Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: ‘Vapor Lock’ – Punca Enjin Kereta Lama Tiba-Tiba ‘Jem’
Autotainment

#TahukahAnda: ‘Vapor Lock’ – Punca Enjin Kereta Lama Tiba-Tiba ‘Jem’

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


‘VAPOR Lock’ atau ‘Sekat Wap’ (atau enjin tiba-tiba jem) adalah masalah yang biasa menimpa enjin kereta lama. Masalah ini berlaku apabila enjin mengalami *panas lampau disebabkan proses *pecutan dan *nyahpecutan yang berterusan.

Dalam cuaca panas, enjin kereta perlu bekerja lebih keras daripada biasa. Enjin juga lebih panas ketika memandu dalam situasi trafik henti-gerak.

Cuaca panas boleh mengewapkan *bahan api  dalam karburetor dan *pam minyak. Ini menghalang bahan api masuk ke *salur minyak dan akhirnya menyebabkan enjin terhenti. Anda mungkin tertanya, bagaimanakah hendak mengatasi masalah vapor lock?

* ISTILAH:

  • Bahan api: Fuel @ petrol
  • Pam minyak: Fuel pump
  • Panas lampau: Overheating
  • Pecutan: Acceleration
  • Nyahpecutan: Deceleration
  • Salur minyak: Fuel lines

Istilah bahan api akan disebut sebagai petrol selepas ini. Tetapi, fuel tidak semestinya petrol, cuma digunakan untuk memudahkan pemahaman. Harap maklum.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Nozel Pam Minyak Boleh Berhenti Sendiri?
BACA >>> #ApaNakBuat: Aduh, Aku Tersalah Isi Minyak Kereta!

APAKAH VAPOR LOCK?

Karburetor menyuapkan enjin dengan jumlah petrol yang bersesuaiam. Vapor lock boleh menyebabkan enjin terhenti kerana petrol jadi panas lampau. Ia juga ada kaitan dengan lokasi karburetor dalam sistem enjin. Masalah ini lebih berisiko untuk enjin dengan karburetor yang terletak bersebelahan keseluruhan sistem petrol.

Pam minyak dan salur minyak akan jadi sangat panas ketika cuaca panas dan inilah punca berlaku vapor lock pada kereta lama. Petrol  boleh mengewap akibat panas lampau dalam sistem enjin, dan kemudian tidak dapat masuk ke pam minyak, sekali gus menyebabkan enjin tidak dapat dihidupkan. Kereta mungkin berbunyi kasar atau berhenti tiba-tiba apabila tiada lagi petrol yang sampai ke kebuk pembakaran.

Anda mungkin fikir kipas penyejuk (cooling fan) dapat menyejukkan enjin dalam situasi trafik henti-gerak. Namun, kipas penyejuk kurang berkesan dalam pecutan dan nyah pecutan nalar yang membuatkan komponen itu tidak mampu menyejukkan enjin dengan baik. Inilah sebab kenapa vapor lock boleh berlaku.

Bagaimanapun, sistem elektrik kereta moden mampu mengawal sedutan bahan api dan suhu yang secara automatik mengesan suhu dan menyejukkan enjin apabila mengalami panas lampau.

LANGKAH PENCEGAHAN VAPOR LOCK?

Berikut beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengelak masalah vapor lock.

1. KIPAS ELEKTRIK MODEN

Pasang kipas elektrik berteknologi terkini. Kipas penyejuk ini akan berfungsi automatik apabila enjin mengalami panas lampau. Ini dapat mencegah masalah vapor lock dan menghalang enjin terhenti.

2. PAM MINYAK ELEKTRIK TEKANAN RENDAH

Tambah pam minyak elektrik tekanan rendah pada kompartmen enjin. Ini membantu menggerakkan enjin apabila pam minyak asal bertukar panas. Jadi kereta akan sentiasa bergerak hingga kompartmen enjin sejuk. Ia mudah dihidupkan apabila pam asal rosak.

3. PERISAI PANAS (HEAT SHIELD)

Perisai panas mudah didapati di pasaran. Ia berfungsi mencegah kepanasan daripada kebuk pembakaran. Memasang perisai panas dapat membantu mencegah masalah vapor lock. 

4. SALUR MINYAK TAMBAHAN

Salur minyak (fuel lines) boleh tersumbat akibat panas lampau dalam kebuk pembakaran. Salur minyak tambahan dapat membantu mengatasi masalah tersebut. Salur minyak juga dapat dilindungi dengan memasang penebat.

5. SALUR MINYAK KARBURATOR-KE-KARBURATOR

Salur minyak karburator-ke-karburator adalah satu lagi langkah yang boleh diambil. Salur minyak panjang akan mengambil masa untuk panas. Ini dapat mencegah petrol daripada mengewap dan menyekat pam minyak. Salur minyak tambahan dapat mengelak masalah enjin terhenti dan membolehkan kereta beroperasi lebih lama.

CARA ATASI VAPOR LOCK?

Berikut langkah ringkas dan mudah yang boleh dilakuam untuk menangani masalah Vapor Lock:

1. SEJUKKAN PAM MINYAK

Jirus air sejuk pada pam minyak untuk menyejukkan komponen itu. Pastikan suis pencucuh OFF ketika melakukannya. Air sejuk akan mencairkan wap dengan cepat, termasuk menyingkirkan penyumbatan wap dalam salur dan pam minyak. Biarkan kereta seketika sebelum pulas kunci pencucuh pada ON.

Jangan terlalu lama jirus air sejuk kerana boleh menyebabkan masalah berkaitan enjin.

2. PULAS ENJIN PADA ON

Anda boleh hidupkan kereta apabila wap kembali dalam bentuk cecair. Pijak pedal minyak perlahan ketika memulaskan kunci pada suis ON. Perlahan-lahan melepaskan pedal minyak akan membebaskan jumlah petrol yang bertepatan ke kebuk pembakaran.

Jangan tekan tekan pedal minyak ke bawah. Ini akan membebaskan banyak petrol ke kebuk pembakaran yang mungkin tidak bagus untuk enjin. Pijak pedal minyak hingga enjin bergerak lancar. Enjin mungkin mengeluarkan bunyi pelik buat seketika kerana petrol akan cuba menyahkan sisa wap dari salur minyak.

BACA>>>#TahukahAnda: 5 Mitos Jimat Minyak yang Boleh Diikut, Tapi Jangan Percaya Sangat

BACA>>>14 Supercar yang Perlukan Kebenaran Khas Pengeluar untuk Dimiliki

SUMBER: Suzuki.Co.Id| CarFromJapan

Autotainment. Tahukah Anda brek Kabel Brek Pam Minyak tahukah anda Vapor lock
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.