menukar pelumba,  dengan menyerahkan tugas kepada Eddie ketika baki masa saingan cuma 30 minit.

Eddie mengetuai saingan 4.7 saat di depan Tengku Djan, manakala Hayden, Boy dan Mark merapatkan saingan sebagai lima pasukan teratas. Malangnya, Eddie gagal mempertahankan posisi pertama apabila dipintas Tengku Djan dan Boy.

Dalam saingan berbaki tiga lap, Tengku Djan meningkatkan momentum dan mendahului saingan dari posisi ketiga dengan mengulangi rentak dibuat Mika sehari sebelum, iaitu dalam Race 1.

Boy menamatkan saingan di tempat kedua, Hayden di posisi ketiga dan Eddie keempat, iaitu di depan pasukan M7 Japan Project Team (Fariqe Hairuman dan Tarmimi Tahang).

BACA >>> Wazi: Litar Lumba Boleh Pertingkat Skil Pengguna Jalan Raya, Kurangkan Kadar Kematian

Tengku Djan berkata;

Di akhir saingan, ia semua mengenai bekerja sebagai satu pasukan dan kedua-dua pemandu perlu ada rentak sama. Itu memberi anda peluang bersaing. Mika berjaya kekal cool sepanjang minggu perlumbaan dan memiliki ketangkasan. Kami bekerja sebagai satu pasukan, perlu berkongsi ilmu dan kamu tak mungkin melakukannya seorang diri.”

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, GAZOO Racing Vios Sprint Cup dan format perlumbaan satu jam dengan menukar pemandu memberikan dinamik perlumbaan baharu dalam saingan Vios Challenge kali ini.

Seperti anda tahu, UMW Toyota Motors melangkah ke sukan bermotor Malaysia dengan pengenalan siri perlumbaan jalanan.

“Kemudian berkembang hingga termasuk trek separuh dan penuh di Litar Sepang menerusi penganjuran perlumbaan malam dengan memperkenalkan program untuk membantu mencungkil bakat muda dan mewujudkan Kelas Rookie serta pembabitan dalam Perlumbaan Enduran 1000KM Sepang tahun lalu selain Vios Enduro Cup.”

Beliau berkata lagi, gabungan semua elemen itu selari usaha Toyota menyumbang kepada minat sukan permotoran untuk pasukan, pelumba, penonton dan peminat.

Saingan GAZOO Racing Vios Sprint Cup diadakan sempena Siri Kejuaraan Malaysia (MCS), membabitkan dua perlumbaan selama sejam pada hujung minggu. Setiap pasukan dengan dua pelumba bersaing menggunakan model Vios generasi ketiga untuk memburu hadiah berjumlah RM60,000.

Juara kedua-dua perlumbaan GR Vios Sprint Cup akan menerima tunai RM10,000, manakala Naib Juara membawa pulang tunai RM8,000. Hadiah tempat ketiga, RM6,000, manakala pemenang keempat dan kelima masing-masing bawa pulang RM4,000 dan RM2,000.

BACA >>> Kajian: Fakta Buktikan Naikkan Had Laju Mampu Kurangkan Kemalangan?

SENARAI PEMENANG PERLUMBAAN 2 GR VIOS SPRINT CUP
  • Tengku Djan Ley dan Mika Hakimi (Prima Pearl TD Racing)
  • Boy Wong dan Nabil Azlan (Axle Motorsports)
  • Hayden Haikal dan Naquib Azlan (Axle Motorsports)
  • Eddie Liew dan Putera Adam (Laser Motor Racing)
  • Fariqe Hairuman dan Tarmimi Tahang (M7Japan Project Racing Team)

BACA >>> Saintis Israel Dakwa Berjaya Latih Ikan Emas Pandu ‘Kenderaan‘
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Jaga Kesihatan Radiator Kereta Anda

Axle Motorsports GAZOO Racing Vios Sprint Cup (2022) Laser Motor Racing Litar Antarabangsa Sepang (SIC) M7 Japan Project Team Mika Hakimi Prima Pearl TD Racing S&D Tama Motorsports Tengku Djan Ley
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lexus LM 2026 Untuk Jepun, Perubahan Kecil yang Signifikan

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Porsche Rancang Model Flagship Baharu Di Atas 911, Cayenne

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Ops Luxury: JPJ Selangor Sita Lamborghini Aventador

    12/03/2026
    Auto Terkini

    AKPS Perketat Kawalan Sempadan Bukit Kayu Hitam Susulan Kenaikan Harga Minyak Global

    12/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.