Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kenapa Lampu Periksa Enjin Kenderaan Menyala Tiba-Tiba?
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Lampu Periksa Enjin Kenderaan Menyala Tiba-Tiba?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/10/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ADAKAH anda kenal simbol lampu periksa enjin yang berwarna kuning (atau jingga) seperti gambar di atas? Artikel kali ini akan menghuraikan secara ringkas mengenai simbol tersebut.

Apakah Lampu Periksa Enjin (Check Engine Light)?
  • Bertujuan memberi amaran kepada pemandu apabila mengesan sebarang isu berkaitan sistem emisi kenderaan.
  • Menjadi sebahagian sistem diagnostik dalam kenderaan (OBD).
  • Komputer dengan akses kawalan dan pemantauan prestasi kenderaan, mengawal selia pemboleh ubah seperti halaju enjin (RPM), campuran bahan api dan pemasaan pencucuhan serta kawalan transmisi automatik.
Apa Maksudnya?
Jangan nak buat perangai tempek selotep pula.
  • Simbol periksa enjin akan muncul sama ada berkelip atau menyala berterusan, bergantung kepada jenis masalah dikesan komputer.
  • Dalam dua situasi itu, anda disarankan membawa kenderaan ke bengkel atau pusat servis sah secepat mungkin.
  • Jika indikator menyala tanpa kelip, itu tanda masalah, tetapi bukan tahap kecemasan. Bagaimanapun, anda perlu segera buat janji temu untuk diperiksa.
Cepat bawa jumpa mekanik kalau indikator muncul berkelip-kelip.
  • Jika indikator menyala berkelip-kelip, itu menandakan anda mengalami masalah kritikal mengenai isu pencucuhan, iaitu bahan api tidak terbakar dan mula terkumpul dalam sistem ekzos.
  • Keadaan itu boleh menyebabkan suhu dalam penukar bermangkin  (catalytic converter) meningkat hingga berpotensi menyebabkan kerosakan.
  • Jika situasi itu dikesan, anda perlu mengurangkan penggunaan kuasa kenderaan dan membuat pemeriksaan segera.
  • Komputer dalam kenderaan moden masa kini biasanya akan cuba mengimbangi situasi kritikal iyu apabila mengesan sesuatu masalah, sekali gus menyebabkan kita tidak perasan berlaku pengurangan prestasi, kadar penggunaan bahan api tidak efisien atau pembebasan kadar emisi.
Jika Lampu Periksa Enjin Menyala
  • Anda perlu periksa kenderaan untuk mencari jika ada sebarang tanda masalah yang memerlukan perhatian segera.
  • Periksa simbol lampu amaran dan kluster instrumen kenderaan, termasuk indikator tekanan minyak rendah atau panas lampau (overheat). Jika menyala, anda perlu memberhentikan kenderaan dan mematikan enjin. Lakukan di tempat selamat yang tidak menghalang aliran trafik. 
  • Cuba ketatkan penutup tangki minyak. Ini lazimnya membantu menyelesaikan masalah tetapi memerlukan beberapa kali perjalanan sebelum lampu reset semula.
  • Ada beberapa kenderaan dilengkapi indikator amaran penutup minyak longgar dan apabila diketatkan semula, simbol indikator Periksa Enjin akan dimatikan.
  • Kurangkan kelajuan dan muatan. Jika lampu Periksa Enjin mula berkelip atau mengesan berlaku masalah prestasi serius seperti kehilangan kuasa, cuba perlahankan kelajuan untuk mengurangkan tekanan ke atas enjin.
  • Contohnya, jika kenderaan ada sambungan dengan treler di belakang, anda perlu menanggalkannya dan buat pemeriksaan secepat mungkin untuk mengurangkan kos kerosakan.
  • Buat bacaan kod. Bawa kenderaan bertemu pakar analisis kod untuk merungkai masalah sebenar.
  • Jangan keliru antara lampu Periksa Enjin dan lampu Peringatan Servis yang menyala kerana jarak perbatuan atau faktor ukuran lain.
  • Antara punca lampu amaran nyala adalah penutup minyak tidak ketat atau longgar, sensor oksigen, isu mengenai pencuchan atau palam pencucuh, dan penukar bermangkin.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah 10 Budaya Kereta Jepun yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kereta Saya Tidak Boleh Pecut Macam Biasa?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Berbunyi Selepas Silangkan Tayar?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Bajet Tahan Lebih Lama Berbanding Tayar Prestasi?
BACA >>> #TahukahAnda: 6 Sebab Kenapa Kunci Kereta Boleh Tersangkut

SUMBER: Motorist

autotainmen Autotainment. Tahukah Anda Engine Check Lampu Amaran Kenderaan Lampu Enjin
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.