Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Kaitan Smart Tag Cikai dan Proton. Kenapa Produk Kita, Maruah Kita?
Sembang Deras

#SembangDeras: Kaitan Smart Tag Cikai dan Proton. Kenapa Produk Kita, Maruah Kita?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/05/20164 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

sembangderas-smart-tag-cikai
YA, viral lagi status Facebook (FB) abang di PanduLaju. Kali ini pasal peranti Smart Tag cikai (baca SINI). Sebelum itu, jangan pula tak tau pasal isu lampu kabus belakang Toyota Vios yang juga pernah viral di PanduLaju. Hasilnya, Toyota Malaysia bikin satu video khas untuk beritahu pemilik jenamanya tentang etika penggunaan lampu kabus belakang tersebut. Sekarang, nampak tak macam mana kuasa viral tu boleh jadi cukup power?

BACA >>> #SembangDeras: Antara Teknologi Buatan dan Teknologi ‘Common Sense’

Apapun, abang tetap ingat kata-kata Uncle Ben kepada Peter Parker yang kemudian disampaikan pula kepada abang ketika kami berjiran di Washington dulu, “Nin, great power comes with great responsibility,” ujar Peter seraya melompat dari bingkai tingkap rumah abang. Abang cuma cebik meluat sebab abang tau dia bukannya responsible sangat. Hutang upah desain kostum pun haram tak bayar.

Begini, sebenarnya isu peranti Smart Tag cikai ini bukanlah isu baru kerana kita sendiri boleh saja taip ‘Smart Tag Rosak’ di ruang carian Google. Dan lihatlah pautan-pautan yang berderet terpampang.

Isu paling awal dibangkitkan adalah pada September 2010 oleh blogger Maisarah Yusoff, iaitu 6 tahun sudah. Maknanya, kalau kita beli kereta ikat hutang bank 7 tahun, tahun depan dah habis bayar. Tapi, peranti Smart Tag kekal jahanam macam tu juga! Ada tindakan? Ada panggil balik produk? Ada umum ganti produk baru? Ya, dia orang lebih suka diam dan tidur!

Kemudian, isu itu diungkitkan sekali lagi oleh blogger terkenal Amir Denaihati di laman web (baca SINI) dan FB-nya (baca SINI) pada Jun 2014 (dua tahun lalu) dan artikel itu turut dikongsi penulis PenMerah [dot] com di FB (baca SINI) pada September 2014 (3 bulan selepas dimuat naik). Hasilnya, artikel di laman web Amir Denaihati dikongsi lebih 9,000 pembaca, manakala di laman FB PenMerah [dot] com dikongsi 880 pengguna dengan mendapat jumlah ‘Like’ hampir 5,000 orang!

Tapi, apa tindakan Touch n’ Go? Ada panggil balik produk? Ada umum ganti produk baru? Ya, dia orang lebih suka diam dan tidur! Tahun ini, giliran abang pula ‘up’ status pasal Smart Tag cikai tu. Abang bukan main serkap jarang tau. Nak suruh abang bagi Smart Tag sendiri boleh, nak suruh petik siapa-siapa pun boleh (kang abang minta hangpa datang jangan pula buat dek. Tampar kang).

Ok, hasil daripada status tersebut ialah viral! Lebih sejuta orang baca dan beribu orang like dan kongsi. Teruja memanglah teruja, tapi isu paling besar adalah apa tindakan? Ada panggil balik produk? Ada umum ganti produk baru? Ke nak tunggu dua tahun lagi orang lain pula viralkan? Ataupun pihak Touch ‘n Go dah biasa hadap kes macam ini dan cakap dalam mesyuarat, “Alah, paling lama viral pun seminggu dua. Lepas tu masing-masing slow-lah. Kita maintain saja apa yang ada.”

Wahai pembaca yang bijak bestari.

Ingatlah pesan abang, kalau kita berniaga, berniagalah dengan bermaruah. Buatlah sampai kita betul-betul bangga dan sayang dengan produk kita. Hinggakan bila produk bagi masalah, kita boleh jadi susah hati dan tak lena tidur. Bila sudah bagi masalah, kita mesti jangan lepas tangan, mesti bangkit selesaikan. Simple. Benda basic macam ni tak payah tunggu masuk kelas motivasi bisnes bayar ribu-ribu.

Dan apa yang berlaku ini bukan saja pasal hal meniaga dan Smart Tag cikai saja. Tapi juga segenap perkara. Kalau kau main bola, main bola betul-betul. Sampai ada rasa malu kalau gaji mahal tapi main macam taik. Kalau kau jadi menteri, mesti perjuang hak rakyat betul-betul. Sampai ada rasa malu sebab tak dapat nak ubah apa-apa untuk ringankan beban rakyat. Dan kalau kau bikin kereta, mesti bikin betul-betul. Sampai rasa malu kat Bang Nin yang masa kecik dulu pernah bersorak bagai nak rak bila abah dia bawa balik Proton Saga. Tapi sekarang orang Malaysia pandang kereta nasional bukan saja sebelah mata, tapi siap tutup mata terus. Produk kita, maruah kita!

Ya, kita mesti peduli semua itu sebab kita ada maruah. Sekarang mengaku saja, kita ni memang teruk. Tapi lepas tu kita kena bangkitlah! Simple.

– Bang Nin, Penegak Automotif Dunia –

produk kita maruah kita Proton sembangderas Smart Tag Smart Tag cikai. Touch 'n Go Smart Tag rosak viral Smart Tag cikai
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Proton S70 2026 rasmi dilancarkan
Roda4

Proton S70 2026 dengan Enjin 4-Silinder Kini di Pasaran, Harga Mula RM73,800

13/02/2026
Proton e.MAS 7 PHEV 2026 rasmi lancar di Malaysia
PHEV

Proton e.MAS 7 PHEV 2026 Rasmi Lancar, Harga Mula RM109,800

09/02/2026
Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
Bikin Auto

#BikinAuto: Singer, Red Bull Advanced Technologies Kerjasama Naik Taraf Porsche Klasik

09/02/2026
Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

25/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.