Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Teknologi Lampu Pintar Ford Mampu Jadi Penunjuk Jalan Ketika Memandu Malam
Autotainment

Teknologi Lampu Pintar Ford Mampu Jadi Penunjuk Jalan Ketika Memandu Malam

Abang HirataBy Abang Hirata26/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMAKIN hari semakin banyak kita disajikan dengan pelbagai teknologi pintar dalam dunia automotif. Dalam artikel Ford Ranger baharu lalu, kami ada menyebut tentang teknologi bantuan pemanduan seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Lencong (LDW) dan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) yang kini dimiliki trak pikap popular itu.

BACA >>> 16 Fakta Pantas – Ford Ranger Serba Baharu Kini di Malaysia, Harga Bermula RM91k

Di peringkat antarabangsa, Ford sudah melakukan banyak projek teknologi pintar sama ada sedang dibangunkan atau sudah siap dimuatkan pada model kenderaan di bilik pameran. Ford Focus baharu misalnya mempunyai teknologi lampu utama yang begitu canggih.

PEMANDUAN MALAM LEBIH SELAMAT


Bagi sesetengah orang, pemanduan malam begitu sensitif. Di sinilah Ford nampak peluang untuk menjadikan produk keretanya lebih selesa dan selamat. Melalui Focus baharu, Ford menjadi pengeluar pertama dunia memperkenalkan teknologi yang menggunakan papan tanda dan garisan jalan sebagai indikator untuk melaras pencahayaan lampu supaya jalan depan lebih terang.

Sistem berkenaan berfungsi melebarkan suluhan cahaya lampu apabila kenderaan menghampiri bulatan supaya pemandu dapat melihat lebih jelas pengguna jalan raya lain seperti pejalan kaki dan penunggang basikal.

BACA >>> Mazda i-ACTIVSENSE [SIRI 2]: Memandu Malam Lebih Tenang dengan Kawalan Suluh-Tinggi (HBC)

Ia juga boleh melaraskan pergerakan lampu utama ke kiri atau kanan mengikut garisan jalan supaya pemandu dapat melalui selekoh dengan selamat. Sistem ini atau dikenali sebagai Sistem Lampu Depan Adaptif (Adaptive Front Lighting System – AFLS) yang menggunakan teknologi kamera dan lampu bagi mencerap garisan jalan.

Teknologi pergerakan lampu sudah lama wujud cuma kini lebih canggih apabila menggunakan kamera dan lampu berbanding pergerakan stereng pemandu. Sistem lampu utama pintar itu juga dapat mengelak pengguna jalan terkena silauan lampu dengan ciri Lampu Suluh Tinggi Bebas Silau (Glare-Free Highbeam -GFH).

Jadi, pemandu tidak perlu lagi merendahkan lampu tinggi apabila berselisih dengan kenderaan lain. Lebih menarik, pemandu juga tidak perlu menukar lampu tinggi secara manual apabila melalui jalan kosong.

TEKNOLOGI CANGGIH


Selain itu, kamera depan Ford Focus baharu juga canggih dengan pelbagai fungsi berguna. Dengan cerapan diambil, teknologi dimiliki mampu membantu mengekalkan kereta dalam lorong atau laluan yang betul, sekali gus mengekalkan jarak selamat dengan kenderaan depan selain memberi amaran jika pemandu tersalah masuk lorong di lebuh raya.

Kamera dipasangkan pada cermin depan di bawah cermin pandang belakang yang mampu mengawasi papan tanda dan garisan jalan di depan pada jarak hingga 65 meter.

BACA >>> Ford Paten Teknologi Kesan Penunggang Motosikal di Garisan Tengah Jalan

Walaupun teknologi masa kini sudah serba canggih, Ford masih tidak berhenti dan terbaharu sedang membangunkan teknologi yang menggunakan kamera infra merah untuk mengesan manusia, penunggang basikal dan haiwan dengan ketinggian hingga 120 meter.

Just Follow Your Headlights! New Tech Predicts What’s Coming
Adaptive Front Lighting System Adaptive Front Lighting System (AFLS Ford Ford Focus Glare-Free Highbeam Glare-Free Highbeam (GFH) Lampu Suluh Tinggi Bebas Silau (GFH) Roda4 Sistem Lampu Depan Adaptif (AFLS) teknologi automotif Teknologi Bantuan Pemandu
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.