• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Teksi Sungai Terbang Bakal Jadi Pengangkutan Awam di Paris Menjelang 2017

Teksi Sungai Terbang Bakal Jadi Pengangkutan Awam di Paris Menjelang 2017

November 10, 2016 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter

teksi-sungai-terbang-bg
PARIS bersedia menjadi negara pertama dunia yang menggunakan teksi sungai terbang sebagai pengangkutan awam mesra alam di bandar raya itu pada 2017. Kenderaan berteknologi tinggi yang dikenali sebagai SeaBubbles itu - seperti imej grafik di bawah - dijangka menjadi barisan pengangkutan awam baharu di sepanjang laluan sungai utama Paris dengan kemampuan memecut pada kelajuan 8 knot atau kira-kira 15kmj.

Direka kelasi Perancis, Alain Thébault dan peluncur Sweden, Anders Bringdal, teksi sungai terbang itu dihasilkan menggunakan gentian kaca dan busa ketumpatan-tinggi serta dikuasakan tenaga solar dengan kemampuan mengangkut lima penumpang pada satu-satu masa.

Kenderaan itu bergerak dengan cara terapung atas permukaan air seperti mana hovercraft bekerja. Apa yang berbeza ialah arkitetur sistem, di mana SeaBubbles lebih mesra alam kerana tiada emisi.

MAHU BEROPERASI SEPERTI UBER

teksi-sungai-terbang-1
Menurut Thébault, London sebenarnya berpeluang memulakan pengangkutan awam itu, tetapi bandar raya itu melepaskan peluang. Sebaliknya, Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo menjadi wakil Kerajaan pertama yang memberi kerjasama dalam membantu merealisasikan projek berkenaan.

Jika London membantu kami, saya fikir kami akan memulakan projek ini di sana." - Alain Thébault

Thébault juga berharap operasi teksi sungai terbang itu dapat dibuat menerusi aplikasi atas talian seperti Uber, di mana menurutnya anggaran bayaran tambang adalah kira-kira £10 (RM52). Prototaip SeaBubbles dijadualkan ditayangkan di Pameran Elektronik Pengguna di Las Vegas.

Kami akan mengadakan demonstrasi umum pada musim bunga akan datang dekat Seine di hadapan Parlimen Paris dengan lima SeaBubbles.

Apabila sudah melepasi prototaip dan SeaBubbles dibangunkan sepenuhnya, selepas Paris kami akan memulakannya di London atau Geneva (Switzerland)." - Alain Thébault

Di bawah ini ialah rakaman video YouTube, Alain Thébault dan rakan sepasukannya melakukan projek pengangkutan awam air.

SUMBER: SeaBubbles.fr

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Alain Thébault, Anders Bringdal, Anne Hidalgo, autotainment, Paris, pengangkutan awam, pengangkutan awam air, pengangkutan awam Paris, SeaBubbles, Teksi, teksi sungai terbang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
  • #ApaNakBuat: Mana Satu Jenis Servis Kereta Saya Kena Buat? Minor atau Major?
    #ApaNakBuat: Mana Satu Jenis Servis Kereta Saya Kena Buat? Minor atau Major?
  • #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
    #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my