Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Tata Lancar Sedan Elektrik, Tigor EV di India, Boleh Pandu 306km, Harga Serendah RM67k
Roda4

Tata Lancar Sedan Elektrik, Tigor EV di India, Boleh Pandu 306km, Harga Serendah RM67k

Han OthmanBy Han Othman08/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TATA Motors melancarkan sedan kompak elektrik, Tigor EV pada harga bermula 1,199,000 rupee (RM67,710) dengan jarak pemanduan maksimum hingga 306km.

BACA >>> Azani – Hypercar Elektrik Pertama India Sekuat 1,000hp, Sepantas 322kmj
BACA >>> Komaki XGT X5 – Skuter Elektrik untuk Penunggang OKU, Warga Emas India

Berikut perincian mengenai Tigor EV:

  • Didatangkan dalam tiga varian pada harga seperti berikut:
    • XE – 1,199,000 rupee (RM67,710)
    • XM – 1,249,000 rupee (RM70,540)
    • XZ+ – 1,299,000 rupee (RM73,370) | Dual-Tone – 1,314,000 rupee (RM74,220)
  • Tempahan kini dibuka dengan deposit serendah 21,000 rupee (RM1,190)
  • Ada dua pilihan warna ditawarkan, Teal Blue (biru), dan Daytona Grey (kelabu)

  • Trenkuasa elektrik menggunakan jenama Ziptron yang turut menjadi nadi Nexon EV, iaitu model kenderaan utiliti sukan (SUV) buatan Tata Motors.
  • Sedan EV ini menggunakan pek bateri litium-ion 26kWh yang dipadankan dengan motor elektrik 55kW berkuasa 74hp dan tork 170Nm, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 5.7 saat.
  • Juga memiliki ciri pengecasan pantas yang membolehkan model ini dicas 0-80 peratus dalam masa kurang sejam, manakala jika menggunakan pengecas 15A, masa diambil untuk mengecas 0-80 peratus ialah 8.5 jam.
  • Tata Motors mendakwa sedan ini mampu dipandu sejauh 306km untuk isian cas penuh, menurut ujian dilakukan Persatuan Kajian Automotif India (ARAI).
  • Bagaiamanapun, ujian ARAI itu dibuat dalam kondisi ideal dan bukan ujian atas jalan sebenar. Jadi jarak pemanduan mungkin sedikit berkurangan.
  • Antara ciri luaran dimiliki ialah lampu siang (DRL) LED, lampu belakangL ED, aksen berwarna, rim aloi baharu, gril depan baharu dengan rekaan tiga panah, antena sirip jerung,  dan cermin sisi elektrik.
  • Ciri moden dalaman pula dilengkapi unit infotainment skrin sentuh 7 inci, kluster instrumen digital, penyaman udara kawalan iklim automatik, pengecas USB, stereng dengan butang kawalan, kawalan jelajah, teknologi iRA untuk kawalan wayarles bagi fungsi kereta dengan 30+ ciri konektiviti.
  • Kapasiti but 316 liter.
  • Tigor EV juga selamat dipandu apabila mendapat rating empat bintang dalam ujian perlanggaran GNCAP (Global NCAP) dengan dilengkapi ciri keselamatan seperti, dua beg udara, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX, pengingat tali keledar, Bantuan Mula Daki (HSA) dan Bantuan Turun Bukit (HDA).
  • Setiap pembelian diberikan waranti lapan tahun atau 160,000km untuk pek bateri. Bagaimanapun, waranti untuk kereta cuma tiga tahun atau 125,000km.

BACA >>> Harga Kereta Elektrik Turun Hampir 50 Peratus di China, Dapat Beli Semurah RM8.3k
BACA >>> Jalan Raya Magnetik – Pandu Saja Sudah Boleh Cas Bateri Kereta Elektrik

 

India kereta elektrik Kereta EV Roda4 Sedan Sedan Kompak EV Tata Motors Tata Tigor EV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

05/06/2026
BYD Atto 3 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800

05/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

04/06/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

04/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata04/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

By Abang Hirata05/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

By Syafie30/05/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

By Syafie03/06/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

By Syafie04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

By Shazwan Hisam04/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.