Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Jenis Motosikal Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: Jenis Motosikal Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang Perlu Anda Tahu

ZYBy ZY22/12/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEPADA anda yang tidak mengikuti perkembangan semasa, mungkin belum tahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur awal bulan ini baru saja melancarkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) khas yang digelar ‘Team Ninja’.

Berbekalkan jentera dual-sport Kawasaki KLX250 (ya, bukan Kawasaki Ninja), unit ini ditugaskan membuat rondaan di ‘kawasan panas’ sekitar ibu kota Kuala Lumpur. Ini kerana keupayaan jentera itu mampu merentasi lorong sempit dan laluan sukar yang tidak boleh ditempuhi motosikal biasa PDRM.

BACA >>> Polis Dubai Berlatih Bawa Motor Terbang, Bakal Jadi Kenderaan Peninjau 2020

Jadi, kepada mereka yang berniat mahu melakukan jenayah atau sebarang salah laku, harus diingat kerana PDRM bukan ada ‘scrambler’ ini saja sebagai senjata. Sebenarnya ada banyak jenis lagi motosikal dimiliki PDRM dan dapat disesuaikan dengan tugasan polis yang semakin mencabar seperti rondaan, kawalan trafik, mengiring VIP dan pemintas (intercept).

Apakah jenis motosikal PDRM? Ikuti senarainya di bawah:

1. HONDA CBX 750P


Pertama sekali tidak lain tidak bukan, sang ‘kuda putih’ iaitu Honda CBX 750P yang cukup ikonik. Motosikal ini merupakan yang tertua sekali dalam senarai dengan tempoh perkhidmatan menjangkau 30 tahun. Walaupun digantikan beransur-ansur dengan model baharu yang lebih moden dan berkuasa, kelibat ‘kuda putih’ ini masih boleh dilihat di sesetengah kawasan bagi membantu pihak polis trafik mengawal lalu lintas.

Bagi versi polis, CBX 750P menggunakan pacuan syaf dengan transmisi 6-kelajuan, menyalurkan kuasa 91hp daripada enjin 4 silinder sebaris 747cc ke roda belakang.

2. HONDA VFR 800


Jentera sport touring terkenal, Honda VFR 800 dibawa masuk bagi menggantikan CBX 750P. Model ini dijana enjin V4 yang lebih berkuasa. Uniknya, motosikal turut dilengkapi sistem brek bersepadu berkembar (dual combined brake system) bagi memantapkan kendalian.

VFR 800 mempunyai tugasan meluas, daripada kawalan trafik dan rondaan hingga iringan dan pemintas. Selain itu, unit ini turut digunakan Pasukan Gerakan Khas (PGK), dengan perbezaan warna, iaitu hitam penuh dan ditunggang berdua.

3. HONDA ST 1300


Honda ST 1300 atau Honda Pan-European mempunyai tugasan sama dengan VFR 800, cuma dalam pakej lebih berkuasa. Masih menggunakan enjin jenis V4, tetapi dengan sesaran lebih besar, 1261cc dengan transmisi 5-kelajuan pacuan syaf membenarkan ia dipacu hingga 220kmj.

Di luar negara, ST 1300 dikenal pasti mempunyai masalah stabiliti pada kelajuan tinggi (dalam halaju lebih 180kmj) digelar Pan Weave. Bagaimanapun, menerusi penetapan syarat ketat Honda dari segi kedudukan alat ganti, perkakasan dan had muatan maksimum, membenarkan jentera ini kekal beroperasi dan jadi pilihan pihak berkuasa di banyak negara seluruh dunia.

4. KAWASAKI NINJA 300


Komited mencegah jenayah di kawasan bandar atau tumpuan ramai, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) pada Disember 2012 dengan menjadikan Kawasaki Ninja 300 sebagai jentera khas peronda.

Ya, walaupun kelihatan seperti biasa dilihat, tetapi jangan salah anggap kerana enjin dwi silinder bersesaran 296cc unit peronda Polis ini lebih berkuasa berbanding Ninja 250 atau mana-mana sportbike 250cc. Kawasaki Ninja 300 terbukti pilihan tepat kerana URB mencatatkan rekod cegah jenayah terbaik dengan 51 tangkapan berjaya dilakukan di Selangor sahaja dalam tempoh 2 bulan sejak unit tersebut dilancarkan.

BACA >>> 6 Fakta Pantas | Honda CB250R Kini di Malaysia, Harga RM22,999 Sahaja!

5. KAWASAKI KLX 250

Sebelum pengenalan Team Ninja baru-baru ini, PDRM turut menggunakan Kawasaki KLX 250 sebagai unit rondaan di kawasan-kawasan ‘panas’ sekitar sempadan negara dan juga untuk kegunaan dalam hutan bagi mengesan aktiviti jenayah seperti pencerobohan sempadan, pembalakan haram dan menjejaki penjenayah bersembunyi.

Jika anda perasan, tidak seperti unit peronda lain, unit peronda yang menunggang KLX 250 ini mengenakan helmet fullface jenis off-road yang memang nampak bergaya dan sepadan dengan jentera ditunggang.

6. KAWASAKI Z250


Selain Ninja 300 tadi, PDRM turut menggunakan jentera naked Kawasaki Z250 yang mula diperkenalkan awal tahun ini. Dari segi prestasi, mungkin tidak setanding Ninja 300, tetapi Z250 ada kelebihan ergonomik yang lebih menegak memudahkan anggota peronda mengendalikannya di kawasan urban dan perumahan dalam bandar. Z250 yang digunakan peronda URB mengekalkan spesifikasi sama seperti Z250 yang digunakan orang awam, tetapi seperti biasa, ditambah kelengkapan polis seperti kotak barang, siren dan bar pelindung kaki.

BACA >>> Yamaha Y15ZR Atau Honda RS150R? Kami Ada Jawapannya…

honda cbx 750 honda st1300 honda vfr 800 Kawasaki KLX 250 kawasaki ninja 300 KAWASAKI Z250 motor pdrm motor polis
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026

2 Comments

  1. Ihsan Baharin on 26/11/2019 14:44

    ‘Unit Tindakan Khas’ bukan ‘Pasukan Gerakan Khas’

    Reply
  2. Man on 13/05/2022 09:22

    Bwh PGK ada 2 unit..UTK dan VAT69.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Denza Z9 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

By Abang Hirata13/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.