Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Perlukah Jalan Raya, Lebuh Raya Ada Halaju Minimum?
Autotainment

#TahukahAnda: Perlukah Jalan Raya, Lebuh Raya Ada Halaju Minimum?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SESETENGAH laluan jalan raya ada tetapan halaju minimum, tetapi masih ramai pemandu dan penunggang kurang faham mengenai peraturan tersebut.

Halaju minimum disyorkan bertujuan memberi manfaat kepada aliran trafik harian, keselamatan pengguna jalan raya dan mengurangkan statistik kemalangan dalam tempoh panjang.

BACA >>> #TahukahAnda: Berapa Banyak Negara Tidak Benarkan Motosikal Guna Lebuh Raya?

Ramai pemandu dan penunggang tiada masalah dengan aspek halaju minimum, tetapi lebih bimbang jika terlebih kelajuan dibenarkan di sesuatu kawasan. Soalannya, siapakah perlukan halaju minimum dan kenapa beberapa jalan dikuatkuasakan peraturan tersebut? Ini penjelasannya:

Menambah Baik Aliran Trafik

  • Bagi memudahkan pemahaman, halaju minimum dapat menambah baik aliran trafik, khususnya di laluan lebuh raya sempit dengan satu atau dua lorong setiap arah.
  • Jika salah seorang pemandu memandu terlalu perlahan, perbuatan itu boleh mengakibatkan halangan, aliran tergendala, ancaman bahaya dan insiden samseng jalanan.
  • Pengguna jalan raya lain pula terhalang pemanduan disebabkan ada yang memandu terlalu perlahan, atau memotong barisan mengejut, sekali gus mengundang risiko kemalangan.

  • Halaju minimum biasanya ada di lebuh raya panjang, laluan dengan jumlah lorong rendah, kawasan sesak dan perjalanan antara pekan kecil melalui bandar besar.
  • Ini berbeza jalan negeri yang memaklumkan pemandu perlahan untuk meningkatkan kelajuan pemanduan, berhenti atau cari laluan alternatif.
  • Halaju minimum juga mencegah kenderaan menggunakan lorong kanan atau memotong kenderaan lain dalam tempoh lama.
  • Mencegah situasi memandu terlalu perlahan di lorong kiri.
  • Impanya kemalangan membabitkan perbezaan kelajuan adalah lebih teruk. Impak atau nahas kemalangan teruk dapat dikurangkan dengan meningkatkan asas halaju pemanduan.

BACA >>> Kajian: WHO Cadang Halaju 30kmj untuk Kawasan Bandar

Troopers said a southbound Honda CRV was below the minimum speed limit when it was struck from behind by a tractor-trailer hauling produce. https://t.co/646DA8fj8e

— TCPalm (@TCPalm) June 23, 2019

Lebih Selamat, Guna Lorong Betul

  • Apabila halaju minimum dikuatkuasakan, trafik perlu bergerak dalam halaju munasabah dan menggunakan lorong sesuai mengikut keperluan pemandu.

HEADS UP: There is a car on I-240E barely traveling the *minimum* speed limit in the center lane after Walnut Grove on ramp to take I-40E toward Sycamore View. Not sure why they won’t pull off interstate.🤷🏻‍♀️ pic.twitter.com/nMXlH6ETj9

— Corie Ventura (@CVentura_WREG3) October 7, 2020

  • Di Malaysia, ada sesetengah pemandu memandu laju di lorong kanan dan cuba mendominasi laluan berkenaan. Ada juga pemandu kekal memandu santai di lorong tengah dan ada pula memotong menggunakan lorong kiri. Apabila ada halaju minimum, fenomena berkenaan boleh dicegah.
  • Halaju minimum juga menggalakkan penggunaan lampu kecemasan jika perlu. Jika ada trak memandu terlalu perlahan, lampu amaran yang dinyalakan boleh memberi peringatan lebih awal dalam jarak tertentu.
  • Justeru halaju minimum mampu melindungi semua pengguna jalan raya, termasuk pemandu perlahan.

BACA >>> Idea Haramkan Kapcai ‘Berprestasi Tinggi’ Ibarat Marahkan Nyamuk, Kelambu Dibakar
BACA >>> WMC250EV – Motosikal Elektrik dengan Kelajuan Sama Seperti Bugatti Veyron
BACA >>> #TahukahAnda: Kemalangan 60kmj Tanpa Tali Keledar Ibarat Jatuh Bangunan 12 Tingkat!

SUMBER: MotorBiscuit

Auto Terkini Halaju Minimum Isu Halaju Isu Keselamatan Jalan Raya tahukah anda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026
    Roda4

    Wagon M Pertama, BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026 Tiba di Malaysia, Harga RM898,800

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.