Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kenapa Cecair Coolant Boleh Kurang Walaupun Tak Bocor?
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Cecair Coolant Boleh Kurang Walaupun Tak Bocor?

TalibBy Talib12/05/20211 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CECAIR penyejuk (coolant) juga dikenali sebagai cecair radiator atau cecair antibeku di negara bermusim sejuk. Ia komponen penting untuk sistem penyejukan kenderaan yang secara tidak langsung menjamin ketahanan enjin.

Kegagalan fungsi mekanikal dalam sistem penyejukan menjadi antara sebab utama kereta rosak atau tersadai di jalan raya. Jadi, pemantauan paras kandungan dan keadaan cecair coolant wajib dilakukan pemandu ketika melakukan penyenggaraan berkala.

Secara am, kebocoran sistem penyejukan sedang berlaku jika kereta mengalami kehilangan banyak kuantiti cecair coolant. Namun, kereta juga boleh kehilangan cecair itu tanpa mengalami masalah kebocoran besar. Kenapa jadi begitu?

Cecair Coolant Kurang, Tapi Tidak Nampak Kebocoran, Ke Mana Hilang?

Nampak macam pelik dan mustahil untuk memahami isu cecair coolant berkurangan tanpa tanda kebocoran pada radiator atau komponen sistem penyejukan. Tetapi jangan terkejut kerana situasi itu tidaklah serumit mana.

Antara faktor menyumbang kepada kehilangan cecair coolant ialah penyenggaraan sistem penyejukan yang tidak baik, komponen rosak, atau penukaran tabiat memandu mendadak.  Selain itu , perkara di bawah ini juga boleh menjadi punca paras cecair coolant berkurangan tanpa ada sebarang kebocoran.

1. Sistem Penyejukan Melimpah

Isi melebihi paras maksimum mungkin menjadi punca cecair coolant melimpah.

Mengisi melebihi paras maksimum boleh menjadi punca kehilangan misteri cecair coolant. Kita seharusnya perlu sentiasa mengekalkan paras kandungan cecair coolant mengikut had ditetapkan.

Kita dapat lihat ada tanda paras maksimum dan minimum tertera pada tangki coolant. Bagi pemandu negara musim sejuk, paras minimum dikenali juga dengan label COLD sebagai paras ideal cecair coolant dalam kondisi sejuk.

Paras cecair coolant juga sepatutnya berada hanya dibawah paras maksimum dan tidak boleh melebihi paras tersebut.

2. Kerosakan Bahagian Dalam

Jika kereta kehilangan cecair coolant tanpa kesan kebocoran yang kelihatan, puncanya mungkin disebabkan beberapa komponen lain. Boleh jadi gasket rosak, kepala silinder retak, lubang silinder rosak, manifold bocor dan mungkin juga disebabkan fenomena ‘hydraulic lock’ dalam enjin.

Pemeriksaan lebih rapi boleh dilakukan bagi memeriksa komponen tersebut bagi mengesan sebarang keretakan atau kerosakan yang berlaku. Salah satu daripada isu tersebut boleh merosakkan enjin jika dibiarkan berterusan dalam jangka masa lama.

Apapun, jangan terlalu risau dan anda boleh mula menarik nafas lega jika mekanik tidak menjumpai kesan gas ekzos dalam cecair atau tangki sistem penyejuk kereta. Maksudnya cecair coolant tidak bocor di bahagian dalam dan sampai ke ruang dalaman enjin.

3. Penutup Radiator Sudah Haus, Rosak

Contoh penutup radiator yang sudah rosak.

Keupayaan ketahanan penutup radiator akan merosot selepas lama digunakan. Getah penutup yang sudah usang boleh retak dan mengeras. Kadar kekenyalan akan berkurangan hingga menyebabkan cecair coolant melimpah keluar ketika memandu.

Bahan asing atau karat yang berlaku dalam radiator akan menyebabkan radiator tersumbat, sekali gus menyekat aliran cecair dalam saluran paip sistem penyejukan. Pemeriksaan sepenuhnya ke atas komponen radiator perlu dilakukan jika cecair coolant hilang tanpa sebarang kesan.

4. Enjin Terlampau Panas

Enjin terlampau panas sangat berkait rapat dengan cecair coolant. Kehilangan cecair coolant akan menyebabkan suhu enjin meningkat tinggi. Sebaliknya, suhu tinggi pada enjin pula akan menyumbang kepada masalah kehilangan cecair coolant.

Jika situasi itu berlaku, anda boleh tambah semula kandungan cecair coolant hingga paras maksimum dan perhatikan keadaan enjin dan kadar penggunaan cecair coolant. Penggunaan tolok suhu akan memberitahu sama ada enjin berfungsi dalam kondisi suhu melampau atau normal.

JIka masalah berlaku akibat enjin terlampau panas. Hantar kereta ke bengkel untuk mencari punca enjin terlampau panas. Selepas isu itu diselesaikan, kitaran penggunaan cecair coolant akan kembali kepada kondisi asal.

BACA >>> #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Cecair Coolant Ada Macam-Macam Warna?

KESIMPULAN

Berdasarkan isu di atas, ada banyak punca yang boleh menyebabkan paras cecair coolant berkurangan. Penggunaan cecair coolant yang sesuai juga boleh membantu sistem penyejukan bertahan lebih lama tanpa kerosakan dan kehilangan.

Jika anda mengalami masalah tersebut, sila kenal pasti punca sebenar dan cuba selesaikan masalah itu bagi mengelakkan berlaku kerosakan lebih teruk ke atas enjin kereta.

apa nak buat Cecair Penyejuk coolant Kemana Hilang Cecair Coolant penyejuk tahukah anda tip
Talib

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026

    1 Comment

    1. rizal on 07/11/2022 14:48

      coolant kurang banyak bila memandu berterusan,dapat tahu air keluar melalui ekzos bila rpm melebihi 2k,tapi minyak enjin tak berkurang dan head tak ada leaking…wira 1.6A

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.