Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/06/20211 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NOMBOR plat kenderaan adalah antara benda yang kita lihat hampir setiap hari. Ramai sudah tahu setiap huruf, terutama huruf awal mempunyai maksud tertentu. 

Ada juga nombor plat unik seperti Malaysia, RIMAU dan lain-lain yang dikeluarkan sempena acara atau peristiwa tertentu. Apa yang pasti, nombor plat khas dan istimewa datang dengan harga yang boleh mencecah jutaan ringgit. Jadi jangan terkejut.

Artikel ini akan menyenaraikan maklumat tentang nombor plat yang mungkin anda tidak tahu. 

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Perkara Tentang Tayar Donat yang Anda Perlu Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: 5 Sebab Kenapa Lampu Amaran ABS Tiba-Tiba Nyala?

HURUF PERTAMA MENANDAKAN NEGERI

  • Asasnya, huruf pertama pada nombor plat di Malaysia ialah kod kepada negeri yang menjadi tempat kenderaan itu didaftarkan. Ada juga tempat yang menggunakan dua huruf. 
  • Berikut senarai kod huruf dan negeri:
    • A – Perak
    • B – Selangor
    • C – Pahang
    • D – Kelantan
    • F – Putrajaya (mulai Jun 2016)
    • J – Johor
    • K – Kedah
    • KV – Langkawi
    • L – Labuan
    • M – Melaka
    • N – Negeri Sembilan
    • P – Pulau Pinang
    • R – Perlis
    • T – Terengganu
    • V – Kuala Lumpur (siri kedua; mulai Julai 2016)
    • W – Kuala Lumpur (siri pertama)
  • Sabah dan Sarawak pula agak unik kerana menggunakan huruf kedua sebagai pengenalan nama daerah.

  • Contohnya:
    • Q – Sarawak
      • QA dan QK: Kuching
      • QB: Sri Aman dan Betong
      • QC: Samarahan
      • QL: Limbang dan Lawas
      • QM: Miri
      • QP: Kapit
      • QR: Sarikei
      • QS: Sibu dan Mukah
      • QT: Bintulu
    • S = Sabah(ditukar daripada E)
      • SA, SAA, SAB, SAC, SY: Kota Kinabalu
      • SB: Beaufort
      • SD: Lahad Datu
      • SK: Kudat
      • SS, SSA, SM: Sandakan
      • ST, STA, SW: Tawau
      • SU: Keningau
  • Sementara itu, huruf H pula digunakan pada teksi diikuti kod negeri pada huruf kedua.

    • H = Teksi (diikuti dengan huruf negeri)
      • HA : Perak
      • HB : Selangor
      • HC : Pahang
      • HD : Kelantan
      • HW: Wilayah

HURUF Z KHAS UNTUK TENTERA

  • Huruf Z dikhaskan untuk kegunaan kenderaan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Huruf kedua pula bergantung kepada bahagian ketenteraan lain seperti di bawah:
    • Z = Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
    • Z: Panglima Angkatan Tentera, (Pemerintah Tertinggi ATM)
    • ZA – ZD: Tentera Darat Malaysia (TDM)
    • ZL: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
    • ZU: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
    • ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
    • JZ & JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF)

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Ujian Diagnostik untuk Kereta yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Bau Kereta Baharu yang Perlu Anda Tahu, Bukan Aromaterapi!

NOMBOR PLAT KHAS JENAMA AUTOMOTIF

  • Jenama automotif tempatan juga kadangkala mengeluarkan nombor plat khas untuk model tertentu. Berikut antara nombor plat pernah ditawarkan pengeluar automotif negara.
  • PROTON: Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton tertentu.
    • Tiara
    • Perdana
    • Satria
    • Chancellor
    • Waja
  • MODENAS: Hanya dikeluarkan untuk motosikal Modenas tertentu.
    • Kriss
    • Jaguh
  • GP: Pengurusan Proton dan DRB

  • PERODUA: Hanya dikeluarkan untuk model Perodua tertentu.
  • NAZA: Hanya dikeluarkan untuk model Naza tertentu.
  • LOTUS: Hanya dikeluarkan untuk model Lotus tertentu.

NOMBOR PLAT KHAS SEMPENA ACARA ISTIMEWA

  • Ada juga siri istimewa yang tidak menggunakan kod huruf. Kebiasannya dikeluarkan sempena acara istimewa seperti sukan, ulang tahun sesebuah syarikat dan lain-lain.
    • Putrajaya: Hanya dikeluarkan ketika Wilayah Persekutuan Putrajaya dibuka.
    • BAMBee: Hanya dikeluarkan ketika Piala Thomas dan Uber 2000 di Kuala Lumpur.
    • SUKOM: Sempena Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur. 
    • X OIC: Sempena Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) 2003 di Kuala Lumpur.
    • XIII NAM: Sempena Sidang Kemuncak NAM 2003 di Kuala Lumpur.
    • XI ASEAN: Sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2005 di Kuala Lumpur.
    • PERFECT: Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Pengutipan Dana untuk Persatuan Ping-Pong Malaysia.
    • RIMAU: Hanya dikeluarkan sempena Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para Asean ke-9.

    • MALAYSIA: Hanya dikeluarkan sempena tema sambutan Hari Kebangsaan 2018, ‘Sayangi Malaysiaku’.
    • SMS: Hanya dikeluarkan sempena memuliakan pemerintahan Sultan Kedah, DYMM Tuanku Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 dan ke-14.
    • T1M: Hanya dikeluarkan sempena ‘Transformasi 1 Malaysia’ yang diusahakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Transformasi Anak Muda Malaysia.
    • NBOS: Hanya dikeluarkan sempena program ‘National Blue Ocean Strategy (NBOS)’.

NOMBOR PLAT DIKELUARKAN ORGANISASI/PERSATUAN/YAYASAN

  • Sesebuah organisasi dan yayasan juga kadangkala akan mengeluarkan nombor plat khas yang bertujuan mengumpul dana. Berikut antara nombor plat organisasi atau yayasan yang pernah dikeluarkan.

  • A1M: Hanya dikeluarkan untuk Yayasan Artis 1Malaysia.
  • G1M: Gagasan 1Malaysia bagi mendapatkan dana eksplorasi ke Gunung Everest.
  • GG: Hanya dikeluarkan kepada ahli Yayasan Modal Insan Harta (YMIH).
  • G: Hanya dikeluarkan kepada Yayasan Lee Chong Wei.
  • US742 : Persatuan Seniman Malaysia membantu menjaga kebajikan artis-artis yang memerlukan.
  • U: iM4U Sentral
  • UUU: Yayasan Kemajuan Usahawan Malaysia digunakan untuk membantu usahawan Malaysia
  • Y: Yayasan Nur Jauhar bagi memberikan bantuan kepada komuniti kurang bernasib baik di Sabah tanpa mengira latarbelakang, agama dan kumpulan etnik.
  • VIP: Sempena Tahun Melawat Pahang 2017
  • XX & GG: Yayasan Modal Insan Harta (YMIH)

BACA >>> #ApaNakBuat: Nak Tayar Kereta Kekal Tip-Top? Ikut Tip Mudah Ini
BACA >>> #TahukahAnda: 4 Tanda Anda Kena Tukar Penapis Minyak

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) autotainment JPJ Kereta nombor plat Nombor Plat Kenderaan Malaysia nombor plat malaysia tahukah anda Teksi tentera
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    GWM Wey 05 Malaysia
    Autotainment

    Protected: Kenapa Hibrid Pintar GWM Hi4 Lebih Masuk Akal Berbanding Lompat Terus ke EV?

    06/07/2026
    Autotainment

    Toyota Outrun 2026 – Beberapa Jalan di Putrajaya Ditutup Bermula Malam Sabtu

    07/07/2026

    1 Comment

    1. Yanti on 23/08/2025 23:03

      Terima kasih ilmu dikongsi☺️..saya nak simpan buat bahan bacaan🙏🏽

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.