• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tak Nak Kalah, Suzuki Pun Akan Guna Peranti Holeshot Macam Ducati, Yamaha

Tak Nak Kalah, Suzuki Pun Akan Guna Peranti Holeshot Macam Ducati, Yamaha

February 17, 2020 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


PASUKAN Suzuki Ecstar menutup ujian pramusim MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang lalu dengan hasil positif yang memuaskan hati pelumba utamanya, Alex Rins.

Terbaharu, pasukan pengilang itu dikhabarkan akan menguji peranti holeshot untuk jentera GSX-RR (2020) dalam ujian pramusim di Losail, Qatar nanti. Nampaknya, bukan Yamaha saja akan menggunakan peranti sama, Suzuki pun tidak mahu ketinggalan. 

BACA >>> Suzuki GSX-RR Milik Alex Rins Terbakar di Pit Sepang

Ujian selama tiga hari di Sepang minggu lalu dimanfaatkan sepenuhnya Rins dan rakan pasukan, Joan Mir untuk mengenal pasti dan menambah baik kelemahan GSX-RR, dengan dibantu penunggang uji Suzuki, Sylvain Guintoli.

Rins meraih kedudukan ketiga terbaik dengan catatan masa 1 minit 59.195 saat. Ujian hari kedua merosot ke posisi tujuh, tetapi mencatatkan masa lebih baik, 1 minit 58.978 saat, manakala ujian akhir melonjakkan semua pelumba Sepanyol itu ke kedudukan ketiga dengan catatan masa 1 minit 58.540 saat.

BACA >>> Bos Suzuki Ecstar Jelas Sebab Kenapa Protes Peranti Swingarm Dibuat Terhadap Ducati

alex-rins-pramusim-motogp-sepang-2020
Alex Rins_3

Walaupun bukan pelumba terpantas, Rins menjalani simulasi perlumbaan dengan keputusan konsisten, iaitu di bawah masa 1 minit 59 saat setiap lap. Kelajuan dicapai Rins itu nyata positif dengan menggunakan dua casis GSX-RR berbeza.

Hari terakhir ujian, aku try tayar Michelin baru dan buat simulasi ringan-ringan lapan lap untuk bezakan casis standard dan baru. Casis baru ini lebih selesa dan sangat sama dengan standard. Lagi stabil bila membrek keras.

"Masa lap juga sekitar 1 minit 59 saat dan aku gembira dapat pertingkatkan masa kelajuan dalam simulasi lumba. Kami sekarang berada di kedudukan yang aku harapkan. Dengan semua usaha yang Suzuki buat ini, kami boleh menghampiri kedudukan teratas. Kelajuan kat corner pun lebih baik dan prestasi ride pun bagus," katanya.

ducati-holeshot
Ducati Holeshot
Ducati Holeshot

Selain itu, Suzuki tidak ketinggalan membangunkan peranti holeshot seperti Ducati dan Yamaha. Menurut Rins, komponen itu akan diuji pada ujian pramusim terakhir di Losail, Qatar. Beliau juga mengakui memperhatikan peranti Ducati itu sejak musim lalu.

Suzuki masih bangunkan komponen itu. Jika belum siap pada ujian Qatar, aku rasa mungkin sedia digunakan pada pusingan pembukaan MotoGP di Qatar. Sejak tahun lalu aku dah tengok something kat motor Ducati. Di trek lurus, belakang motor diorang nampak macam lowered, jadi kami perlu buat inovasi," kata Rins.

Suzuki Ecstar MotoGP_2
Alex Rins_2
Alex Rins_1
Alex Rins_5
Suzuki Ecstar MotoGP_1
Suzuki Ecstar MotoGP_3
Suzuki Ecstar MotoGP_4
Alex Rins_4
Alex Rins_3
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2020 MotoGP, Alex Rins, GSX-RR (2020), Joan Mir, Litar Antarabangsa Sepang (SIC), MotoGP, roda2, Suzuki Ecstar, Suzuki GSX-RR, Sylvain Guintoli, Ujian Pramusim Sepang 2020

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
    #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my