Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
Autotainment

#TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?

Han OthmanBy Han Othman08/03/20193 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PRESTASI lampu utama (headlight/headlamp) kereta ialah sama penting seperti komponen utama lain. Malah, menjadi komponen sangat penting jika anda kerap memandu malam. Bolehkah anda bayangkan memandu malam dengan lampu malap yang hidup segan mati tidak mahu?

Sekarang penting untuk anda mengetahui perbezaan tentang jenis lampu utama yang digunakan kereta masa kini. Ini semestinya menjadi antara kriteria penting untuk dinilai, terutama jika anda merancang membeli kereta baharu. Pengetahuan ini dapat membantu anda membuat pembelian berbaloi dengan mengelak membeli sesuatu yang tidak diperlukan.

BACA >>> 5 Tip Periksa Lampu Kereta Supaya Kekal Berfungsi dan Selamat

Apa yang penting ialah pemanduan selamat dan komponen kenderaan yang disenggara dengan baik!

1. HALOGEN

Kos rendah, mudah untuk ditukar dan universal untuk semua kereta. Inilah sebab kenapa mentol halogen jadi pilihan. Lampu jenis ini sudah digunakan berdekad lama, malah hari ini ia masih dipasangkan pada banyak kenderaan.

Secara purata, lampu halogen berakhir sekitar 800 jam, tetapi berita baiknya, kos menggantikannya sangat mampu milik dan mudah dibuat. Paling penting, lampu halogen bukan saja kerap digunakan kerana kos rendah, tetapi juga mudah ditukar dan universal. Berbanding HID dan LED, lampu halogen cenderung lebih panas dan menggunakan lebih banyak tenaga jika dibandingkan LED.

Sebenarnya, lampu jenis ini sudah cukup memberikan pencahayaan mencukupi untuk pemanduan selamat di lebuh raya dan jalan raya biasa. Mencukupi di sini bukanlah bermaksud tiada ruang untuk sebarang penambahbaikan.

Malah hari ini, mentol halogen  ialah mentol lampu utama paling universal digunakan seluruh dunia dan masih menjadi jenis lampu utama kenderaan paling biasa ditemui di Malaysia. Namun, perubahan mula berlaku apabila pengeluar masa kini mula menggunakan jenis lampu HID dan LED sebagai tarikan produk masing-masing. Pengguna juga semakin tahu tentang kelebihan dan manfaat lampu utama HID atau LED. Tidak mustahil dalam beberapa dekad akan datang penggunaan lampu halogen semakin pupus ditelan zaman.

2. HID

Lampu utama HID (high-intensity discharge/discas ketumpatan tinggi) mula digunakan pada kenderaan pada awal 1990-an, dan mula mencabar dominasi lampu utama halogen. Sesetengahnya menggelarkan lampu utama HID sebagai Xenon, merujuk kepada gas yang digunakan dalam proses menyalakannya.

Kenderaan pertama menggunakan lampu utama HID muncul pada sedan Jerman, BMW 7 Series (1991). Pada masa itu diklasifikasikan sebagai barang mewah sebelum banyak pengeluar mula menggunakan teknologi lampu jenis itu untuk produk kenderaan masing-masing yang akhirnya menjadi semakin mampu milik.

BACA >>> Kajian: Lampu Siang (DRL) Buat Pemandu Keliru, Tidak Pasang Lampu Belakang Ketika Gelap

Secara ringkas, HID mampu menjana lebih dua kali ganda jumlah lumen (kecerahan) berbanding mentol halogen tradisional. Selain cahaya lebih cerah dan lebih cekap, jangka hayat HID juga lebih lama berbanding mentol halogen.

Suluhan cahaya juga lebih lebar, dan pada masa sama kurang menggunakan tenaga. Namun, seperti anda bayangkan, HID lebih mahal berbanding lampu utama halogen. Cahaya dipancarkan juga biasanya mempunyai tahap silau tinggi yang boleh mengganggu pengguna jalan raya dari arah bertentangan.

Jika kali pertama memandu kereta dengan lampu utama HID, anda pasti perasan perbezaannya. Selain cahaya terang berbanding lampu utama halogen, HID juga lebih putih yang menyamai cahaya natural waktu siang. Mungkin tidak banyak berbeza, tetapi memandu malam dengan lampu utama HID mampu mengurangkan keletihan mata berbanding halogen.

3. LED

Akhir sekali ialah LED yang kini digunakan banyak pengeluar automobil seluruh dunia. Jika sebelum ini kita perlu menggantikan satu set penuh lampu LED, tetapi hari ini sudah boleh menggantikan mentol LED. Disebabkan teknologi lampu ini sudah jadi semakin popular yang bukan hanya dalam produk automotif, tidak hairan harga lampu LED kini sudah jadi mampu milik.

Walaupun tidak secerah HID, lampu utama LED lebih cerah dan tahan lama berbanding mentol halogen. Ia juga lebih kecil dan mudah dimuatkan dalam unit lampu utama. Ini memberikan lebih kreativiti kepada pengeluar dalam merekabentuk lampu utama produk masing-masing.

Manfaat lain LED ialah ia tidak menghasilkan silau yang kuat seperti HID, jadi tiada impak kuat ke atas pengguna jalan raya dari arah bertentangan. Tidak seperti HID, LED juga bercirikan ‘terus menyala’, yang berfungsi seperti mentol halogen dan tidak perlukan tempoh masa tertentu untuk ‘panas’ dan menyala sepenuhnya.

Akhir sekali, LED tiada filamen yang akan terbakar atau patah. Jadi ia mampu bertahan lama berbanding mentol halogen konvensional. Malah, jika membeli kereta baharu hari ini, kita lebih kerap terperasan tentang promosi lampu utama LED sebagai opsyen (juga diberikan sebagai standard) berbanding HID.

BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Lampu Utama Kereta yang Perlu Anda Tahu

Ini kerana bagi pemandu biasa, perbezaan antara HID dan LED sebenarnya tidak begitu ketara dan sukar disedari. Rekabentuk lampu LED juga lebih cantik dan boleh dipelbagaikan rekabentuknya.

SUMBER: AutoGuide

autotainment headlamp headlight Jenis Lampu Kereta lampu halogen lampu HID lampu LED lampu utama tahukah anda
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

25/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

19/01/2026
Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026
E&O Express
Autotainment

#TahukahAnda: Malaysia Ada Perkhidmatan Kereta Api Mewah Ala Eropah?

20/01/2026

3 Comments

  1. mior siput on 08/08/2019 19:09

    lampu led ni boleh kena saman x?

    Reply
  2. Najmuddin Abdullah on 06/01/2021 12:27

    Apakah sesuai lampu utama kereta model Volkswagen Jetta 1.4TSi 2016 (MK6) menggunakan bulb lampu LED, dan bolehkah ia dipasang dengan mudah ?

    Reply
  3. Iskha on 26/02/2021 15:13

    betul ke led headlamp car tidak begitu jelas semasa pemanduan semasa hujan

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.