Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tamat Kerjasama dengan TnG, Efkon Keluarkan Peranti Smart Tag Versi Ditambah Baik
Auto Terkini

Tamat Kerjasama dengan TnG, Efkon Keluarkan Peranti Smart Tag Versi Ditambah Baik

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/10/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SMART TAG kembali lagi! Kali ini produk itu ditambah baik dan tidak lagi dijual syarikat Touch n’ Go Malaysia (Touch ‘n Go).  Sebelum anda keliru, kami ulaskan dulu tentang kehadiran Smart Tag di Malaysia.

BACA >>> Smart Tag Cap Ayam: Touch n Go Beri 2 Penyelesaian, Produk Baharu Akan Keluar Tetapi Entah Bila

Peranti Smart Tag sebelum ini dijual Touch n’ Go dengan produk dibekalkan Efkon Asia Sdn Bhd (Efkon). Kini, selepas kerjasama bersama Touch n’ Go tamat, Efkon memutuskan menjual sendiri peranti tersebut yang dijenamakan semula sebagai E-TAG. Disebabkan peranti sebelum ini dikecam teruk pengguna, Efkon kini menambah baik peranti berkenaan.

Peranti itu, yang menggunakan teknologi dari Austria, sebenarnya tidak jauh berbeza dengan produk sedia ada di pasaran. Namun, ada beberapa penambahbaikan dibuat bagi menangani aduan pengguna sebelum ini:

  • Mikropemprosesan lebih cepat
  • Penambahbaikan Printer Circuit Board (PCB) yang disambung kepada paparan LCD baki kad
  • Ujian tahan panas 80ºC

BACA >>> 20 Soalan-Jawapan Tentang RFID Touch N Go yang Perlu Anda Tahu

Selain Efkon, turut sama menyertai pasaran jualan peranti tersebut ialah Sigma Technology Sdn Bhd menerusi nama MaxTAG yang kini boleh didapati daripada laman beli-belah atas talian seperti Lazada dan 11street. Kedua-dua syarikat menjual produk itu pada harga sama, iaitu RM143 (termasuk caj penghantaran).

BACA >>> #SembangDeras: Kaitan Smart Tag Cikai dan Proton. Kenapa Produk Kita, Maruah Kita?

E-TAG dan MaxTAG didatangkan dengan jaminan setahun. Bagaimanapun tambahan waranti dua tahun bakal ditawarkan dalam masa terdekat nanti dengan hanya bayaran RM15.

MACAM MANA NAK BELI?

Buat masa ini, E-TAG dan MaxTAG boleh didapati di stesen minyak Shell terpilih atau menerusi pembelian di Lazada dan Shopee. Pada masa akan datang, ia akan dijual di lebih banyak pengedar dan stesen minyak lain.

GALERI

aksesori Auto Terkini basset sdn bhd E-TAG Efkon Efkon Asia Sdn Bhd harga E-Tag harga MaxTag harga smart tag MaxTAG maxtag malaysia peranti Roda4 Smart Tag Smart Tag cap ayam Smart Tag cikai TnG Touch N Go Touch n' Go Malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi Q7 Gen-3 Debut, Enjin V6 Diesel MHEV, 7 Tempat Duduk!

    10/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    09/06/2026

    1 Comment

    1. Yeoh Gim Doo on 17/01/2019 18:10

      Smart tag lebih 10 tahun masih boleh dibaiki

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.