Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tak Nak Kalah, Suzuki Pun Akan Guna Peranti Holeshot Macam Ducati, Yamaha
Auto Terkini

Tak Nak Kalah, Suzuki Pun Akan Guna Peranti Holeshot Macam Ducati, Yamaha

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PASUKAN Suzuki Ecstar menutup ujian pramusim MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang lalu dengan hasil positif yang memuaskan hati pelumba utamanya, Alex Rins.

Terbaharu, pasukan pengilang itu dikhabarkan akan menguji peranti holeshot untuk jentera GSX-RR (2020) dalam ujian pramusim di Losail, Qatar nanti. Nampaknya, bukan Yamaha saja akan menggunakan peranti sama, Suzuki pun tidak mahu ketinggalan. 

BACA >>> Suzuki GSX-RR Milik Alex Rins Terbakar di Pit Sepang

Ujian selama tiga hari di Sepang minggu lalu dimanfaatkan sepenuhnya Rins dan rakan pasukan, Joan Mir untuk mengenal pasti dan menambah baik kelemahan GSX-RR, dengan dibantu penunggang uji Suzuki, Sylvain Guintoli.

Rins meraih kedudukan ketiga terbaik dengan catatan masa 1 minit 59.195 saat. Ujian hari kedua merosot ke posisi tujuh, tetapi mencatatkan masa lebih baik, 1 minit 58.978 saat, manakala ujian akhir melonjakkan semua pelumba Sepanyol itu ke kedudukan ketiga dengan catatan masa 1 minit 58.540 saat.

BACA >>> Bos Suzuki Ecstar Jelas Sebab Kenapa Protes Peranti Swingarm Dibuat Terhadap Ducati

Walaupun bukan pelumba terpantas, Rins menjalani simulasi perlumbaan dengan keputusan konsisten, iaitu di bawah masa 1 minit 59 saat setiap lap. Kelajuan dicapai Rins itu nyata positif dengan menggunakan dua casis GSX-RR berbeza.

Hari terakhir ujian, aku try tayar Michelin baru dan buat simulasi ringan-ringan lapan lap untuk bezakan casis standard dan baru. Casis baru ini lebih selesa dan sangat sama dengan standard. Lagi stabil bila membrek keras.

“Masa lap juga sekitar 1 minit 59 saat dan aku gembira dapat pertingkatkan masa kelajuan dalam simulasi lumba. Kami sekarang berada di kedudukan yang aku harapkan. Dengan semua usaha yang Suzuki buat ini, kami boleh menghampiri kedudukan teratas. Kelajuan kat corner pun lebih baik dan prestasi ride pun bagus,” katanya.

Ducati Holeshot

Selain itu, Suzuki tidak ketinggalan membangunkan peranti holeshot seperti Ducati dan Yamaha. Menurut Rins, komponen itu akan diuji pada ujian pramusim terakhir di Losail, Qatar. Beliau juga mengakui memperhatikan peranti Ducati itu sejak musim lalu.

Suzuki masih bangunkan komponen itu. Jika belum siap pada ujian Qatar, aku rasa mungkin sedia digunakan pada pusingan pembukaan MotoGP di Qatar. Sejak tahun lalu aku dah tengok something kat motor Ducati. Di trek lurus, belakang motor diorang nampak macam lowered, jadi kami perlu buat inovasi,” kata Rins.

2020 MotoGP Alex Rins GSX-RR (2020) Joan Mir Litar Antarabangsa Sepang (SIC) MotoGP roda2 Suzuki Ecstar Suzuki GSX-RR Sylvain Guintoli Ujian Pramusim Sepang 2020
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.