Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Teksi Sungai Terbang Bakal Jadi Pengangkutan Awam di Paris Menjelang 2017
Autotainment

Teksi Sungai Terbang Bakal Jadi Pengangkutan Awam di Paris Menjelang 2017

Han OthmanBy Han Othman10/11/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

teksi-sungai-terbang-bg
PARIS bersedia menjadi negara pertama dunia yang menggunakan teksi sungai terbang sebagai pengangkutan awam mesra alam di bandar raya itu pada 2017. Kenderaan berteknologi tinggi yang dikenali sebagai SeaBubbles itu – seperti imej grafik di bawah – dijangka menjadi barisan pengangkutan awam baharu di sepanjang laluan sungai utama Paris dengan kemampuan memecut pada kelajuan 8 knot atau kira-kira 15kmj.

Direka kelasi Perancis, Alain Thébault dan peluncur Sweden, Anders Bringdal, teksi sungai terbang itu dihasilkan menggunakan gentian kaca dan busa ketumpatan-tinggi serta dikuasakan tenaga solar dengan kemampuan mengangkut lima penumpang pada satu-satu masa.

Kenderaan itu bergerak dengan cara terapung atas permukaan air seperti mana hovercraft bekerja. Apa yang berbeza ialah arkitetur sistem, di mana SeaBubbles lebih mesra alam kerana tiada emisi.

MAHU BEROPERASI SEPERTI UBER

teksi-sungai-terbang-1
Menurut Thébault, London sebenarnya berpeluang memulakan pengangkutan awam itu, tetapi bandar raya itu melepaskan peluang. Sebaliknya, Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo menjadi wakil Kerajaan pertama yang memberi kerjasama dalam membantu merealisasikan projek berkenaan.

Jika London membantu kami, saya fikir kami akan memulakan projek ini di sana.” – Alain Thébault

Thébault juga berharap operasi teksi sungai terbang itu dapat dibuat menerusi aplikasi atas talian seperti Uber, di mana menurutnya anggaran bayaran tambang adalah kira-kira £10 (RM52). Prototaip SeaBubbles dijadualkan ditayangkan di Pameran Elektronik Pengguna di Las Vegas.

Kami akan mengadakan demonstrasi umum pada musim bunga akan datang dekat Seine di hadapan Parlimen Paris dengan lima SeaBubbles.

Apabila sudah melepasi prototaip dan SeaBubbles dibangunkan sepenuhnya, selepas Paris kami akan memulakannya di London atau Geneva (Switzerland).” – Alain Thébault

Di bawah ini ialah rakaman video YouTube, Alain Thébault dan rakan sepasukannya melakukan projek pengangkutan awam air.

SUMBER: SeaBubbles.fr

Alain Thébault Anders Bringdal Anne Hidalgo autotainment Paris pengangkutan awam pengangkutan awam air pengangkutan awam Paris SeaBubbles Teksi teksi sungai terbang
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.